Vous êtes sur la page 1sur 41

Nama : Jeevitha A/P Muniyandy

No.Matrik : M20161000609

Moderator : Dr. Fauziah Hanim Jalal

Tajuk : Budaya Kaum Sikh

Nama dan kod Kursus : KKT 6033 Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga
PENGENALA
N
1. Objektif mempelajari tentang amalan dan budaya kaum sikh
Dapat memupukkan semangat perpaduan di antara kaum
Memberi penjelasan lebih terperinci tentang masyarakat sikh kepada
umum

2. Sikhisme adalah salah satu agama yang terbesar di dunia.


Berkembang pada abad ke 16 dan 17 di India
Berasal daripada perkataan sikh bermaksud murid atau pelajar
Berasal daripada daerah Punjab, India.
Dapat dikenal dengan name akhir singh dan kaur.
PAKAIAN
Adat ialah kebiasaan, manakala resam ialah lembaga, peraturan, hukum
atau norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat.

Sama seperti kaum-kaum yang lain, kaum Sikh juga mempunyai pegangan
adat resam mereka yang tersendiri. Kita akan melihat satu persatu adat
resam yang diwarisi secara turun temurun oleh kaum Sikh melalui beberapa
aspek dan kategori.

Antara aspek yang paling unik dalam budaya kaum Sikh tentulah pada
pakaiannya iaitu serban bagi lelaki dan baju Punjabi bagi wanita.
Pemakaian serban juga ada beberapa jenis ikatan dan menggunakan
pelbagai warna. Melihat kepada cara mengikat serban, dapat dibayangkan
betapa sukarnya untuk mereka yang tidak mahir menggunakannya kerana
kain serban itu sebenarnya sangat panjang untuk melingkari keseluruhan
kepala.
Wanita pula kelihatan ayu dengan selendang di
kepala dan baju Punjabi labuh dengan seluar
mengikut bentuk kaki. Corak latar yang digunakan
pada pakaian mereka juga tidak keterlaluan dengan
warna terang menambahkan kecantikan wanita Sikh
yang terkenal dengan hidung mancung.

Pakaian Punjabi juga digunakan khusus untuk majlis


perkahwinan tetapi dengan reka corak lebih menarik
iaitu dipenuhi sulaman manik dan benang emas.
PUNJAB
I
Terdiri daripada blaus panjang
yang dipadankan dengan seluar
panjang yang longgar, serta
tudung kepala yang sesuai
warnanya.
TURBA
N
KURTA Penganut Sikh dilarang
memotong rambut dan
memakai serban agama agar
rambut yang panjang mudah
Ia merupakan kemeja panjang
diurus, tetapi kaum perempuan
yang sampai ke lutut dan
tidak perlu memakai serban.
lazimnya diperbuat daripada
kain kapas atauline.
TARIAN
Tarian yang terkenal ialah bhangra dan realitinya, itulah
Raja Tarian dalam masyarakat Sikh kerana sehingga kini ia
antara satu daripada tarian yang masih digunakan secara
meluas, malah sudah ada yang memodenkan gaya tarian dan
irama lagunya seperti yang digerakkan kumpulan muzik
popular kaum Sikh, Goldkartz.

Tarian ini membabitkan ramai penari lelaki dan wanita,


kebiasaannya melebihi enam orang, menggunakan pakaian
berlainan warna untuk menaikkan seri dalam rentak tarian itu
memerlukan tenaga tinggi penarinya kerana pergerakannya
sangat pantas dan lincah.
MAKANAN
Roti - Roti diperbuat daripada tepung gandum dan ianya amat
senang untuk dibuat. - Ia juga dikenali sebagai chappati.

Sabhi dan daal - Sabhi dan daal merupakan sejenis juadah


untuk vegeterian dan nonvegeterian. - Sabhi merupakan sayur-
sayuran yang dimasak bersama-sama dengan kacang daal.

Manisan - Manisan dikenali sebagai makanan hidangan


pencuci mulut yang diperbuat daripada gula, susu, tepung
garam, dan minyak sapi. - Antara contoh manisan seperti
laddo, jallebi, gulab jaman dan halwa
PERAYAAN
Vaisakhi adalah pesta menuai kuno di Punjab.

Ia juga menandakan bermulanya tahun menuai baru dan


musim suria baru.

Ia juga merupakan perayaan utama dalam kalender Sikh


sempena memperingati penubuhan Khalsa pada tahun 1699.

Vaisakhi akan disambut pada bulan Vaisakhi di dalam


kalender Nanakshahi, iaitu bersamaan dengan 14 April
PERKHAWINAN
Dalam adat perkahwinan pula, terdapat amalan yang perlu diikuti oleh
masyarakat Sikh supaya perkahwinan mereka akan berjalan dengan lancar
dan sempurna serta ia menjaga ikatan perkahwinan yang terjalin antara
kedua keluarga.

i. Perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini


disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan iaitu satu
matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh.

ii. Mengikut adat perkahwinan kaum Sikh, pihak wanita akan mengeluarkan
belanja yang banyak bukan sekadar membayar dowri (hantaran) tetapi
juga perlu menyediakan cincin emas bukan sahaja untuk pengantin lelaki
bahkan untuk ibubapa pengantin lelaki juga.
iii. Proses peminangan atau pemilihan jodoh juga bermula dengan pihak
perempuan.

iv. Ketika upacara perkahwinan dilakukan, pasangan pengantin perlu


berjalan mengelilingi Kitab Guru Granthsahib sebanyak 4 kali.

v. Pihak perempuan dan lelaki perlu menyapu kunyit pada mata, tangan dan
kaki sebagai menyuci atau membersihkan diri daripada kekotoran.

vi. Benda wajib yang perlu disediakan pada hari perkahwinan adalah
sebentuk cincin.

vii. Bagi pengantin perempuan, di wajibkan untuk memakai pakaian yang


berwarna merah dan merah jambu sahaja.
MENGANDUNG
Bagi masyarakat Sikh apabila seseorang wanita itu mengandung ia perlu
mengikut segala pantang larang yang terdapat dalam masyarakat mereka
untuk menjaga keselamatan ibu dan kamdungannya. Antara pantang larang
yang dikatakan adalah seperti berikut :

i. Ibu mengandung tidak dibenarkan makan buah yang berkembar kerana


dikhuatiri boleh menyebabkan mendapat anak kembar. Mendapat anak
kembar bukanlah suatu pantang larang di dalam masyarakat Sikh tetapi
kelahiran anak kembar besar kemungkinan akan mendatangkan beban
kepada sesetengah keluarga terutamanya keluarga yang susah.
ii. Ibu mengandung juga tidak dibenarkan memegang objek tajam seperti
pisau atau gunting dan tidak boleh memotong apa- apa ketika gerhana
matahari. Mengikut kepercayaan mereka, perbuatan tersebut boleh
menyebabkan anak lahir dalam keadaan calar- balar di muka dan tidak
cantik.

iii. Mengikut kepercayaan kaum Sikh, selepas kelahiran sekiranya anak itu
tidak berhenti menangis, keluarganya perlu ke tempat uri ditanam dan
dipukul tanah itu untuk menghentikan tangisan.

iv. Hari lahir pula tidak boleh disambut sebelum tarikh lahirnya, mesti
disambut selepas atau pada hari lahirnya kerana ia boleh menyebabkan
pendek umur.
KELAHIRAN BAYI
Apabila lahirnya seorang bayi, ia juga terdapat pantang larang yang perlu
diikuti. Hal ini kerana ingin menjaga kesihatan anak-anak mereka serta ia
merupakan amalan yang perlu dilakukan oleh setiap penganut punjabi.
Antara amalan-amalannya ialah :

i. Pemberian nama merupakan upacara penting yang dikenali sebagai


Naamkaran. Bayi yang baru lahir akan diberi nama setelah Granthi
membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan
dibuka secara rambang dan bayi akan dinamakan mengikut huruf pertama
di dalam muka surat tersebut.

ii. Nama akhir atau nama belakang penganut Sikh adalah sama, berbeza
hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki manakala Kaur bagi
perempuan. Singh bermaksud Singa manakala Kaur memberi maksud
Puteri.
iii. Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam
belas tahun, satu upacara akan dijalankan iaitu upacara pemakaian serban.
Upacara ini dipanggil Dastar Bandhni lazimnya dilakukan oleh para
agama Sikh yang dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.

iv. Bagi kaum lelaki mereka tidak dibenarkan memotong rambut. Jika
dipotong ia adalah satu kesalahan dalam agama mereka dan dianggap
berdosa.
KEMATIAN
Kematian ialah terpisahnya antara roh dan jasad bagi seseorang manusia.
Dalam sesebuah keluarga yang kehilangan saudara mereka, amalan yang
perlu dilakukan adalah seperti berikut:

i. Masyarakat Sikh mengurus mayat dengan membakar mayat.


ii. Lelaki akan dipakaikan dengan pakaian putih dan serban.
iii.Perempuan dipakaikan baju pengantin dan disolek dengan cantik.
iv. Mayat yang telah dibakar akan dibiarkan sehari dan keesokannya baru
dibenarkan untuk mengambil abu mayat.
v. Abu mayat akan diletakan dalam bekas tanah liat dan dibalut dengan kain
merah dan dilepaskan ke laut.
vi. Hari ke 10 atau 14 akan diadakan kenduri dan bacaan doa untuk si mati
akan dibaca sepanjang kenduri diadakan.
KESIMPULAN
Berdasarkan semua aspek yang telah diterangkan, kita dapat lihat
keunikan dan keistimewaan yang terdapat dalam adat resam kaum Sikh.
Terdapat banyak lagi adat-adat resam yang lain yang sebahagiannya masih lagi
diamalkan sehingga sekarang dan ada juga sebahagiannya sudah dilupakan
oleh kerana arus pemodenan. Kesimpulannya, adat resam merupakan satu
lambang kebanggaan dan satu simbol identiti yang masih lagi dan perlu
dipertahankan untuk diturunkan kepada generasi-generasi yang akan datang.
RUJUKAN
Religions of South Asia; Sushil Mittal, Gene Thursby, New York, First Published
2006.

The Sacred Paths of The East; Theodore M. Ludwig, Prentice Hall 2001.

https://www.slideshare.net/padilmael/pengenalan-masyarakat-
sikh?from_action=save
LAPORAN BACAAN
KEDUA
Bacaan kedua adalah berdasarkan adat kaum Sikh yang diwarisi secara turun-
temurun. Dalam bacaan kedua ini, saya telah mengkaji secara mendalam tentang adat
yang telah diwarisi oleh kaum Sikh. Negara Malaysia kita terdiri daripada pelbagai
kaum. Antaranya ialah, Melayu, Cina, India dan juga Sikh. Kepentingan adat resam di
dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat
merangkumi segala aspek yang terdiri daripada pakaian, tarian, perkhawinan,
mengandung, kelahiran bayi dan juga kematian.

Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu
kaum. Ia akan menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Antara objektif saya
untuk mempelajari tentang kaum sikh adalah untuk memupukkan semangat perpaduan
di antara kaum. Selain itu, ia juga dapat memberikan penjelasan yang lebih mendalam
tentang budaya kaum Sikh.
Dari aspek pakaian, lelaki akan memakai serban dan wanita pula akan memakai baju Punjabi.

Pemakaian serban juga ada beberapa jenis ikatan dan menggunakan pelbagai warna. Melihat kepada cara

mengikat serban, dapat dibayangkan betapa sukarnya untuk mereka yang tidak mahir menggunakannya kerana

kain serban itu sebenarnya sangat panjang untuk melingkari keseluruhan kepala. Kaum lelaki juga akan

memakai kurta sewaktu menghadiri majlis perkhawinan atau pergi ke Gurdhuwara. Manakala, wanita pula akan

memakai selendang di kepala dan baju Punjabi labuh dengan seluar mengikut bentuk kaki. Corak latar yang

digunakan pada pakaian mereka juga tidak keterlaluan dengan warna terang menambahkan kecantikan wanita

Sikh.

Aspek kedua ialah makanan. Antara makanan yang paling terkenal dalam kalangan kaum sikh ialah

roti iaitu chappati, kari dhal dan juga manisan. Roti diperbuat daripada tepung gandum dan ianya amat senang

untuk dibuat. Manakala, Sabhi dan dhaal merupakan sejenis juadah untuk vegeterian dan nonvegeterian. Sabhi

merupakan sayur-sayuran yang dimasak bersama-sama dengan kacang dhal. Manisan seperti jillebi, laddu, gulab

jamun dan juga alwa merupakan makanan hidangan pencuci mulut yang diperbuat daripada gula, susu, tepung

garam, dan minyak sapi.


Aspek ketiga ialah tarian. Tarian yang terkenal dalam kalangan kaum sikh ialah tarian
Bhangra. Sehingga kini, tarian tersebut dikenali sebagai Raja Tarian dalam masyarakat Sikh. Kini,
Artis telah memodenkan gaya tarian dan irama lagunya seperti yang digerakkan dalam kumpulan muzik
popular kaum Sikh iaitu Goldkartz. Aspek keempat pula ialah perayaan. Perayaan yang terkenal dalam
kalangan kaum Sikh ialah Vaisakhi. Ia merupakan pesta menuai kuno di Punjab. Perayaan ini akan
disambut pada bulan Vaisakhi di dalam kalender Nanakshahi, iaitu bersamaan dengan 14 April.

Aspek yang kelima pula ialah perkhawinan. terdapat amalan yang perlu diikuti oleh
masyarakat Sikh supaya perkahwinan mereka akan berjalan dengan lancar dan sempurna serta ia menjaga
ikatan perkahwinan yang terjalin antara kedua keluarga. Antara adat yang perlu diikuti dalam kaum sikh
ialah pihak wanita akan mengeluarkan belanja yang banyak bukan sekadar membayar dowri tetapi
menyediakan cincin emas bagi pengantin lelaki dan juga ibubapa pengantin lelaki. Ketika upacara
perkahwinan, pasangan pengantin akan berjalan mengelilingi Kitab Guru Granthsahib sebanyak 4 kali.
Pengantin lelaki dan perempuan akan menyapu kunyit pada mata, tangan dan kaki sebagai tanda
membersihkan diri daripada kekotoran. Pada hari perkhawinan pula, pengantin perempuan wajib
memakai pakaian yang berwarna merah ataupun merah jambu.
Aspek yang keenam ialah adat mengandung. Ibu mengandung tidak dibenarkan makan buah yang

berkembar kerana dikhuatiri boleh menyebabkan mendapat anak kembar. Mengikut kepercayaan Sikh, kelahiran

anak kembar besar kemungkinan akan mendatangkan kesusahan dalam sesetengah keluarga. Mereka juga

percaya bahawa anak akan lahir dalam keadaan calar- balar di muka ataupun tidak cantik jika ibu mengandung

memegang objek tajam seperti pisau atau gunting ketika gerhana matahari. Sekiranya anak yang baru lahir tidak

berhenti menangis, keluarganya akan pergi ke tempat uri ditanam dan dipukul tanah itu untuk menghentikan

tangisan anak. Hari jadi pula tidak boleh disambut sebelum tarikh lahirnya kerana ia mungkin boleh

menyebabkan pendek umur anak itu.

Aspek seterusnya ialah kelahiran bayi. Terdapat beberapa pantang larang yang harus diikuti oleh

ibu untuk menjaga keselamatan dan juga kesihatan ibu dan anak yang baru lahir. Bayi yang baru lahir akan

diberi nama setelah Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab suci iaitu Sri Guru Granth Sahib akan dibuka

secara rambang dan bayi akan dinamakan mengikut huruf pertama di dalam muka surat tersebut. Upacara ini

dinamakan sebagai Naamkaran. Nama akhir bagi lelaki adalahSingh yang bermaksud singa manakala bagi

perempuan pula ialah Kaur yang bermaksud puteri.


Upacara Dastar Bandhni akan dilakukan setelah anak lelaki mencapai umur sebelas

hingga anam belas tahun. Upacara ini bertujuan untuk memakai serban bagi anak lelaki. Anak

lelaki tidak dibenarkan untuk memotong rambut. Jika dipotong ia adalah satu dosa yang besar

bagi mereka. Aspek yang terakhir ialah kematian. Masyarakat Sikh akan membakar mayat selepas

kematian. Lelaki akan dipakaikan dengan pakaian putih dan serban manakala perempuan pula

dipakaikan baju pengantin dan disolek dengan cantik. Mayat yang telah dibakar akan dibiarkan

sehari dan keesokannya baru dibenarkan untuk mengambil abu mayat. Abu mayat akan diletakan

dalam bekas tanah liat dan dibalut dengan kain merah dan dilepaskan ke laut. Hari ke 10 atau 14

akan diadakan kenduri dan bacaan doa untuk si mati akan dibaca sepanjang kenduri diadakan.
Setelah mengkaji tentang budaya masyarakat Sikh, saya dapat menyimpulkan
bahawa budaya mereka hampir sama dengan budaya kaum India. Pada pendapat saya,
budaya ini semakin pupus dalam kalangan masyarakat kita. Dalam era moden ini,
setiap individu tidak mementingkan budaya mereka. Sebagai contohnya, lelaki pada
masa kini tidak memakai serban dan sudah mula untuk menggunting rambut mengikut
style pada masa kini. Selain itu, upacara membakar mayat sudah bertukar menjadi
pembakaran mayat dengan menggunakan sistem elektrik. Berdasarkan semua aspek
yang telah diterangkan, kita dapat lihat keunikan dan keistimewaan yang terdapat
dalam adat resam kaum Sikh. Terdapat banyak lagi adat-adat resam yang lain yang
sebahagiannya masih lagi diamalkan sehingga sekarang dan ada juga sebahagiannya
sudah dilupakan oleh kerana arus pemodenan pada masa kini. Kesimpulannya, adat
resam merupakan satu lambang kebanggaan dan satu simbol identiti yang masih lagi
dan perlu dipertahankan untuk diturunkan kepada generasi-generasi yang akan datang.

Vous aimerez peut-être aussi