Vous êtes sur la page 1sur 6

Sekolah Amanah

• Program Sekolah Amanah adalah satu


usahasama dengan rakan kongsi swasta yang
bertujuan untuk mewujudkan model
transformasi sekolah yang boleh dijadikan
contoh di seluruh negara sebagai wawasan
jangka panjang yang strategik. YAB Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
Malaysia (TPM) telah meluluskan rangka kerja
pengoperasian Program Sekolah Amanah,
termasuklah autonomi pada 15 Disember
2009 dan perasmian pelancaran pada 10
Disember 2010 oleh YAB TPM Malaysia.
• Sekolah Amanah merupakan sekolah awam
(sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan) yang
diurus secara usahasama antara pihak swasta
(bakal penaja) yang berkelayakan dan pentadbir
sekolah di bawah naungan KPM. Rakan kongsi
swasta yang dipilih bagi merintis program ini
adalah Yayasan AMIR, iaitu sebuah yayasan yang
ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad
(KNB), penaja bagi program ini. Mesyuarat
Program Sekolah Amanah yang dipengerusikan
oleh YAB TPM Malaysia pada 16 Ogos 2010 telah
memutuskan bahawa Program Sekolah Amanah
adalah rintis selama 2 tahun (2011 dan 2012) di
bawah KNB.
• KPM telah menandatangani Perjanjian
Usahasama Sektor Awam-Swasta Bagi
Pengoperasian Program Sekolah Amanah
bersama Yayasan AMIR pada 3 Januari 2011.
Tempoh masa perjanjian adalah selama 5
tahun.
• Sehingga 2015, sebanyak 62 buah sekolah
telah terpilih menyertai program ini. Ianya
merangkumi sekolah rendah dan menengah
daripada semua tahap prestasi dengan tujuan
menghasilkan peningkatan secara mampan
tanpa mengira titik permulaannya.
Data terkini Program Sekolah Amanah adalah seperti berikut:

Vous aimerez peut-être aussi