Vous êtes sur la page 1sur 46

BAB 13

Rawatan Pemulihan
Pernafasan
(CPR)
JANTUNG DAN SISTEM PEREDARAN
DARAH
Jantung merupakan sejenis otot dan saiznya
lebih kurang gengaman tangan dan terletak
ditengah-tengah dada di antara sternum dan
tulang belakang (spina).
Ateri koronari adalah ateri khas yang membawa
darah keotot jantung itu sendiri.
Fungsi Jantung adalah mengepam darah
keparu-paru dimana darah itu memperolehi
oksigen dan seterusnya dialirkan ke seluruh
badan.
Jantung orang dewasa mengepam lebih kurang
5 liter darah seminit.
Oksigen diperlukan oleh sel-sel badan untuk
berfungsi. Apabila jantung terhenti, oksigen tidak lagi
beredar dan oksigen oksigen yang tersimpan diotak dan
organ-organ penting akan cepat kehabisan.
Denyutan jantung yang diterbitkan oleh impuls elektrik
semulajadi, dihantar melalui jantung di antara 60 - 100
kali seminit di dalam badan seseorang dewasa yang
sihat.
Apabila senaman dijalankan jantung biasanya
mengepam darah sehingga 25 liter seminit.
Paru-paru mengandungi pundi-pundi udara (alveoli)
yang dikelilingi oleh saluran-saluran darah halus
(rerambut).
Impuls saraf daripada otak, ke otot dada dan ke
diafragma membolehkan seseorang itu bernafas.
Dengan setiap pernafasan, udara dibawa daripada
saluran pernafasan (hidung, mulut, farinks, larinks,
trakea dan bronki) ke pundi-pundi udara di dalam paru-
paru.
Udara mengandungi lebih kurang 21% oksigen pada
paras laut.
Apabila pundi-pundi udara diparu-paru berisi udara,
darah dikelilingnya mengambil oksigen daripada udara
di paru-paru dan membawanya balik ke jantung, dan
seterusnya mengepamnya keseluruh badan.
Apabila oksigen diambil daripada darah oleh sel-sel
tubuh, karban dioksida di keluarkan sebagai bahan
kumuh.
Ini dikembalikan oleh darah ke pundi-pundi udara di
paru-paru dan dikeluarkan daripada badan semasa
bernafas.
Apabila udara disedut, hanya 1/4 oksigen daripadanya
diserap oleh darah, yang lainnya dihembus keluar.
Inilah sebab mengapa pernafasan mulut ke mulut
memberi mangsa cukup oksigen.
Apabila pernafasan terhenti, jantung akan terus
mengepam darah untuk beberapa minit bagi
mengekalkan bekalan oksigen ke otak dan seluruh
badan.
Usaha menyelamat yang awal dan segera untuk mangsa
pernafasan terhenti atau tercekik (benda tersekat
didalam tekak) akan mencegah jantung daripada
berhenti (jantung terhenti).
Kitar Mandiri
Apabila jantung terhenti CPR sahaja tidak memadai
untuk menyelamatkan nyawa.
Walau bagaimanapun ia adalah penghubung penting
yang mesti dimulakan untuk membantu mangsa
sehingga rawatan pakar dapat diberi merangkumi
tindakan awal bagi perhubungan sistem rawatan
kecemasan, CPR, defibrilasi dan rawatan lanjutan.
Kitar Mandiri

CPR, defibrilasi dan rawatan lanjutan


Resusitasi Kardio Pulmonari (CPR)
CPR yang awal adalah penghubung penting di
dalam kitar mandiri kepada mangsa jantung
terhenti atau pernafasan terhenti.
CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke
mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan
cara lain) dan tekanan dada.
Dengan cara ini darah yang mengandungi
oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-
organ penting hingga rawatan perubatan
sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung.
Jantung terhenti menyebabkan mengsa
pengsan dalam masa beberapa saat.
Hubungilah sistem rawatan kecemasan dengan
segera. Jika cepat melakukan CPR, difibrilasi
dan rawatan lanjutan, mangsa mempunyai
peluang untuk dipulihkan.
CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat
asas: saluran pernafasan, pernafasan dan
edaran darah (ABCs of CPR: Airway, Breathing
and Circulation).
SALURAN PERNAFASAN
(AIRWAY)
Tindakan utama untuk kejayaan
resusitasi ialah membuka saluran
pernafasan serta merta dengan
membetulkan posisi kepala mangsa.
Perlu diingat bahawa bahagian belakang
lidah dan epiglotis selalu menghalang
saluran pernafasan mangsa yang tidak
sedarkan diri.
Oleh kerana lidah dan epiglotis
tercantum dibahagian bawah rahang,
dengan cara mendongakkan kepala ke
belakang dan mengangkat dagu keatas,
anda boleh mengangkat lidah dan
epiglotis daripada bahagian belakang
tekak.
Ini biasanya membuka saluran
pernafasan
PERNAFASAN (Breathing)
Apabila pernafasan terhenti badan kita
hanya mempunyai oksigen yang masih
ada dalam paru-paru dan darah.
Oleh sebab itu apabila pernafasan
terhenti, jantung akan terhenti dan
mangsa akan mati sejurus selepas itu.
Bantuan pernafasan mulut kemulut
adalah cara yang tercepat untuk
menyampaikan oksigen ke paru-paru
mangsa.
Udara yang anda hembus
mengandongi cukup oksigen untuk
sekurang-kurangnya menampung
sebahagian daripada keperluan
mangsa.
Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa
boleh bernafas sendiri atau sehingga para profesional
terlatih tiba.

* sekiranya mangsa tidak sedar tetapi bernafas dan


tiada tanda-tanda trauma, anda perlu meletakkan
mangsa mengiring dalam posisi pemulihan.
* Jika jantung mangsa masih berdenyut, anda perlu
pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan
beri pernafasan bantuan
* Jika jantung mangsa tidak berdenyut beri tekanan
dada
EDARAN DARAH (CIRCULATION)

Tekanan dada mengekalkan


edaran darah ke paru-paru, otak,
arteri koronari, dan organ-organ
penting yang lain.
Apabila tekanan dada dijalankan
pernafasan bantuan mulut ke mulut
juga patut dilakukan bersama
Jika mangsa mula bernafas dan
nadinya kembali semasa atau
selepas resusitasi, anda perlu
meletakkan mangsa dalam posisi
pemulihan
PANDUAN PENYELAMAT
JANTUNG
Tindakan Awal
Pertamanya, anda perlu mengenalpasti
keadaan kecemasan. Anda perlu
mengenali tanda amaran awal bagi
serangan jantung dan strok, tahu cara
mencegah komplikasi dan
menenangkan mangsa.
Kemudian orang yang berhampiran
(atau mangsa, jika sedar) perlu
membuat panggilan telefon jika mangsa
itu orang dewasa.
Panggilan Kecemasan
Apabila membuat panggilan kecemasan beritahu telefonis :
Tempat kejadian, termasuk alamat atau nama jalan
dan tanda jalan yang mungkin berguna.
Nombor telefon di mana panggilan dibuat.
Apa yang berlaku - misalnya serangan jantung,
kemalangan jalanraya dan sebagainya.
Bilangan orang yang memerlukan bantuan.
Keadaan mangsa-mangsa.
Rawatan yang sedang diberi kepada mangsa-mangsa
tersebut.

Jangan letakkan telefon hingga telefonis berbuat demikian. Jika ambulan


tidak ada di kawasan anda, mangsa tersebut perlu dibawa ke hospital
yang berhampiran dengan segera dan sebaik-baiknya ke hospital yang
memberi rawatan kecemasan 24 jam.
Resusitasi Kardiopulmonari
(CPR)
Bila dan bagaimana
bantuan pernafasan
diberi untuk
membekalkan udara ke
paru-paru mangsa nafas
terhenti
Bila dan bagaimana
tekanan dada dilakukan
untuk mengalirkan darah
mangsa jantung terhenti.
Defibrilasi Awal
Perhubungan awal sistem
rawatan kecemasan boleh
mempastikan ketibaan awal
personel kecemasan dengan
alat defibrilator.
Defibrilator adalah sejenis alat
yang memberi kejutan elektrik
terkawal untuk menghidupkan
jantung yang mengalami
fibrilasi ventrikular.
Ini sering terjadi kepada
mangsa jantung terhenti.
Rawatan Lanjutan
Rawatan lanjutan
awal termasuklah
langkah-langkah
bantuan asas dan
pakar yang mungkin
diberi oleh doktor,
jururawat, paramedik
atau penyelamat-
penyelamat terlatih
CPR DEWASA
Jika anda bertemu
seorang mangsa yang
tidak sedarkan diri jangan
panik dan berilah
pertolongan yang
sewajarnya.
Untuk memberi bantuan
yang berkesan anda
semestinya mempunyai Tepuk atau gerak bahu perlahan-
lahan. Tanya "Apahal ni?
pengetahuan di dalam
Ilmu CPR.
Jika didapati mangsa
tidak sedarkan diri minta
bantuan sistem rawatan
kecemasan.
Sahut kuat-kuat TOLONG
PANGGIL AMBULAN -
999.
Telentangkan mangsa,
jika perlu ampu kepala
dan tengkok.
SALURAN PERNAFASAN
(AIRWAY)
Buka saluran pernafasan
(Dongak kepala angkat dagu)
Angkat dagu perlahan-lahan
dengan satu tangan sambil
menolak dahi ke bawah
dengan sebelah tangan lagi
untuk mendongakkan kepala
Tentukan mangsa tidak
bernafas (LIHAT - pergerakkan
dada, DENGAR - bunyi
pernafasan, RASA -
pernafasan pada pipi anda)
PERNAFASAN (BREATHING)
Jika mangsa bernafas dan tiada tanda
trauma, letakkan mangsa dalam posisi
pemulihan (Letakkan mangsa
mengiring, menggunakan kaki dan
tangan mangsa untuk kestabilan)
JIKA MANGSA TIDAK BERNAFAS,
BERIKAN 2 PERNAFASAN BANTUAN
PERLAHAN-LAHAN (1 1/2 - 2 SAAT
SETIAP HEMBUSAN
Tutup hidung dengan memicitnya dan
tekup mulut anda ke mulut mangsa
dengan rapat.
Perhatikan pergerakan dada
mangsa. Berikan masa untuk paru-
paru mengempis di antara pernafasan
bantuan
EDARAN DARAH
(CIRCULATION)
Letakkan 2-3 jari di atas
halkum.
Letakkan jari ke tekok di antara
halkum dan otot di leher.
Rasa nadi karotid.
JIKA ADA NADI BERIKAN
BANTUAN PERNAFASAN
Berikan 12 pernafasan setiap
minit (satu pernafasan setiap 5
saat)
JIKA TIADA NADI, MULAKAN
KITAR PERTAMA TEKANAN
DADA DAN PERNAFASAN
MENCARI POSISI UNTUK LETAK TUMIT TELAPAK
TANGAN PADA TEMPAT YANG BETUL

Cari posisi di bahagian bawah 1/3 sternum


(tulang dada - gunakan 3 jari iaitu telunjuk,
hantu dan jari manis - letakkan pada tulang
selangka , tarik naik dari bawah selangka ke
hujung sternum(cuaran Xifoid) letakkan jari
hantu daripada ketiga-tiga jari tadi betul-betul
di hujung sternum.
Ambil 2 jari dari tangan yang sebelah lagi iaitu
jari telunjuk dan jari hantu letakkan
bersempadan dengan jari hantu yang
diletakkan di atas hujung sternum tadi -
angkat tangan dari jari hantu yang diletakkan
di atas hujung sternum gunakan tumit telapak
tangan berkenaan untuk diletakkan betul-
betul di sempadan/kembar dengan jari
telunjuk.
Angkat tangan dari jari telunjuk tadi dan
letakkan di atas tangan yang telah diletakkan
di tengah-tengah sternum tadi.
TEKANAN YANG PERLU
DIBERIKAN
Setelah mendapat tempat yang betul tadi,
Tekan dengan menggunakan berat
badan anda. Sternum perlu ditekan 1 -
11/2 inci dengan kadar 80-100 tekanan
seminit.
Berikan 30 tekanan dan 2 pernafasan
[selepas setiap 30 tekanan dada, beri 2
bantuan pernafasan perlahan]
Di akhir kitar keempat periksa nadi
– Jika tiada nadi teruskan CPR dengan
tekanan dada.
– Jika ada nadi tetapi tiada
pernafasan, beri pernafasan bantuan
setiap 5 saat sekali.
CPR UNTUK KANAK-KANAK
(1 HINGGA 8 TAHUN)

Anda boleh menjalankan CPR ke atas kanak-kanak


kecil sama seperti kepada orang dewasa dan kanak-
kanak yang lebih besar kecuali dalam 4 perkara berikut
1. Jika penyelamat itu tiada pembantu, berikan CPR
selama 1 minit sebelum membuat panggilan sistem
rawatan kecemasan.
2. Gunakan pangkal sebelah tapak tangan sahaja
untuk memberikan tekanan kepada dada.
3. Tekan sternum sedalam 1 hingga 1 1/2 inci.
4. Berikan 100 tekanan seminit dan 1 pernafasan
bantuan bagi setiap 5 tekanan
SALURAN PERNAFASAN
(AIRWAY)
Penilaian - tentukan mangsa tiada tindak balas.
Gerakkan bahunya perlahan-lahan sambil memanggil,
"Apa hal ini?"
Panggil "tolong"
Telentangkan mangsa dengan berhati-hati, ampu kepala
dan tengkoknya jika dikhuatiri ada kecederaan.
Buka saluran pernafasan - guna teknik dongak-kepala-
angkat-dagu.
PERNAFASAN (BREATHING)
Penilaian : Tentukan mangsa tidak bernafas.
Letakkan telinga anda ke atas mulutnya, perhatikan
dadanya; lihat dengar dan rasa udara pernafasan sambil
memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka .
Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada tanda-
tanda trauma, baringkan mangsa dalam posisi
pemulihan.
Jika mangsa tiada bernafas, berikan 2 pernafasan
bantuan, gunakan pernafasan bantuan mulut kemulut ( 1
- 1 1/2 saat setiap pernafasan) Perhatikan pergerakkan
dada.
EDARAN DARAH
(CIRCULATION)
Penilaian : Tentukan ketiadaan nadi. Gunakan 2 atau 3
jari untuk merasa nadi karotik sambil mendongakkan
kepala dengan tangan sebelah lagi tetap memegang
diatas dahi mangsa (untuk mengekalkan saluran
pernafasan sentiasa terbuka.
Jika tiada rasa nadi, mulakan TEKANAN DADA ,
letakkan tangan ditempat sama seperti orang
dewasa. Tekan sternum lebik kurang 1 - 1 1/2
inci. Gunakan bahagian pangkal sebelah tapak tangan
sahaja. Tekan dada 100 kali seminit dan berikan 1
pernafasan bantuan bagi setiap 5 tekanan.
Lakukan 20 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan.
Minta bantuan sistem rawatan kecemasan dengan
membuat panggilan 999 ( Telefon cepat!)
Periksa nadi, Jika tiada nadi, beri 1 pernafasan bantuan
dan teruskan tekanan dada dan pernafasan bantuan
Periksa nadi setiap beberapa minit.
Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan. Jika tiada,
berikan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 3 saat (20
pernafasan bantuan seminit) dan sentiasa awasi
nadi. Jika mangsa bernafas, baringkannya dalam posisi
pemulihan dan pastikan saluran pernafasan sentiasa
terbuka dan awasi pernafasan dan nadi.
CPR
UNTUK BAYI
Apabila CPR dilakukan ke atas bayi, perhatian yang
lebih diperlukan bagi mengelakkan daripada berlakunya
sesuatu yang merbahaya kepadanya.
Maka terdapat banyak perbezaan teknik CPR dan
rawatan tercekik untuk bayi.
SALURAN PERNAFASAN
(AIRWAY)
Penilaian : Tentukan tiada respons dengan
menggerakkan bahu perlahan-lahan
Baringkan bayi di atas permukaan yang keras.
Ampu kepala dan tengkuknya jika ia perlu
dipusingkan
Buka saluran pernafasan, gunakan teknik
dongak-kepala-angkat-dagu (head-tilt-chin-lift).
Berhati-hati supaya tidak mendongakkan kepala
terlalu jauh ke belakang
PERNAFASAN (BREATHING)
Penilaian : Tentukan tiada pernafasan.
sambil memastikan saluran pernafasan
sentiasa terbuka, letakkan telinga anda
dekat dengan mulut bayi dan perhatikan
pergerakkan dada, dengar dan rasa
pernafasan bayi pada telinga anda. Jika
mangsa tersebut masih bernafas dan tiada
terdapat tanda-tanda trauma, Baringkan
mangsa dalam posisi pemulihan.
Jika mangsa tiada bernafas, berikan dua
pernafasan bantuan perlahan-lahan. Mulut
anda menutup mulut dan hidung bayi sekali,
sambil memastikan saluran pernafasan
sentiasa terbuka. Perhatikan pergerakkan
dada dengan setiap
pernafasan. Pernafasan perlu diberi untuk 1
- 1 1/2 saat.
EDARAN DARAH
(CIRCULATION)
Penilaian : tentukan ketiadaan nadi. Rasa nadi brakial
di sebelah dalam lengan dengan 2 jari sambil
mendongakkan kepala dengan tangan yang satu lagi.
Mulakan tekanan dada. Bayang satu garis yang dibuat
antara kedua tetek bayi. Letakkan jari hantu dan jari
manis disebelah jari telunjuk. Angkat jari telunjuk
Gunakan jari hantu dan jari manis untuk menekan
sternum pada tempat tadi.
Disebabkan adanya variasi
dalam saiz tangan penyelamat
dan dada bayi, kaedah di atas
hanyalah sebagai panduan.
Pastikan jari-jari anda tidak
menekan hujung sternun
(cuaran xifoid).
Tekan sternum sedalam 1/2
hingga 1 inci, sekurang-
kurangnya 100 kali
seminit, sambil memberi satu
pernafasan bagi setiap 5
tekanan.
TERCEKIK
Banyak kematian disebabkan benda yang tersekat
saluran pernafasan (tercekik) dilaporkan setiap tahun.
Anda akan mempelajari cara membantu mangsa
tersebut.
Tercekik biasanya berlaku semasa makan.
Bagi orang-orang dewasa, daging adalah punca utama
tercekik.
Walau bagaimanapun terdapat bahan makanan lain dan
benda asing yang boleh menyebabkan tercekik di
kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
Benda asing boleh menyebabkan saluran pernafasan
tersekat separa atau sepenuhnya.
Apabila separa tersekat, keupayaan pertukaran udara
mangsa mungkin masih baik atau menjadi buruk.
Dengan pertukaran udara yang baik mangsa akan terus
sedar dan mampu batuk dengan kuat walaupun
kadangkala bayi berdehit di antara batuk yang
didengari.
Apabila saluran pernafasan tersekat sepenuhnya,
mangsa tidak boleh bercakap, bernafas atau batuk.
Sekatan saluran pernafasan yang berterusan
memerlukan pertolongan profesional.
Pastikan yang anda menghubungi sistem rawatan
kecemasan sekiranya anda tidak dapat memulihkan
sekatan tersebut.
CPR - SALURAN PERNAFASAN TERSEKAT :
ORANG DEWASA YANG TIDAK SEDAR
Langkah 1
Dapatkan bantuan sistem
rawatan kecemasan BUAT
PANGGILAN 999
Langkah 2
Periksa untuk melihat benda
asing yang tersekat. Cuba
cungkil untuk mengeluarkan
benda asing dari dalam mulut.
Langkah 3
Cuba beri pernafasan bantuan
dan buka saluran pernafasan.
Berikan 2 pernafasan bantuan.
Langkah 4
Jika saluran pernafasan tersekat,
lakukan 'Heimlich manuever'
Berlutut di peha mangsa. Letakkan
pangkal telapak tangan di tengah-
tengah abdomen, atas sedikit dari
pusat dan di bawah penghujung
cuaran xifoid.
Letak tangan sebelah lagi di atas
tangan ini. Tekan abdomen mangsa
dengan tekanan arah ke atas dengan
cepat.
Langkah 5
Ulangi langkah 2

Langkah 6
Ulangi langkah 3

Langkah 7
Ulangi langkah 4
CPR PENYELAMAT TERSEKAT SALURAN
PERNAFASAN ORANG DEWASA YANG SEDAR

PASTIKAN MANGSA BOLEH


BERCAKAP ATAU BATUK
Penyelamat boleh bertanya : 'Anda
tercekik?'
Mangsa mungkin menunjukkan
isyarat yang biasa bagi orang
tercekik : Memegang leher di antara
ibu jari dan jari telunjuk
BERIKAN TEKAKAN ABDOMEN

Lakukan Heimlich maneuver (tekanan di


bawah diafragma) hingga benda asing
yang tersekat keluar atau pun mangsa
mulai tidak sedar.

BERDIRI DIBELAKANG MANGSA DAN


LETAKKAN KEDUA TANGAN ANDA DI
PINGGANGNYA. TEKAN ABDOMEN
MENGGUNAKAN GENGGAMAN
TANGAN DENGAN CEPAT KE ARAH
DALAM DAN KEATAS.
TEKANAN DADA

Tekanan dada boleh dilakukan


kepada mangsa yang gemuk
atau yang sarat mengandung.

BERDIRI DIBELAKANG
MANGSA DAN LETAKKAN
KEDUA-DUA TANGAN ANDA
DI BAWAH KETIAK MANGSA
SUPAYA MENGELILINGI
DADANYA. TEKAN
DENGAN CEPAT ARAH
KEDALAM.
Sekian