Vous êtes sur la page 1sur 18

Tahap-Tahap

Kaunseling
Pra-Sesi
1. Kenal pasti klien atau kanak-kanak yang mungkin akan mendapat faedah
daripada terapi bermain berdasarkan maklumat peribadi klien itu.

2. Tentukan sama ada guru perlu mengendalikan sesi yang berasingan


dengan kanak-kanak berkenaan atau akan duduk bersamanya di dalam
ruang tempat bermain.

3. Dapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk sesi berkenaan termasuk


bahan-bahan manipulative seperti krayon atau peralatan lukisan, air,
tanah, alat permainan kanak-kanak, anak patung, blok permainan dan
sebagainya.

4. Susunan bahan-bahan tersebut di tempat yang boleh diperoleh bagi


setiap sesi terapi yang diadakan.
Pra-Sesi
Maklumat peribadi

Nama: Simon
Umur: 11 tahun
Kelas: 5 Aman
Masalah: Emosi- Murung, sedih, senyap, pasif,
bersendirian
Membina Hubungan “Rapport’

1. Temui klien berkenaan dan perkenalkan kepadanya kawasan


tempat bermain.

2. Maklumkan batasan kepada klien berkenaan serta tempoh sesi


bermain.

3. Pada fasa ini, guru akan menjalankan aktiviti telefon untuk


mengeratkan hubungan antara guru dengan klien di samping
lebih mengenali klien.
Aktiviti Telefon
1. Guru akan menyediakan telefon palsu yang diperbuat daripada
kertas cawan dan tali.

2. Guru dan klien akan membuat simulasi perbualan melalui talian


telefon.

3. Contoh soalan yang ditanya:

 Siapa ni?

 Apa khabar?

 Sudah makan?
Meneroka dan menganalisa isu perbincangan
serta mengenal pasti sebab–sebab di sebalik
isu
1. Benarkan klien membuat pilihan bahan-bahan yang akan digunakan
untuk bermain.

2. Elakkan daripada mencadangkan mana-mana bahan kepada klien.

3. Sekiranya klien ingin meninggalkan permainan sebelum tamat sesi,


hendaklah dibenarkan tetapi tidak dibenarkan datang semula pada
hari yang sama.

4. Maklumkan kepadanya tentang hari dan masa lain yang akan


ditetapkan.
Meneroka dan menganalisa isu perbincangan
serta mengenal pasti sebab–sebab di sebalik isu

1. Pada fasa ini, klien didedahkan kepada beberapa alat permaian


seperti boneka, pick-up stick dan doh tanah liat.

2. Tujuan permainan tersebut adalah untuk mengenalpasti emosi dan


isu klien serta punca di sebalik isu tersebut.

3. Mereka diminta untuk memilih salah satu permainan.

4. Guru akan menemani klien semasa bermain. (Terapi bermain jenis


non-direktif).
Boneka

1. Klien dan guru memilih watak boneka mengikut kesukaan masing-


masing.

2. Klien dan guru bermain boneka dengan mengadakan simulasi perbualan.

3. Guru berperanan penting untuk cuba mencungkil, memahami dan


mengenalpasti emosi dan isu yang dihadapi oleh klien melalui
pertanyaan soalan semasa bermain boneka.

4. Contoh soalan:

 Apakah perasaan anda hari ini?

 Mengapakah anda berasa sedih?


Pick-up stick

1. Guru menerangkan cara dan peraturan permainan pick-up stick


kepada klien.

2. Setiap warna pick-up stick mewakili sesuatu perasaan.


3. Contohnya,
 Hitam: Takut
 Putih: Rimas
 Merah: Marah
 Kuning: Gembira
 Biru: Sedih
 Hijau: Kecewa
Pick-up stick
4. Guru dan klien mengalihkan sebatang pick-up stick pada satu masa tanpa
menggerakkan batang pick-up stick lain secara bergilir-gilir.

5. Mereka perlu menceritakan sesuatu peristiwa berdasarkan warna batang pick-up


stick yang dialihkan itu.

6. Jika pemain menggerakkan batang pick-up stick lain semasa mengalihkan batang
pick-up stick, giliran bagi pemain tersebut dibatalkan dan diteruskan dengan
pemain seterusnya.

7. Semasa giliran guru, guru boleh menceritakan situasi yang berkaitan dengan isu
klien untuk membimbing klien untuk menceritakan masalah sendiri yang sebenar.

8. Guru berperanan penting untuk cuba memahami dan mengenalpasti emosi dan
isu yang dihadapi oleh klien melalui penceritaan oleh klien.
Doh tanah liat
1. Klien diberi pelbagai jenis warna doh tanah liat.

2. Klien diminta untuk menguli doh tanah liat kepada sesuatu bentuk bagi mewakili
perasaan klien.

3. Kemudian, klien diminta untuk memberi penjelasan bagi hasil bentuk yang dibuat
oleh klien.

4. Guru berperanan penting untuk cuba memahami dan mengenalpasti emosi dan
isu yang dihadapi oleh klien melalui penjelasan hasil bentuk doh tanah liat klien
itu.
Mengambil alternatif
1. Gunakan teknik refleksi untuk memberikan tindak balas kepada komen klien.

2. Sekiranya klien enggan bercakap, peranan guru akan berubah kepada


memberikan penjelasan tentang apa yang klien lakukan dalam bentuk laporan
perlakuan.

3. Guru mencadangkan suatu alternatif untuk klien yang sesuai mengikut


kehendak dan kemampuan klien.

4. Guru boleh mencadangkan idea atau nasihat kepada klien tetapi beliau tidak
boleh memaksanya ke atas klien.

5. Guru perlu memastikan klien memilih alternatif sendiri dan bertanggungjawab


ke atas tindakan sendiri.
Mengambil alternatif
1. Andaikan masalah klien yang telah dikenalpasti adalah stres, maka guru boleh
membimbing klien memikirkan langkah alternatif untuk mengatasi masalah
klien melalui alat peta pemikiran. Contohnya:

Bergaul Bergaul
dengan dengan
kawan ibu bapa

Stres

Menyertai Membuat
aktiviti aktiviti
kokurikulum yang
digemari
Menamat sesi

1. Setelah hampir kepada masa tamat sesi, maklumkan


kepada klien tempoh masa yang masih tinggal.

2. Prosedur ini dapat membantu transisi aktiviti yang lain


(seperti pembelajaran dalam kelas).

3. Setelah masa tamat, maklumkan mengenainya dan minta


klien menyimpan semula alat dan bahan permainan di
tempat asalnya.

4. Pastikan klien berkenaan tidak terus bermain.


Menamat sesi

1. Pada peringkat ini, klien akan memilih atau menentukan


alternatif untuk menyelesaikan masalahnya.

2. Klien juga perlu yakin terhadap pilihannya.

3. Guru perlu memberi galakan dan peneguhan kepada klien


bagi memudahkan perubahan tingkah laku klien.

4. Klien perlu menulis langkah yang dipilihnya itu pada


sekeping kertas dan diletakkannya ke dalam botol pada
akhir sesi.
Langkah susulan

1. Maklumkan kepada klien sesi akan datang seterusnya.

2. Guru perlu ingatkan klien untuk melaksanakan langkah


alternatif yang dipilih.

3. Pada sesi yang seterusnya, guru akan mengeluarkan


kertas daripada botol itu dan bertanyakan klien sama ada
klien berjaya melaksanakannya atau sebaliknya.

Vous aimerez peut-être aussi