Vous êtes sur la page 1sur 4

NAMA AHLI KUMPULAN:

M.VINO
S.PRIYANGGAH
M.SUTHA
ALEX
 Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan
perhatian kepada aspek makna dalam bahasa.
 Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa
istilah penting terutama sekali istilah semantik dan
makna.
 Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk
kepada bidang kajian makna.
 Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam
bidang linguistik.
 Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif
bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud penting
atau bererti.
 Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal
daripada kata Perancis semantique.
 Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian
makna dalam bidang linguistik.
 Kata semantik juga diertikan sebagai “ilmu tentang makna atau
erti”.
 Kamus Linguistik (1997), memasukkan dua entri bagi kata makna,
iaitu:
1) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata , atau
2) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar atau pemahaman
kata atau frasa bertulis oleh pembaca.
 Ogden dan Richard (1956) pernah
memberikan tidak kurang 16 pengertian bagi
perkataan makna dalam buku mereka yang
berjudul The Meaning of Meanings.
Antara pengertian yang diberikan termasuk
makna seperti ‘suatu sifat intrinsic, konotasi
sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu
kemahuan’ dan ‘emosi yang ditimbulkan oleh
sesuatu’.
Jadi, berdasarkan pengertian oleh Ogden dan
Richard, kita fahami bahawa erti makna
cukup menarik tetapi rumit sekali untuk
memahami maksud kata makna.

Vous aimerez peut-être aussi