Vous êtes sur la page 1sur 16

pendidikan seni visual

seni halus

ARCA
PENGENALAN

 Arca ialah hasil seni berbentuk tiga dimensi (3D) yang


biasanya diperagakan dalam ruang tertentu untuk nilai
estetik atau gunaan.
 Arca mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada tiga
bidang lain di dalam Seni Halus iaitu Lukisan, Catan dan
Cetakan. Ia merujuk kepada hasil karya seni halus yang
dibentuk melalui aktiviti binaan.
 Perkataan arca berasal daripada perkataan sculpture
yang bermaksud menebuk, memotong dan sebagainya.
 Arca menggabungkan kedua-dua asas seni reka iaitu
unsur dan prinsip rekaan. Biasanya arca diperbuat
daripada logam besi, batu, kayu, lilin, plaster of paris
(POP) dan sebagainya.
JENIS-JENIS ARCA
 Arca terbahagi kepada dua jenis iaitu ;
i. Arca Estetik
ii. Arca Berfungsi
 Arca boleh berbentuk realis atau
berbentuk abstrak, bergantung kepada
kreativi pengkaryanya.
ARCA ESTETIK
 Arca estetik merupakan suatu
bentuk binaan yang mempunyai
nilai estetik untuk tujuan peragaan
atau perhiasan.
 Arca estetik biasanya diletakkan di
dalam ruang tertentu mengikut
konsepnya samada di dalam galeri
atau ruang terbuka.
ARCA BERFUNGSI
 Arca berfungsi mempunyai
nilai estetik tetapi dalam
keadaan yang sama boleh
digunakan untuk tujuan
tertentu.
TEKNIK-TEKNIK MEMBINA ARCA

Arca Luakan
 Menggunakan bahan seperti tanah
liat, kayu atau plaster of paris
(POP), iaitu bahan yang mudah
diluakkan untuk mendapatkan
bentuk tertentu.
Arca Tambahan
 Menggunakan kayu, besi, PVC, dan
bahan-bahan lain yang sesuai.
 Dibina dengan cara menambah atau
mencantum bahagian-bahagian
tertentu sehingga menjadi bentuk
yang dikehendaki.
Arca Timbulan
 Dihasilkan dengan memahat keluar
atau menambah bahan menjadi
tersembul keluar imej tertentu
daripada permukaan dua dimensi
(2D) dalam bentuk tiga dimensi (3D).
Arca Asemblaj
 Dihasilkan dengan
mencantumkan bahan-bahan
yang berlainan sehingga
menjadi rupa bentuk tertentu
mengikut perancangan
pengarca.
Arca Binaan
 Jenis bahan yang sama untuk membina,
menambah atau mencantum sehingga
menjadi satu struktur yang lebih besar.
 Bahan yang digunakan biasanya ialah besi,
kayu, kertas, plastik dan kaca.
Arca Mobail
 Biasanya arca jenis ini digantung dan
memerlukan keseimbangan dan
kestabilan untuk berfungsi.
Arca Dinding
 Merupakan hasil penyatuan catan
dan ukiran.
JOM
BEKARYA
!!!