Vous êtes sur la page 1sur 18

PERBEZAAN INDIVIDU

DAN PEMBELAJARAN
DEFINISI PERBEZAAN
INDIVIDU
• Konsep perbezaan individu adalah konsep yang
merujuk kepada keunikan dan ketidaksamaan yang
wujud di antara manusia yang berlainan.

• Ia juga boleh ditakrifkan sebagai variasi atau


ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan
sama ada dari sifat kognitif, emosi, fizikal, moral,
tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain aspek.
 Ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal,
mental, emosi dan sosial di kalangan individu.

 Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational


Psychology for Effective Teaching, pula menerangkan
perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat
manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan
keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik, sentiasa
berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang
untuk belajar dalam persekitaran sekolah (contohnya seperti
takut melakukan kesilapan, takut bertanya)
Kognitif

Fizikal Sosio
Aspek-aspek emosi
Perbezaan
Individu

Murid Latar
Berkeperluan Belakang
Pendidikan Murid
Khas
Fizikal

• Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi.


• Melalui aspek fizikal kita dapat memerhatikan
perbezaan individu dari segi kelihatan luaran seperti
paras rupa, susuk badan dan sebagainya serta fizikal
yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz
otak dan jumlah neuron.
• Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz badan ka
nak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa
mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga12 tahun
semasa belajar di sekolah rendah.
• Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mencapai
kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada kanak-
kanak lelaki.
Sheldon (1942) mengkategori kpd 3 kategori.

 Endomorf (bertubuh bulat)


Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri
tetapi mudah diserang tekanan perasaan.

 Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat)


Bersifat asertif, bertenaga, kuat bersukan

 Ektomorf (kurus dan tinggi)


Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan
mudah diserang penyakit skizofrenia.
Kognitif
• Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir,
belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta
bakatnya.
• Murid-murid mempunyai aras kognitif yang
berlainan.
• Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan
yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara
yang berlainan.
• Contohnya murid-murid perempuan mempunyai
kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada
lelaki.
• Kajian Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian
murid-murid lelaki lebih baik berbanding murid-murid
perempuan bagai matapelajaran Matematik, Sains dan
sukan.
• Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik
berbanding murid-murid lelaki dalam matapelajaran
masakan dan jahitan.
Sosio emosi

• Murid-murid juga mempunyai tahap emosi


yang berlainan.
• Hal ini demikian kerana mereka berasal keluarga yang
mempunyai tahap sosio-emosi dan
kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan.
• Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa.
• Tahap kecerdasan emosi ini adalah berbeza.
• Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif
dan sebagainya.
• Kanak-kanak lelaki lebih bersifat aktif daripada kanak-kanak
perempuan.
• Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan
menangani dengan cara yang sesuai serta mendisiplin
mereka.
• Guru-guru juga perlu merancang pelbagai strategi pengajaran
dan pembelajaran (pdp) dengan mengikut personaliti murid-
murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan
mereka semasa pembelajaran dijalankan.
Latar Belakang Murid

• Keadaan latar belakang kehidupan sesebuah keluarga ada


hubungkait dengan kemajuan anak-anaknya.
• Sebagai contoh kita sering mendengar kebanyakan sekolah
di Bandar mencatatkan keputusan peperiksaan umum yang
cemerlang.
• Apabila ditinjau dan diteliti, murid-murid dari “sekolah-
sekolah cemerlang” ini sebenarnya mempunyai latar
belakang keluarga yang sempurna.
• Keluarga berkenaan menyediakan berbagai-bagai
kemudahan pembelajaran seperti menghantar anak-anak
mereka ke kelas-kelas tambahan, kemudahan komputer
berinternet dan buku-buku rujukan yang lengkap.
• Sebaliknya, murid-murid yang berasal dari kawasan luar
bandar biasanya lebih rendah pencapaian mereka dalam
sesuatu peperiksaan terutamanya dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
• Hal ini kerana mereka kurang didedahkan dengan
faktor-faktor persekitaran yang boleh mendorong
mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
• Sikap keluarga dan pengaruh sosiobudaya masyarakat
di luar bandar secara tidak langsung mempengaruhi
suasana pembelajaran di kalangan murid-murid.
Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
• Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa bolehlah

ditaksirkan sebagai kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan

batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperolehi keperluan biasa

dan untuk hidup bermasyarakatan kerana had fizikal atau mentalnya

(Mahmood Nazar, 2000).

• Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang cacat penglihatan, cacat

pendengaran, cacat mental,bermasalah pembelajaran dan tingkah laku,

cacat budaya atau sosial, cacat fizikal dan sebagainya, termasuk juga

pelajar-pelajar pintar cerdas.


• Murid-murid ini akan melakukan pelbagai aksi ataupun sikap
untuk menunjukkan sikap memberontak, marah, sedih dan
sebagainya.
• Terdapat juga murid yang membuat perangai disebabkan
inginkan perhatian.
• Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial
mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia
sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah
pembelajaran.
• Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan
ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan
mental atau gangguan emosi.
SEKIAN,

TERIMA KASIH

Vous aimerez peut-être aussi