Vous êtes sur la page 1sur 31

AJ30603 SEJARAH

PELAYARAN DUNIA
PROF MADYA DR. MAT ZIN
BIN MAT KIB
4. Bincangkan tokoh-tokoh pelayar terulung dunia seperti berikut:
a) Ferdinand Magellan (1480-1521) b)James Cook (1728-1779)

Bil Nama No.Matriks

1 Mohd Tamimi bin Ag. Tamin BA15110325

2 Mansur Bin Barahim BA15110259

1
Pengenalan
• Pada abad ke-15, orang Eropah telah mula melakukan aktiviti
perlayaran mereka dengan mengelilingi dunia.
• Pelayaran ini bukan sahaja dilakukan untuk menerokai
kawasan baharu malahan turut dilakukan untuk meluaskan
kuasa di Asia tenggara, Afrika dan sebagainya.
• Perkembangan ilmu pelayaran telah menyebabkan mereka
mampu menjelajah ke seluruh dunia hanya dengan
menggunakan teknik pelayaran yang baik.
• Portugis, Sepanyol, Belanda dan British merupakan kuasa
besar Eropah pada ketika itu.
• Antara pelayar-pelayar eropah yang terkenal ialah
Christopher Columbus, Ferdinand Magellan, Bartholomew
dias dan juga James cook.

2
Tokoh-tokoh Pelayar Terulung
Dunia

3
1. Ferdinand Magellan (1480-1521)
TARIKH LAHIR: Tahun 1480

TEMPAT LAHIR: Saborosa di Villa Real,


Provinci Traz os Montez di Portugal.

AYAH: Pedro Ruy De Magalhaes (Datuk


Bandar)

IBU: Alda de Mezquita

•Orang pertama mengelilingi dunia


sehingga ke Asia tenggara.
Beliau lahir dari kalangan keluarga yang
terhormat.

4
• Magellan telah mendengar
tentang aktiviti pelayaran di
Royal Court atau mahkamah
diraja dan timbul minat beliau
pada ketika itu dalam bidang
pelayaran.
• Magellan juga telah belajar
tentang Pelayaran Columbus
belayar ke Amerika.
• Beliau turut menjadikan Vasco
Da Gama sebagai rujukan
ekoran kejayaan Vasco yang
berlayar di seluruh Afrika untuk
menemui Asia.

5
Perjalanan Hidup Magellan
Permulaan Kehidupan Magellan
• Ferdinand dilahirkan sekitar tahun 1480 di Portugal. Beliau
pertama kali berlayar ke laut pada tahun 1505.
• Magellan bergabung dengan armada Portugis dan belayar di
India, Malaysia dan Indonesia. Pada waktu itu, tanah tersebut
dikenali sebagai Hindia Timur.
• Portugis ingin menakhluki seluruh Hindia Timur untuk
mengendalikan rempah-rempah antarabangsa. Pada tahun
1513, Magellan berperang melawan Maroko di Afrika Utara.
• Ferdinand juga dituduh telah melakukan perdagangan secara
haram dengan Moroko. Setelah tuduhan itu terbukti benar
beliau telah kehilangan kerja di Portugis.

6
7
Perancangan untuk Berlayar
• Maggellan kemudian mendekati raja Portugis dengan rencana
perjalanan. Magellan percaya bahawa beliau mampu mencapai Hindia
Timur dengan berlayar ke arah barat dari Eropah.
• Sebelum ini tiada sesiapa yang pernah mencuba untuk melakukan
pelayaran dari arah tersebut kerana mereka berpendapat bahawa
ianya sukar untuk dilakukan dan tidak berkesan.
• Pada ketika itu Raja menolak permintaan Magellan ekoran perniagaan
yang tidak menguntungkan di Moroko dan beliau berasa marah. Oleh
itu, beliau melepaskan kewarganegaraan Portugis dan pindah ke
Sepanyol.
• Orang-orang Portugis memanggil Magellan sebagai pengkhianat tetapi
beliau tidak akan kembali semula ke negara lama beliau iaitu Portugis.
• Magellan tahu bahawa Sepanyol seperti Portugal, ingin menguasai
tanah di kawasan Timur. Pada tahun 1517, ia meminta Raja Sepanyol
untuk membiayai perjalan ke arah Barat.
• Raja bersetuju pada ketika itu, bahkan Magellan ditawarkan oleh raja
dengan keutungan hasil daripada penerokaan tanah tersebut.

8
9
Permulaan Pelayaran
• Magellan dilengkapi dengan lima kapal kecil yang bersedia
untuk berlayar. (The Trinidad, The San Antonio, the
Conception, the Victoria, dan the Santiago.)
• Pada bulan September 1519. Kapal-kapal daripada Barat telah
berlayar merentasi Samudera Atlantik dengan jumlah kru
seramai 241 orang.
• Pada April 1520, mereka telah tiba di Argentina Amerika
Selatan. Manakala, sebuah kapal yang mereka miliki telah
mengalami kerosakan akibat ombak yang deras. (santiago)
• Pada ogos 1520, baki 4 kapal yang tersisa telah menuju ke
selatan dimana arah tersebut tidak pernah dilalui langsung
oleh mereka.
• Kekeliruan tersebut telah menimbulkan kebimbangan
terhadap awak kapal dan satu daripada mereka telah kembali
semula ke Sepanyol. (San Antonio) Walaubagaimanapun,
kapal yang lain masih lagi berlayar.

10
11
Penemuan Benua
• Kapal Magellan telah memasuki laluan yang
berhampiran dengan badai di Amerika Selatan.
Laluan itu sempit dan berliku-liku serta
berbahaya untuk dilalui oleh kapal-kapal.
• Hampir 5 minggu pelayaran akhirnya mereka
menjumpai air laut yang biru dan tenang dimana
kawasan tersebut terhindar daripada badai.
• Magellan menamakan laut tersebut sebagai
lautan pasifik, yang bermaksud damai.
• Namun pada hari ini, laluan kapal yang pernah
dilalui oleh Magellan digelar Selat Magellan.

12
13
Magellan melintasi pasifik
• Magellan kapalnya telah berlayar ke Barat. Tetapi
Magellan tidak mengetahui keluasan laut ini. Jauh
daripada darat, para pelaut kehabisan makanan.
• Magellan bersama orang-orangnya telah kelaparan
sehingga mereka telah memakan tikus, kulit kayu,
dan serbuk gergaji. Kebanyakkan daripada mereka
telah diserang penyakit seperti kudis dan
kebanyakkan daripada mereka telah meninggal
dunia.
• Selepas melalui 98 hari yang sangat mengerikan di
lautan, Magellan telah tiba di Pulau Guam(lautan
pasifik). Setelah beristirehat, mereka telah
meneruskan pelayaran sehingga ke Filipina.

14
15
Kematian Magellan
• Magellan memiliki hubungan yang baik dengan pemimpin Filipina
pada ketika itu. Raja Humabon di Pulau Cebu. Beliau telah
mengkristiankan beberapa orang daripada penduduk Filipina. Tetapi
beliau turut terlibat dengan peperangan dengan orang asli Filipina.
• Ferdinand telah di pujuk oleh raja Humabon untuk membantu beliau
memerangi tentera dari suku Lapu-lapu di Pulau Mactan.
• Pada 21 april 1521, beliau telah terbunuh dalam pertempuran.
• Sebastian Del cano telah menggantikan beliau dengan 2 kapal dan 117
bilangan kru yang tersisa.
• Kru Magellan telah belayar ke pulau rempah yang kini dikenali sebagai
Indonesia. Mereka membawa balik segala rempah ratus dan kembali
semula ke sepanyol. Bagi memastikan 1 daripada 2 kapal tersebut
berjaya kembali semula ke sepanyol, Victoria menuju ke arah barat,
dan Trinidad menuju ke timur.
• Trinidad di tangkap Portugal, manakala Victoria terselamat dan
kembali ke sepanyol.
• Hanya satu daripada lima Kapal Magellan yang berjaya kembali pulang
ke Sepanyol. Ekspedisi Magellan hanya memberikan kekayaan yang
sangat sedikit kepada kerajaan Sepanyol.
16
17
2. James Cook (1728-1779)

18
TARIKH LAHIR: 7 Oktober 1728- 14
februari 1779. meninggal pada umur 50
tahun

TEMPAT LAHIR: Marton Cleveland, in


Yorkshire, England.

AYAH: John McHenry Cook

IBU: Chrismas Cook

PEKERJAAN: Seorang penjelajah dan


Pelayar Inggeris.

MISI: Mencari Benua di bahagian selatan


dan benua yang hilang di selatan
khatulistiwa.

19
Sumbangan Cook
1. Hubungan diplomatik
dengan puak Aborigin
Australia

20
2. Memetakan seluruh
garis pantai Nova
Zeelandia

21
3. Membuat peta
yang tepat tentang
dunia khususnya
daerah Pasifik.

22
Perjalanan Hidup James Cook
• Pelayar Inggeris yang berhasil memetakan Australia,
Selandia Baru, Pantai Barat Amerika dan menemukan
Hawaii.
• Pelaut pertama yang mengelilingi benua Antartika.
• Tahun 1736 keluarga James Cook berpindah ke
kawasan pertanian di Holmes Airey di Great Ayton.
• Ketika berusia 16 tahun, cook di pindahkan di kawasan
nelayan bernama staithes. Cook diperkenalkan kepada
sahabat Sanderson yang merupakan pemilik kedai ikan
dan mempunyai kapal dagang.
• Dari sinilah cook mula tertarik dengan lautan.
23
• Cook merasakan bahawa beliau tidak sesuai
bekerja sebagai penjaga kedai. Oleh itu, beliau
telah bekerja di kapal-kapal perdagangan.
• Di kawasan tersebut beliau banyak belajar
tentang Aljabar, geometri, trigonometri,
navigasi, dan Astronomi.
• Cook telah menyertai untuk menjadi
sukarelawan untuk kapal perang Inggris, Royal
Navy. Dari situlah cook mulai menunjukkan
bakatnya dalam dunia pelayaran.

24
PERMULAAN DALAM PENJELAJAHAN
JAMES COOK
Penjelajahan Pertama
• James Cook mengelilingi dunia dalam tiga kali
pelayaran yang tujuannya adalah untuk mencari benua
di bahagian selatan.
• Cook terpilih untuk memimpin pencarian benua yang
hilang di selatan khatulistiwa (Terra Australis).
• Pelayaran pertama Cook adalah pada tahun 1768-1771.
tugasnya adalah untuk melakukan penelitian terhadap
jejak lintasan planet Venus terhadap matahari.
• Beliau telah bertolak daripada Inggris ke lautan atlantik
menggunakan kapal Endeavor.
25
• Pada tahun 1770, beliau sampai di pantai
selatan Australia. Cook kemudian menyusuri
pantai timur Australia.
• Pada 29 April 1770, beliau berjumpa dengan
orang asli Australia iaitu suku Abrogin dan
mendarat di Benua Australia, di Botany Bay.
• Dari tempat tersebut, Cook belayar ke Batavia
dan terus menuju ke Tanjung Harapan dan
kembali ke England pada 12 julai 1771.

26
Pejelajahan Kedua
• Setahun kemudian cook melakukan pelayaran kedua
menggunakan Kapal Resolution atas permintaan Royal
Society untuk menemukan Terra Australia.
• Pelayaran kedua ini dilakukan selama tiga tahun iaitu
antara tahun 1772 sehingga tahun 1775.
• James cook menggunakan arah dari barat ke timur iaitu
dari Tanjung Harapan di ujung Selatan Afrika menuju ke
Lingkaran Antartika dan bergerak ke timur, kemudian
masuk ke pasifik.
• Perjalanan kali ini membuktikan bahawa penggunaan
K1 Kronometer yang dapat menghitung Longitud (garis
bujur) secara lebih tepat.

27
Penjelajahan Ketiga
• Penjelajahan ketiga yang merupakan penjelajahan
Cook yang terakhir dilakukan pada tahun 1776
sehingga 1779.
• Dalam penjelajahan kali ini beliau masih lagi
menggunakan kapal Resolution.
• Beliau berangkat menuju ke Tahiti kemudian ke Utara
dan mendarat di Kauai, Hawaii.
• Dari sini Cook berlayar ke Utara sepanjang persisir
Barat Amerika Utara dan menuju ke selat Bearing.
• Namun, oleh kerana laluan tersebut tidak dapat dilalui,
beliau kembali semula ke selatan dan menemukan
Hawaii

28
• Selama di Hawaii inilah terjadi Konflik dengan
penduduk tempatan.
• Pada 14 Februari 1779, James Cook bersama
empat Komandan lainnya tewas dalam konflik
tersebut, namun kapalnya berjaya kembali ke
England.

29
Kesimpulan
• Colombus, Ferdinand Magellen, Bartolomew
Dias, dan James Cook merupakan ahli
pelayaran yang telah banyak memberikan
sumbangan yang besar dalam bidang
pelayaran penjelajahan dan penerokaan.
• Sebagai contoh, Ferdinand Magellen
merupakan tokoh yang berjaya berlayar
mengelilingi dunia dalam tempoh tiga tahun.

30
Rujukan
• Cohen, J.M. (1969) The Four Voyages of Christopher Columbus:
Being His Own Log-Book, Letters and Dispatches with Connecting
Narrative Drawn from the Life of the Admiral by His Son Hernando
Colon and Others. London UK: Penguin Classics.
• David Fromkin (2000), The Way of the World, Vintage Books New
York:U.S.
• McLynn, Frank (2011). Captain Cook: Master of the Seas. Yale
University Press.
• Parry, J. H. (1979), The Discovery of South America, New York:
Taplinger.
• Wey, Gómez Nicolás (2008). The tropics of empire: Why Columbus
sailed south to the Indies. Cambridge, Mass: MIT Press.

31

Vous aimerez peut-être aussi