Vous êtes sur la page 1sur 34

MSS

UNIT SUKAN & PERMAINAN


SMJK SHAN TAO
 Kemahiran yang dirancang ialah asas dalam
kemahiran tenis memerlukan pemain
menguasai kemahiran asas iaitu dapat
mengawal bola, dapat menguasai
penggunaan raket secara maksima sebelum
menerima bola, semasa dan selepas bola
dipukul, dan yang ketiga kemahiran dalam
menguasai gelanggang yang mana suatu
kemahiran untuk membiasakan pemain
dengan ruang yang ada pada gelanggan tenis.
 Setiap kemahiran mempunyai 5 ansur maju
yang sesuai dipraktikkan terutama dalam
melatih murid-murid sekolah rendah.
 Ansur maju yang dirancang terdiri daripada
latihan yang paling mudah hingga yang sukar.
Ianya bertujuan agar murid mudah
memahami dan dapat melakukan aktiviti
tersebut secara sistematik dan dapat
mengikuti setiap latihan tanpa rasa tertekan
tetapi sebaliknya santai dan tidak
membebankan.
 Pengetahuan tentang teknik-teknik asas
kemahiran perlu dipelajari dan difahami
secara teori dan amali berserta modifikasi
dalam menyesuaikan dengan situasi.
 Program latihan ansur maju adalah latihan fizikal
yang bersifat progresif.
 merujuk kepada peningkatan kesukaran latihan yang
beransur-ansur bermula dari latihan yang mudah
kepada yang lebih kompleks.
 kadar peningkatan hendaklah berdasarkan kepada
keupayaan individu kerana setiap individu adalah
berbeza maka peningkatan intensiti latihan
hendaklah sesuai dengan keupayaan setiap individu.
 merangkumi 5 jenis dan tahap ansur maju yang
dirancang bertujuan untuk hendak diterapkan.
 mendedahkan pelatih untuk belajar tentang cara dan
kaedah sebenar mewujudkan kemahiran individu asas
dan gabungan kepelbagaian kemahiran untuk menjadi
seorang pemain yang cekap.
 dapat melatih persediaan mental pemain terutamanya
dari segi psikologi sebelum terdedah kepada
perlawanan yang sebenar.
 melibatkan kemahiran pengawalan bola ialah
dengan membuat lantunan bola ke bawah.
 Lantunan bola tersebut mestilah paras pinggan
dan disambut dengan keaadan telapak tangan
yang menghadap ke bawah.
 Antara sebab kami memilih latihan ansur maju ini
adalah kerana ianya melibatkan pergerakkan yang
paling mudah bagi melatih seseorang pemain tenis
berkaitan dengan kemahiran mengawal bola.
 untuk melatih pemain supaya lebih mengenali dan
merasai saiz, kadar lantunan dan berat sebenar
bola tenis
 Bola tenis biasanya hijau kekuningan dan mestilah
dilitupi kain (Fabrik) di permukaan luar dan
berwarna sama ada putih atau kuning.
 Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7
hingga 58.5 gram.
 Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm
diameter.
 Latihan ansur maju yang kedua melibatkan kemahiran
melambung bola ke atas dan kemudian menangkap bola
tersebut.
 Bola tersebut hendaklah dilambung ke atas setinggi
yang boleh dan menyambutnya dengan menggunakan
sebelah tangan sahaja.
 memberi latihan kepada pemain dan pelatih supaya
fokus terhadap kawalan bola, dan melatih persediaan
mental pemain atau pelatih seperti berani dan
berkeyakinan diri untuk menangkap kembali bola yang
telah dilambung tinggi.
 Rasional kami memilih latihan ansur maju yang
melibatkan kemahiran melambung dan menyambut
bola ini adalah untuk melatih imbangan badan serta
dapat mewujudkan koordinasi antara mata dan
tangan. Disamping itu, latihan ini juga dapat melatih
pemain dari segi psikologi seperti dapat membentuk
keyakinan diri, tumpuan fikiran, kesedaran tentang
fungsi tubuh badan dan pemikiran. Ansur maju ini
juga sebenarnya satu latihan yang mudah untuk
dilakukan oleh pelatih atau pemain dan memberi
manfaat kepada setiap pelatih untuk mengukuhkan
kemahiran yang hendak diterapkan.
 Latihan ansur maju yang ketiga melibatkan 2 orang
pelatih untuk melaksanakan latihan yang dirancang.
 Latihan ansur maju ini melibatkan kemahiran melantun
dan menangkap bola tenis.
 Bola tersebut haruslah dilantunkan ke lantai ke arah
rakan sepelatih menggunakan sebelah tangan dan
disambut oleh rakan.
 Latihan ansur maju ini dirancang adalah untuk melatih
tindak balas reflek dengan betul iaitu semasa pemain
atau pelatih menyambut bola yang dilantun oleh rakan
sepelatih.
 Di samping itu, latihan ini juga dapat mendedahkan
pelatih dengan momentum dan kadar lantunan bola
tenis.
 Latihan ansur maju ini sebenarnya dapat menimbulkan
keseronokkan dikalangan pelatih kerana ianya
melibatkan aktiviti sambil bermain.
 latihan ini juga dapat melatih pemain untuk
mengetahui kadar momentum dan tahap lantunan
bola.
 Latihan ansur maju yang keempat juga
melibatkan 2 orang pelatih untuk
melaksanakn latihan yang dirancang.
 Latihan ansur maju ini melibatkan
kemahiran melontar dan menangkap bola
tenis.
 Bola tersebut haruslah dilontarkan ke arah
rakan sepelatih menggunakan sebelah
tangan dan disambut oleh rakan.
 untuk mengukuhkan kemahiran melatih tindak balas
reflek dengan betul iaitu semasa pemain atau pelatih
menyambut bola yang dilontarkan oleh rakan
sepelatih.
 memberi latihan kepada pemain dan pelatih supaya
fokus terhadap bola, dan melatih persediaan mental
pemain atau pelatih seperti berani dan berkeyakinan
diri untuk menangkap bola yang telah dilontarkan
tersebut.
 dapat menimbulkan keseronokkan dikalangan pelatih
 dapat melatih pemain dari segi ketangkasan, imbangan
badan, koordinasi mata dan tangan keyakinan diri.
 Latihan ansur maju yang kelima juga
melibatkan 2 orang pelatih untuk
melaksanakan latihan yang dirancang.
 Latihan ansur maju ini melibatkan
kemahiran melontar dan menangkap bola
tenis.
 Bola tersebut haruslah dilontarkan ke arah
rakan sepelatih menggunakan sebelah
tangan dan disambut oleh rakan.
 Latihan ansur maju ini sangat penting untuk untuk
mengukuhkan kemahiran melatih tindak balas reflek
dengan betul
 memberi latihan kepada pemain dan pelatih supaya
fokus terhadap bola, dan melatih persediaan mental
pemain atau pelatih seperti berani dan berkeyakinan
diri untuk menangkap bola.
 latihan ini juga dapat melatih pemain dari segi
ketangkasan, imbangan badan, koordinasi mata dan
tangan keyakinan diri dan sebagainya
• Pertama sekali, pemain perlu berdiri
berhapan dengan rakannya dalam jarak
antara 1.5m – 2m.
• Kemudian, pemain perlu bersedia untuk
menangkap raket yang akan dilepaskan
• kedua –dua pemain perlu menangkap raket
rakan latihan tersebut sebelum ia jatuh.
• Lakukan latihan ini sebanyak 8 kali dengan
3set.
• Pemain memegang raket dengan muka raket
yang akan melakukan pukulan menghala
kearah bawah.
• Apabila telah bersedia, pemain boleh
memulakan latihan dengan memukul bola ke
lantai secara berterusan.
• Latihan ini tidak memerlukan
• bilangan atau set latihan kerana pemain
perlu melakukannya sehingga mereka mahir.
• Pemain memegang raket dengan muka raket
yang akan melakukan pukulan menghala
kearah atas.
• Apabila telah bersedia, pemain boleh
memulakan latihan dengan memukul bola ke
arah atas secara berterusan.
• Latihan ini tidak memerlukan bilangan atau
set latihan kerana pemain perlu
melakukannya sehingga mereka mahir.
• Pemain memegang raket dengan muka raket
yang akan melakukan pukulan menghala kearah
atas.
• Mula memukul bola ke atas dengan menggunakan
muka raket yang biasa iaitu bahagian dimana
tapak tangan menghala ke atas.
• Pukulan kedua perlu disambut menggunakan
muka raket yang ke-2 iaitu dengan tapak tangan
menghala kebawah.
• Lakukan pukulan secara berselang-seli dengan
menggunakan kedua-dua belah muka raket
• Latihan ini tidak memerlukan bilangan atau set
latihan kerana pemain perlu melakukannya
sehingga mereka mahir.
 Pemain memegang raket dengan sisi raket
menghala ke atas dan bersedia untuk
melakukan pukulan.
 Mula memukul bola ke atas dengan
menggunakan sisi raket.
 Latihan ini tidak memerlukan bilangan atau
set latihan kerana pemain perlu
melakukannya sehingga mereka mahir.
 Teknik Latihan/Permainan
 1.Latihan dilakukan pada ruangan yang
bertanda pada gambar skematik.
 2.Latihan dilakukan seperti latihan sebenar
seolah-olah pemain menggunakan gelanggang
yang besar.
 3.Permainan secara individu dan mempunyai
pihak lawan.(rujuk video demostasi)
 4.Teknik ini boleh dipelbagaikan samada
menggunakan jaring atau tidak.
 Teknik Latihan/Permainan
 1.dengan menggunakan gelanggang kiri atau
kanan, pemain akan servis pada pemain
lawan.
 2.latihan dilakukan mengikut kiraan mata
untuk membiasakan dengan kiraan mata.
 Teknik Latihan/Permainan
 1.pemain yang memulakan servis pada
gelanggang kiri atau kanan akan servis secara
bersilang kepada pemain lawan.
 2.kiraan mata dibuat.
 3.servis secara silang dibuat jika mula dari
kiri maka seterusnya dimulakah dari kanan
tetapi masih lagi pada gelanggang yang sama
 Teknik latihan/Permainan
 Separuh gelanggang digunakan.
 Pemain memulakan servis pada kiri dan
kanan.
 Kiraan mata dibuat.
 Pemain bermain seolah-olah permainan
sebenar tetapi memerlukan pengawalan
kekuatan pukulan.
 Teknik latihan/Permainan
 Pemain membuat latihan ansur maju seperti
permainan sebenar.
 Servis bersilang kepada rakan lawan.
 Kiraan mata dibuat.
 Pemain bermain bersungguh-sungguh seolah-
olah mereka bermain dalam permainan
sebenar.
 Selaras dengan slogan 1M1S, guru-guru
hendaklah kreatif dalam merangka corak
latihan yang menarik.
 Latihan ansur maju untuk permainan tenis
boleh dipelbagaikan dalam pelbagai cara
agar murid dapat belajar dengan lebih
sistematik dan efektif.
 Koordinasi mata, tangan, dan kaki
membuktikan ansur maju yang berjaya.

Vous aimerez peut-être aussi