Vous êtes sur la page 1sur 7

LANGKAH-LAMGKAH KESELAMATAN

SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI SAINS


Alat dan bahan eksperimen dibenarkan
dibawa keluar dari makmal dan bilik sains
hanya dengan kebenaran guru sains.
Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan
pengetahuan dan kebenaran guru.
Peralatan yang rosak atau pecah perlu
dilaporkan dengan segera kepada guru atau
kakitangan sokongan makmal berkenaan.
Sebarang kemalangan yang berlaku perlu
dilaporkan dengan segera kepada guru.
Semua radas hendaklah dibersihkan
sebelum dan selepas digunakan.
Murid dikehendaki menjaga kebersihan
dan susunan perabut supaya kemas dan
teratur.
Semua peralatan dan bahan eksperimen
hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya
setelah digunakan.
Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya
dengan pemetik api atau pistol pemetik api
sahaja. Penggunaan kertas, lidi dan mancis
tidak dibenarkan.
Sebarang benda yang masih bernyala atau
berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong
sampah.
Jangan membuang sampah ke dalam
singki. Sisa–sisa bahan eksperimen
hendaklah dibuang ke dalam bekas yang
berlabel sisa bahan.
Bahan dan alat dalam Kit Pertolongan
Kecemasan boleh digunakan dengan
kebenaran dan pengawasan guru.
 Semua pengguna makmal haruslah sentiasa
memakai kot makmal dan kasut semasa berada
dalam makmal sains dan bilik persediaan.
 Pengguna makmal sains hendaklah memakai
gogal semasa menjalankan eksperimen kimia
dan eksperimen yang boleh mencederakan
mata.

Vous aimerez peut-être aussi