Vous êtes sur la page 1sur 38

SKOP CERAMAH

ARAHAN KESELAMATAN

 PENGENALAN
 KESELAMATAN FIZIKAL
 KESELAMATAN DOKUMEN
 KESELAMATAN PERIBADI
 PENUTUP
1.PENGENALAN

 Pengurusan Keselamatan Perlindungan


meliputi Keselamatan Fizikal, Dokumen
dan Peribadi
 Keperluan Pengurusan Keselamatan
Perlindungan bagi mencegah dan
melindungi Kerajaan dari anasir yang tidak
bertanggungjawab memperolehi maklumat
terperingkat
PRINSIP PERLINDUNGAN

 Kenalpasti apa yang perlu diberi perlindungan


keselamatan
 Penilaian terhadap ancaman keselamatan
 Perlindungan secara mendalam
 Langkah-langkah keselamatan asas yang
minima
 Asas perlu mengetahui
 Langkah-langkah keselamatan diterima akal
TANGGUNGJAWAB KETUA
JABATAN

 Bertanggungjawab sepenuhnya mengenai


keselamatan dalam Jabatannya
(AK – Perkara 16)
 Melantik seorang Pegawai Keselamatan
Jabatan (AK – Perkara 17)
 Melaksanakan keperluan keselamatan
perlindungan mengikut AK (KSF, KSD dan
KSP)
2. KESELAMATAN FIZIKAL

 OBJEKTIF
Memberi perlindungan fizikal yang maksima
dan sewajarnya terhadap harta benda
kerajaan iaitu termasuk premis/bangunan,
kenderaaan, peralatan pejabat dsbnya serta
menghalang orang yang tidak dibenarkan drp
dapat memperhati, mendengar dan
memperolehi perkara terperingkat dari luar
atau dalam memasuki pejabat secara haram.
KESELAMATAN FIZIKAL

 Tujuan
- Mengawal ekses supaya terhad kpd
yang mempunyai kebenaran
- Menghalang ekses kpd dokumen rasmi
kerajaan
- Menghalang kegiatan sabotaj ke atas
peralatan atau kelengkapan penting
- Menghadkan pergerakan penceroboh
bagi tempoh yang pendek
KESELAMATAN FIZIKAL

 Perkara-Perkara Yang Perlu Dilindungi


- Kawasan Terperingkat
- Keselamatan Bangunan
- Perkhidmatan Kawalan Keselamatan
- Pas Keselamatan
- Kawalan Kunci Keselamatan
- Kawalan Mesin Penyalin
Kawasan Terperingkat
 Mengisytiharkan sebagai “Kawasan
Larangan” atau “ Tempat Larangan”
 Pagar dan lampu keselamatan
 Menghadkan pintu keluar/masuk
 Pengawal Keselamatan
 Sistem Pas Keselamatan
Keselamatan Bangunan
 Menghadkan jalan keluar/masuk
 Mengadakan Kaunter
 Memperkukuhkan tingkap dan pintu
 Dilengkapkan dengan kunci-kunci
keselamatan
 Memperkukuhkan dinding dan siling
 Memasang alat pengalisan bunyi dan
penggera peceroboh
 Tempat atau bilik khas pelawat
 Pengawal Keselamatan
Pengawal Keselamatan

 Semua cadangan pengwujudan jawatan,


pengambilan dan latihan penjawat-penjawat awam
termasuk pengawal swasta hendaklah dirujuk kpd
KPKK – Perkara 23 AK
 Pengawal Swasta
- Tiada arahan bertulis terhadap perlaksanaan
tugas kepada pihak syarikat
- Tahap disiplin dan etika kerja lemah
- Kurang pemantauan dari pihak Jabatan
Pas Keselamatan

• Pengeluaraan Pas Keselamatan atau Kad


Pengenalan Jabatan adalah bidang kuasa
KPKK – Perkara 25 AK
• Jenis-jenis Pas Keselamatan
- Pas Keselamatan Tetap
- Pas Keselamatan Sementara
- Pas Keselamatan Pelawat
• Digunakan di Kawasan Larangan atau
Tempat Larangan
Kawalan Kunci Keselamatan

 KJ bertanggungjawab memberi perlindungi yang


rapi – benteng utama
 PKJ dipertanggungjawab ke atas kunci dan anak
kunci
 Menyelenggara Buku Daftar Kunci serta
mengemaskini
 Peti Keselamatan hendaklah disediakan untuk
menyimpan anak kunci
 Anak kunci tidak boleh dilebel atau ditanda
 Anak Kunci pendua tidak dibenarkan tanpa
kebenaran
Kawalan Mesin Penyalin

 KJ melantik seorang pegawai bagi mengawasi


mesin penyalin – Perkara 34(a) AK
 Disimpan dibilik berkunci
 K/tangan yang dibenarkan ekses perkara
terperingkat sahaja dibenarkan buat salinan
terperingkat
 Penyelewangan dan penyalahgunaan mesin
penyalin hendaklah dilaporkan KJ
Kawalan Mesin Fax
 menurut Surat Pekeliling Am Bil 1 Tahun
2003
 menyeragamkan peraturan mengenai
penggunaan mesin fax dan menjamin
keselamatan dokumen rasmi kerajaan
 Tujuan :
- menentukan dokumen boleh atau tidak
dihantar
- menerangkan peraturan yang perlu diikuti
semasa menghantar dan menerima
- mempastikan penggunaan mesin faxsimili
lebih teratur
3. KESELAMATAN DOKUMEN

 Keselamatan Dokumen
- Bermaksud kawalan ke atas dokumen
rahsia rasmi dan dokumen rasmi
daripada pendedahan tanpa kebenaran.
KESELAMATAN DOKUMEN

 Dokumen Rasmi
- Maklumat yang tercatat perkara-perkara
rasmi termasuklah :
- yang bertulis, taip, trengkas atau
bercetak
- fotograf,fotostat,pelan cetak,
negatif foto
- pelan,lukisan,gambar rajah,peta
dan aneka jenis carta
KESELAMATAN DOKUMEN

 Dokumen Terperingkat
Dokumen rasmi yang mengandungi
maklumat yang mesti diberi perlindungan
keselamatan dan bertanda dengan sesuatu
peringkat keselamatan sama ada “Rahsia
Besar, Rahsia, Sulit dan Terhad”
KESELAMATAN DOKUMEN

 “Rahsia Besar”
Dokumen, maklumat dan bahan rasmi jika
didedahkan tanpa kebenaran akan
menyebabkan kerosakan yang amat besar
kepada Malaysia
KESELAMATAN DOKUMEN

 “Rahsia”
Dokumen, maklumat dan bahan rasmi jika
didedahkan tanpa kebenaran akan
membahayakan keselamatan negara,
menyebabkan kerosakan besar kepada
kepentingan & martabat Malaysia atau
memberi keuntungan besar kepada sesebuah
kuasa asing
KESELAMATAN DOKUMEN

 “Sulit”
Dokumen, maklumat dan bahan rasmi jika
didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak
membahayakan keselamatan negara tetapi
memudaratkan kepentingan atau kegiatan
atau individu atau akan menyebabkan
keadaan memalukan atau kesusahan kpd
pentadbiran kerajaan atau menguntungkan
kuasa asing.
KESELAMATAN DOKUMEN

 “Terhad”
Dokumen, maklumat dan bahan rasmi
selain drp yang terperingkat Rahsia Besar,
Rahsia, atau Sulit tetapi berkehendakkan
juag diberi satu tahap keselamatan
KESELAMATAN DOKUMEN

 Pihak Yang Inginkan Dokumen Kerajaan


* Pengintip
* Pembangkang
* K/tangan yang tidak beramanah
* Orang awam ynag mempunyai
kepentingan
KESELAMATAN DOKUMEN

 Keselamatan Dokumen Diancam Oleh


Tindakan :
- Memalsu
- Mengubahsuai
- Membocor
- Mencuri
- Kecuaian
KESELAMATAN DOKUMEN

 Tujuan Keselamatan Dokumen


- Menetukan orang yang tidak mendapat
kebenaran drp mempunyai ekses kepada
dokumen rasmi
- mencegah dan menghalang orang yang
mempunyai ekses drp mengkomprominya
- membantu siasatan dalam kegiatan sabotaj,
kebocoran dan perlanggaran keselamatan
KESELAMATAN DOKUMEN

 Kawalan Keselamatan Dokumen


- Menerima,
- Memproses,
- Menyimpan dan
- Menghantar
4. KESELAMATAN PERIBADI

 Tafsiran Keselamatan Peribadi


‘Memastikan Penjawat Awam bersih drp
kesalahan jenayah atau mempunyai kaitan
langsung dan hubungan secara langsung
mahupun dengan agen-agen negara asing
atau pertubuhan subersif serta sedar akan
tanggungjawab apabila berkhidmat dengan
kerajaan’
KESELAMATAN PERIBADI

 Objektif
“Memastikan seseorang yang diragui
kesetiaanya kpd negara tidak dilantik
dalam perkhidmatan kerajaan atau jika
telahpun menjawat jawatan,
kedudukannya tidak akan diteruskan
dalam bidang tugas dan tanggungjawab
urusan rahsia rasmi”
KESELAMATAN PERIBADI

 Tapisan Keselamatan
 Kesedaran Keselamatan
 Prinsip “ Perlu Mengetahui”
 Perakuan ARR 1972 – Lamp D & E (AK)
Tapisan Keselamatan

 Penjawat Awam dalam Kumpulan A & B perlu


lulus untuk disahkan dalam jawatan
 Tapisan Kasar
- Kumpulan A,B,C & D
- Penjawat Awam yang berurusan
dokumen berperingkat SULIT ke bawah
- Borang Tapisan Keselamatan akan
diselidiki oleh Caw. Khas, Bukit Aman
Tapisan Keselamatan

 Tapisan Halus
- Kumpulan A & B
- Penjawat Awam yang berurusan
dokumen berperingkat RAHSIA dan
ke atas
- Perlu ditemuduga oleh Caw. Khas, Bkt
Aman
Kesedaran Keselamatan

 Memberi kesedaran keselamatan mengenai


kursus dan ceramah dikalangan pegawai
dan kakitangan dari masa kesemasa
 Kebanyakan Pegawai dan k/tangan tidak
didedahkan kepada aspek keselamatan
perlindungan
Prinsip “Perlu Mengetahui”

 Perkara terperingkat hanya dimaklumkan


kepada mereka yang benar-benar “perlu
mengetahui”
Perakuan ARR 1972 – Lampiran
D & E (AK)

 Penjawat Awam hendaklah


menandatangani perakuan ARR 1972
(Lampiran D) setiap tahun dan Perakuan
ARR 1972 (Lampiran E) apabila
meninggalkan perkhidmatan
 Contoh lampiran di Buku Arahan
Keselamatan
Langkah Pengawalan

 Sikap Berahsia
 Sikap lebih mendengar dari bercakap
 Sikap Bijaksana
 Sikap waspada & berhati-hati
5.PENUTUP

 Rujukan
- Akta Rahsia Rasmi 1972(Pindaan 1986)
- Buku Arahan Keselamatan
- Surat Pekeliling Am 1/1993 - JPM
“Peraturan Penggunaan Mesin Faxsimili
Di Pejabat-Pejabat Kerajaan”
- Surat Pekeliling Am Sulit 1/1993 – JPM
“Meningkatkan Kualiti Kawalan Keselamatan
Perlindungan di Jabatan-Jabatan Kerajaan”
Kesimpulan

 Kawalan Keselamatan Fizikal, Keselamatan


Dokumen dan Keselamatan Peribadi, faktor
manusia merupakan unsur yang amat
penting

Vous aimerez peut-être aussi