Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat
Negara tercinta kita Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Setiap kaum menganuti agama dan budaya masing-masing dan hidup secara harmoni dengan kaum lain. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa betapa pentingnya impliksasi kepelbagaian sosiobudaya di kalangan rakyat Malaysia.
Menurut Noriati, Boon, Sharifah dan Zuraidah (2011), budaya mempengaruhi cara individu berfikir, cara individu bertindak, juga mempengaruhi pandangan, perasaan dan pembawaan. Budaya hidup, adat resam, kelas sosial dan agama yang dibawa oleh pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum telah memberi kesan terhadap iklim bilik darjah serta menunjukkan perbezaan dari segi tingkah laku, pemikiran dan cara berkomunikasi. Sehubungan dengan itu, implikasi kepelbagaian sosiobudaya adalah perlu dijalankan melalui pendidikan supaya kanak-kanak yang menjadi masa depan negara akan menghayati dan menerima kepelbagaian sosiobudaya.
Sala