Vous êtes sur la page 1sur 27

Mazlan Bin Junaidi

Strategi Pengajaran
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan
pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk
mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan
tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.
Dalam proses pengajaran pula, seseorang guru
biasanya menggunakan gabungan beberapa
pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam
usaha untuk mencapai objektif-objektif pengajaran.
Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta
turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan
merupakan strategi pengajaran.
Konsep strategi pula merupakan kebijaksanaan
memilih pendekatan serta kecekapan merancang
kaedah dan teknik dalam satu- satu pengajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditelah
ditentukan.
Dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual pula, guru-
guru perlu bijak menggunakan strategi pengajaran
dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar.
Guru-guru perlu membuat perancangan yang rapi,
sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak
membosankan dan objektif pengajaran akan tercapai.
Dalam membuat dan merancang pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,
guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang
mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran.
Hal ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru
menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan,
manakala pelajar pula merasa seronok belajar
pendidikan seni.
Jenis Strategi PdP PSV
Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam Pendidikan Seni Visual yang boleh digunakan
oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam
bilik darjah.
Di antaranya ialah :

Pembelajaran Masteri

Kajian Masa Depan (KMD)


Kecerdasan Pelbagai

Konstruktivisme

Kemahiran Berfikir

Pembelajaran Kontekstual
Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai
dengan keadaan dan pengetahuan sedia ada pelajar-
pelajar dalam kelas mereka.
Melalui pemilihan strategi yang sesuai, pengajaran dan
pembelajaran akan berjalan dengan lancar, seronok
dan objektif akan tercapai dengan mudah dan
berkesan.
Penggunaan strategi yang sesuai membolehkan
pelajar-pelajar memahami isi pelajaran dengan mudah
dan berkesan yang seterusnya memberi kebaikan
kepada guru dan pelajar.
Selain itu, guru-guru juga boleh menggunakan strategi
berikut dalam menyampaikan pengajaran kepada
pelajarnya. Strategi tersebut ialah:

Mencari jalan ke arah aktiviti yang berguna dan


menyeronokkan yang membolehkan pelajar berkongsi
idea serta dapat bercakap mengenainya.
Memahami dan menghormati idea, penerangan dan
pemahaman pelajar-pelajar dengan cara mendengar,
melihat dan memberi maklum balas.
Meninggalkan paradigma lalu dengan menyoal diri
kita dan belajar daripada mereka melalui cara yang
berbeza.

Melihat dan mendekati pelajar-pelajar ketika mereka


sedang menjalankan aktiviti amali di samping
membantu mereka secara individu atau kumpulan.

Berkongsi tentang apa yang telah pelajar-pelajar


hasilkan melalui pendekatan dan personaliti mereka
sendiri.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi
jika guru mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari
segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta
minat yang berbeza-beza.
Guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang
digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang
berbeza-beza itu.
Guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang
terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk
memenuhi keperluan semua kumpulan.
Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai
halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri
seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai,
norma serta latar belakang sekolah dan murid yang
berbeza.
Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti
menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi
lebih penting ialah bagaimana mengintegrasikan serta
menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk
strategi pengajaran yang lebih berkesan dalam
pengajarannya.
BIDANG-BIDANG DALAM SENI VISUAL (sekolah
rendah)
Sesi Tutorial
Bincangkan bagaimana strategi yang anda pelajari
dapat di aplikasi dalam 4 bidang kegiatan PSV di
sekolah rendah.

Strategi dalam pengajaran dan


pembelajaran PSV:
Kajian Masa Depan
Kecerdasan pelbagai
Pembelajaran Kontekstual
Konstruktivisme
Kemahiran Berfikir
Pembelajaran Masteri
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah
rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional

Vous aimerez peut-être aussi