Vous êtes sur la page 1sur 26

PIAGAM DIRAJA, 1881

• Pada awal tahun 1881 ditubuhkan "British North


Borneo Provisional Association Ltd" bagi tujuan
memperoleh kepentingan- kepentingan Dent di
Sabah.5
• Rakan-rakan kongsi syarikat ini termasuklah
Alfred Dent, Alcock, Martin, R.C. Mayne dan
W.H.M Read.
• Mereka telah membuat rayuan kepada Ratu
untuk mendapat piagam diraja. Syarikat ini
kemudiannya ditukar nama menjadi Syarikat
Borneo Utara British.
PEROLEHAN WILAYAH, 1881-1888

• Kerajaan British membenarkan Syarikat Borneo


Utara memperoleh sebarang wilayah baru, tanah
atau harta di Borneo atau pulau-pulau
berhampiran.
• Bagaimanapun syarikat tidak dibenarkan
memindah milik kepada pihak lain tanpa
kebenaran kerajaan British.
• Kesempatan ini digunakan oleh syarikat untuk
menambahkan keluasan wilayah pegangannya.
• W.H. Treacher, konsul Besar British di Labuan
berjaya mem- peroleh kawasan Sungai Pangalat
pada tahun 1883 dengan bayaran $300 setahun.6
• Pangiran Muda Damit Tajuddin Brunei bersetuju
menyerahkan daerah pegangannya kepada
syarikat pada tahun 1884.
• Kawasan ini meliputi lembangan Sungai Putatan.
Bayaran tahunan yang dikenakan $1,000 setahun.
• Pada penghujung tahun 1884, Sultan Abdul
Mumin, Pangiran Bendahara dan Pangiran di
Gadong pula menyerahkan kawasan bermula dari
Si Pitang hingga kawasan Kuala Paniow (Penyu).
• Kawasan lain yang diberikan termasuklah
Bangawan, lembah Sungai Tuaran dan pulau-
pulau berhampiran.
• Wang tahunan yang dibayar kepada sultan
sebanyak $3,000.
PENYELESAIAN TUNTUTAN KUASA
BARAT LAIN
• Kuasa Sepanyol di Filipina memang berminat
untuk menguasai Sabah.
• Apabila Pryer mula bertugas di Sandakan
sebuah kapal perang Sepanyol tiba di situ dan
menuntut bahagian timur laut Borneo.
• Asas tuntutan mereka ialah Perjanjian
Sepanyol-Sultan Sulu yang ditandatangani
pada bulanjulai 1878.
• Pryer tidak tunduk dengan tuntutan tersebut
walaupun diugut akan diserang.
• Bagaimanapun setelah rundingan kedua-dua
kerajaan akhirnya kerajaan Sepanyol
menggugurkan tuntutan ke atas Sabah.
• Belanda di Kalimantan mcnganggap usaha
Syarikat Borneo Utara mengancam
kedudukannya di wilayah tersebut.7
• Pada bulan September 18/9 satu pasukan
tentera laut dihantar ke Batu Tinagat, di
Sungai Sebuku.
• Pryer tidak membantu mengambil tindakan
tentera dan hanya membuat bantahan.
• Apabila W.H. Treacher dilantik sebagai
gabenor pertama Borneo Utara, beliau cuba
menetapkan wilayah syarikat hingga ke Sungai
Sebuku.
• Sementara itu kerajaan British dan Belanda
menubuhkan suruhanjaya sempadan pada
tahun 1884 dan persetujuan ditandatangani
pada bulan Jun 1891.
PEROLEHAN WILAYAH, 1885-1903

• Syarikat Borneo Utara terus mendapat


wilayah-wilayah baru daripada sultan atau
pembesar-pembcsar Brunei.
• Pada bulan Mac 1885, Pangeran Syahbandar yang
inenguasai kawasan Padas Damit bersetuju
menyerahkan kawasan tersebut dengan bayaran
$2,130 setahun.
• Syarikat juga berminat untuk menguasai kawasan-
kawasan Sungai Manam, Mengkabong, Menggatal, Api-
api, Simbulan dan Nafas Tambahan. Syarikat berjaya
mendapat perkenan Sultan Brunei dan pembesar-
pembesar yang memperoleh pegangan di situ pada
tahun 1876.
• Pada tahun berikutnya syarikat dapat inenguasai
kawasan Sungai Kinarut.
• Berdasarkan perjanjian dengan Sultan Hashim,
kerajaan Brunei bersetuju menyerahkan
kawasan antara Sungai Sepitong dengan
Terusan.
• Bayaran tahunan yang dikenakan $600.
Kawasan Sungai Membakut pula diserahkan
kepada syarikat pada tahun 1902.
• Perundingan juga dibual dengan Sultan Sulu
bagi memperoleh semua pulau-pulau yang
berhampiran Borneo Utara.
• Pihak Sulu telah bersetuju dan
menandatangani perjanjian penyerahan pada
22 April 1903.8
PERKEMBANGAN EKONOMI SABAH

• Sebelum tahun 1910 kedudukan kewangan


Syarikat Borneo Utara tidaklah memuaskan.
• Hanya selepas itu kedudukan ekonomi syarikat
dan Sabah sendiri mulai memuaskan.
• Ada beberapa sumber ekonomi yang
menguntungkan seperti tembakau,
pembalakan, hasil hutan, sagu, ikan kering,
kelapa kering dan arang batu.
• Tanaman tembakau mendapat keuntungan
yang banyak apabila harganya melambung
pada tahun 1894.
• Usaha menanam getah juga dimulakan
terutama di Pantai Barat.
• Dalam bidang perlombongan orang Cina
sudah mula me- lombong emas di Sungai
Segama sejak tahun 1880.
• Arang Batu pula dilombong di Tawau,
Sandakan dan Labuan. Bahan ini sangat
diperlukan untuk kegunaan kapal-kapal wap
ketika itu.
• Pihak syarikat juga mula membuka bandar-
bandar baru - Gaya, Silam, Tawau, Penungah,
Semporna, Keningau, Tenom dan Beaufort.
• Talian telegraf di antara Jesselton dcngan
Sandakan disiapkan pada tahun 1896.
• Jalan ke- reta api antara Weston ke Beaufort
disiapkan pada tahun 1900.
• Kemudiannya jalan kereta api tersebut
disambungkan ke Jesselton dan Melalap.16
Pembinaan jalan kereta api dikatakan
menguntungkan terutama untuk
pengangkutan getah.
• Jalan raya amat sedikit dibina manakala
perhubungan udara tidak ada langsung.
• Selepas Perang Dunia Pertama, Sabah
menghadapi masalah makanan kerana
bencana ke atas tanaman padi.
• Faktor lain yang memerosotkan lagi
ekonominya ialah kekurangan modal dan
kekurangan kapal untuk membantu kegiatan
eksportnya.
• Kemasukan imigran pula semakin ramai.
Kesannya syarikat terpaksa menanggung
hutang sejumlah 1,649,800 paun.
• Kedudukan ke- wangan syarikat hanya berjaya
dipulihkan apabila Yang Dipertua Lembaga
Syarikat diambil alih oleh Jeneral Sir Neill
Malcom.
• Selepas itu baharulah Sabah dapat
dibangunkan secara perlahan-lahan.
PENTADBIRAN SABAH, 1881-1946

• Syarikat Berpiagam membentuk pentadbirannya


berasaskan ketetapan yang ditentukan oleh
kerajaan British seperti yang termaktub dalam
Piagam Diraja 1 November 1881.
• William Hood Treacher dilantik sebagai Gabenor
Borneo Utara yang pertama (1881-1887).
• Beliau memulakan pembentukan jentera kerajaan
pusat secara berperingkat-peringkat.
• Gabenor-gabenor yang lain juga turut
meningkatkan kemajuan pentadbiran. Mereka
ter- masuklah W.M. Crocker (1887-1888) dan
Charles Creagh (1888- 1895).
• Semasa Earnest Birch menjadi gabenor pada
tahun 1901 beliau telah membuat beberapa
pembaharuan untuk meluaskan jajahan dan
meningkatkan pelaburan.
PENTADBIRAN DAN INSTITUSl POLITIK
PERIBUMI,
1881-1941
• Syarikat berpiagam tnembentuk pentadbiran
Sabah yang dikuasai oleh pentadbir-pentadbir
Barat.
• Selain itu syarikat juga menggunakan sistem
pentadbiran "tidak langsung".17
• Langkah-langkah diambil menyusun semula
institusi-institusi politik tempatan bagi
memudahkan pentadbiran ke atas anak
negeri.
• Kedudukan kewangan syarikat tidaklah begitu
teguh.
• Oleh yang demikian langkah berjimat dan
pengurangan kos pentadbiran perlu diambil.
• Cara yang terbaik ialah meng- gunakan
tenaga dan institusi tempatan.
• Selain menjimatkan perbelanjaan, kaedah ini
juga dapat mengurangkan ketegangan antara
syarikat dengan anak negeri.
• Lebih mudah pemimpin-pemimpin tempatan
menguruskan soal penduduk kerana mereka
mempunyai hubungan budaya yang sama.

Vous aimerez peut-être aussi