Vous êtes sur la page 1sur 3

Masa & Waktu Tahun 6

Terdapat 2 jenis sistem yang digunakan untuk menunjukkan masa iaitu:


a) Sistem 12 jam
i. Satu hari dibahagikan kepada a.m. dan p.m.
ii. a.m. adalah waktu selepas tengah malam (12:00 a.m.) sehingga sebelum tengah hari
(11:59 a.m.)
iii. p.m. adalah waktu selepas tengah hari (12:00 p.m.) sehingga sebelum tengah malam
(11:59 p.m.)
b) Sistem 24 jam
i. Satu hari bermula dari jam 0000 hingga jam 2359.
ii. Masa dinyatakan dalam 4 digit.

Untuk mendapatkan waktu dalam sistem 24 jam daripada sistem 12 jam antara pukul 1:00 p.m.
hingga 11.59 p.m., tambahkan 12 jam kepada waktu yang diberi.
Contoh: Tukarkan 2.30 p.m. kepada sistem 24 jam.
Jam Minit
2 30
+ 12 00
14 30
 2.30 p.m. = Jam 1430

Untuk mendapatkan waktu dalam sistem 12 jam daripada sistem 24 jam antara jam 1300 hingga
jam 2359, tolak 12 jam daripada waktu yang diberi.
Contoh: Tukarkan jam 1735 kepada sistem 12 jam.
Jam Minit
17 35
- 12 00
5 35
 Jam 1735 = 5.35 p.m.

Sistem 12 jam Sistem 24 jam Sistem 12 jam Sistem 24 jam

9:35 a.m. Jam 0935 4:10 p.m. Jam 1610

Pukul sembilan tiga Jam sembilan tiga Pukul empat sepuluh Jam enam belas
puluh lima pagi puluh lima malam sepuluh

1
Masa & Waktu Tahun 6
Tempoh
Contoh 1: Suatu ujian Sains dijalankan selama 1 jam 25 minit. Ujian itu tamat pada pukul 10.15
pagi. Pada pukul berapakah ujian itu bermula?

Jam Minit 1 jam = 60 minit


9 75 60 + 15 = 75
10 15
- 1 25
8 50

 Pukul 8.50 a.m.

Contoh 2: Pembinaan sebuah dewan mengambil masa 5 bulan 10 hari. Pembinaan itu bermula
pada 27 April 2009. Bilakah dewan itu akan siap dibina?

Tempoh = 5 bulan 10 hari


Masa Mula = 27 April 2009.
Masa Tamat = ?

Bulan April
27 – 31 April = 31 – 27 + 1
= 5 hari
Baki hari = 10 hari – 5 hari
= 5 hari

Bulan Mei = 1 bulan


Bulan Jun = 1 bulan
Bulan Julai = 1 bulan
Bulan Ogos = 1 bulan
Bulan September = 1 bulan

Bulan Oktober = 5 hari


= 1 Oktober – 5 Oktober

Masa Tamat = 5 Oktober 2016

Contoh 3: Sebuah bangunan siap dibina pada 7 Januari 2014. Tempoh pembinaannya adalah 2
tahun 5 bulan 8 hari. Bilakah bangunan itu mula dibina?

Cuba Buat!!!! 2
Masa & Waktu Tahun 6
Tempoh Mengikut Zon Masa Dunia
1. Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon masa.
2. Waktu di negara yang terletak di sebelah Barat Malaysia adalah lebih lewat berbanding dengan
waktu di Malaysia. Contohnya, Amerika Syarikat dan England.
3. Waktu di negara yang terletak di sebelah Timur Malaysia adalah lebih awal berbanding dengan
waktu di Malaysia. Contohnya, Australia dan Jepun.
4. Beberapa negara yang terletak pada zon masa yang sama dengan Malaysia mempunyai waktu
yang sama dengan Malaysia.
Contohnya,
China (Beijing)
Hong Kong
Filipina (Manila)
Singapura

BARAT TIMUR

— +

Contoh 1: Paris terletak di sebelah Barat Malaysia. Beza waktu ialah 7 jam. Nyatakan waktu di
Paris apabila waktu di Malaysia ialah pukul 5 a.m., hari Isnin.
Jawapan:

Waktu di Paris adalah 7 jam lebih lewat.


 Waktu di Paris ialah 10 p.m., hari Ahad.

Contoh 2: New York terletak di sebelah Barat Malaysia dan beza masa ialah 13 jam.
Katakan waktu di New York ialah jam 2315, Rabu, nyatakan waktu di Malaysia pada
masa yang sama.

TIMUR (+)

New York Malaysia


Waktu di Malaysia adalah 13 jam lebih cepat.
Hari Jam Minit
Rabu 23 15
+ 13 00
36 15
Khamis - 24 00
12 15
 Waktu di Malaysia ialah hari Khamis, jam 1215 atau pukul 12.15 p.m.

Vous aimerez peut-être aussi