Vous êtes sur la page 1sur 10

AKHLAK DAN MU’AMALAH

Kelompok 1 :
-Anita Purnamasari (201610410311001)
-Aniza Oktavia
-Hendra Yadi
Pengertian Akhlak
• Secara bahasa
Kata akhlak secara bahasa verasal dari bahasa Arab “Al Khulk” yang diartikan sebagai
perangai, tabiat. Budi pekerti, dan sifat seseorang. Jadi akhlak seseorang diartikan sebagai
budi pekerti yang dimiliki oleh seseorang terkait dengan sifat-sifat yang ada pada dirinya.
• Secara istilah
Kata akhlak menurut istilah khususnya dalam islam diartikan sebagai sifat atau perangai
seseorang yang telah melekat dan biasanya akan tercermin dari perilaku orang tersebut.
Seseorang yang mmeiliki sifat baik biasanya akan memiliki perangai atau akhlak yang baik
juga dan sebaliknya seseorang yang memiliki perangai yang tidak baik cenderung memiliki
akhlak yang tercela. Kata akhlak disebutkan dalam firman Allah pada ayat berikut ini

“‫ص ٍة ِذ ْك َرى الدَّا ِر‬ ْ َ‫” ِإنَّا أ َ ْخل‬


َ ‫صنَا ُه ْم ِبخَا ِل‬

“Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka)


akhlak yang tinggi yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat.”
(QS Shad : 46)
Macam-macam Akhlak
• Akhlak Mahmudah
Akhlak Mahmudah adalah Akhlak terpuji atau akhlak yang baik. Contoh akhlak terpuji,
diantaranya:
1. Jujur, adalah tingkah laku yang mendorong keinginan atau niat baik dengan tujuan tidak
mendatangkan kerugian bagi dirinya atau orang lain.
2. Berperilaku baik, adalah reaksi psikis seseorang terhadap lingkungannya dengan cara terpuji.
3. Malu, adalah perangai seseorang untuk meninggalkan perbuatan buruk dan tercela sehingga
mampu menghalangi seseorang untuk berbuat dosa dan maksiat serta dapat mencegah
orang untuk melalaikan orang lain.
4. Rendah hati, sifat seseorang yang dapat menempatkan dirinya sederajat dengan orang lain
dan tidak merasa lebih tinggi dari orang lain.
5. Murah hati, adalah sikap suka memberi kepada sesama tanpa pamrih atau imbalan.
6. Sabar, menahan segala sesuatu yang menimpa diri (hawa nafsu).
Lanjutan …..
• Akhlak Madzmumah
Akhlak Madzmumah adalah akhlak yang tercela atau akhlak yang buruk. Contoh akhlak
madzmumah antara lain:
1. Riya’, beramal atau melakukan sesuatu perbuatan baik dengan niat untuk dilihat orang atau
mendapatkan pujian orang. Dengan kata lain, Riya’ yaitu pamer.
2. Sum’ah, melakukan perbuatan atau berkata sesuatu agar didengaroleh orang lain dengan
maksud agar namanya dikenal.
3. Ujub, mengagumi diri sendiri.
4. Takabur, membanggakan diri sendiri karaena merasa dirinya paling hebat dibandingkan
dengan orang lain.
5. Tamak, serakah atau rakus terhadap apa yang ingin dimiliki.
6. Malas, enggan melakukan sesuatu.
7. Fitnah, mengatakan sesuatu yang bukan sebenarnya.
8. Bakhil, tidak suka membagi atau memberikan sesuatu yang dimiliki dengan orang lain (pelit).
Skop Akhlak Islam
• Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan kehidupan
manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan
hubungan manusia dengan makhluk lain.

1. Akhlak dengan Allah : Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah swt ialah :
a). Beriman kepada Allah : iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu wujud
serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutan-tuntutan di samping
meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik terhadapnya.
b). Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah : iaitu melaksanakan
segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah swt.
c). Sentiasa bertaubat dengan tuhannya : iaitu apabila seseorang mukmin itu terlupa atau jatuh
kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar dan insaf lalu
meminta taubat atas kecuaiannya.
d). Mencari keredhaan Tuhannya : iaitu sentiasa mengharapkan Allah dalam segala usaha dan
amalannya. Segala gerak geri hidupnya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah dan bukannya
mengharapkan keredhaan manusia walaupun kadang kala terpaksa membuat sesuatu kerja yang
menyebabkan kemarahan manusia.
e). Redha menerima Qadha' dan Qadar Allah : Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Apabila
mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka
menjadilah baik baginya."
Lanjutan …..
2. Akhlak dengan manusia :

a). Akhlak dengan Rasulullah : iaitu beriman dengan penuh keyakinan bahawa nabi Muhammad
saw adalah benar-benar nabi dan Rasul Allah yang menyampaikan risalah kepada seluruh manusia
dan mengamalkan sunnah yang baik yang berbentuk suruhan ataupun larangan.
b). Akhlak dengan ibubapa : iaitu berbuat baik (berbakti) ke pada ibu bapa. Berbuat baik di sini
mengandungi erti meliputi dari segi perbuatan, perkataan dan tingkah laku. Contohnya berkata
dengan sopan dan hormat, merendahkan diri, berdoa untuk keduanya dan menjaga keperluan
hidupnya apabila mereka telah uzur dan sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud : " Kami
perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa."
c). Akhlak dengan guru : Maksud dari sebuah hadith Nabi saw: "Muliakanlah orang yang kamu
belajar daripadanya." Setiap murid dikehendaki memuliakan dan menghormati gurunya kerana
peranan guru mengajarkan sesuatu ilmu yang merupakan perkara penting di mana dengan ilmu
tersebut manusia dapat menduduki tempat yang mulia dan terhormat dan dapat mengatasi
berbagai kesulitan hidup sama ada kehidupan di dunia ataupun di akhirat.
d). Akhlak kepada jiran tetangga : Umat Islam dituntut supaya berbuat baik terhadap jiran
tetangga. Contohnya tidak menyusahkan atau mengganggu mereka seperti membunyikan radio
kuat-kuat, tidak membuang sampah di muka rumah jiran, tidak menyakiti hati mereka dengan
perkataan-perkataan kasar atau tidak sopan dan sebagainya. Malah berbuat baik terhadap jiran
tetangga dalam pengertiannya itu dapat memberikan sesuatu pemberian kepada mereka sama ada
sokongan moral atau material.
Lanjutan …
e). Akhlak suami isteri : Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan gaulilah olehmu isteri-isteri
itu dengan baik."
f). Akhlak dengan anak-anak : Islam menetapkan peraturan terhadap anak-anak. Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud : "Kanak-kanak lelaki disembelih aqiqahnya pada hari
ketujuh dari kelahirannya dan diberi nama dengan baik-baik dan dihindarkan ia daripada
perkara-perkara yang memudharatkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi
pengajaran dan pendidikan akhlak yang baik."
g). Akhlak dengan kaum kerabat : Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah
menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan dan memberi kepada kaum kerabat."
Lanjutan …
3. Akhlak terhadap makhluk selain manusia :
a). Malaikat :Akhlak Islam menuntut seseorang muslim supaya menghormati para malaikat
dengan menutup kemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada orang lain yang melihat.
b). Jin : Adab terhadap golongan jin antaranya Rasulullah melarang membuang hadas kecil di
dalam lubang-lubang di bumi kerana ia adalah kediaman jin. Sabda Rasulullah saw yang
bermaksud : "Jangan kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-
tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu adalah makanan saudara kamu dari kalangan
jin."
c). Haiwan ternakan : Haiwan yang digunakan untuk membuat kerja, maka tidak boleh
mereka dibebani di luar kesanggupan mereka atau dianiaya atau disakiti. Malah ketika
hendak menyembelih untuk dimakan sekalipun, maka hendaklah penyembelihan dilakukan
dengan cara yang paling baik iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam, tidak mengasah
pisau di hadapan haiwan tersebut atau menyembelih haiwan di samping haiwan-haiwan yang
lain.
d). Haiwan bukan ternakan : tidak menganiayai haiwan-haiwan bukan ternakan seperti
mencederakannya dengan menggunakan batu dan sebagainya.
e). Alam : Manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber alam demi kebaikan
bersama. Islam menetapkan bahawa alam ini tidak boleh dicemari dengan kekotoran yang
boleh merosakkan kehidupan manusia dan kehidupan lainnya.
Perbedaan Akhlak, Moral, dan Etika
• Yang dimaksudkan dengan akhlak secara umum ialah sistem atau tingkah laku manusia yang
bersumberkan kepada asas wahyu atau syarak.
• Sementara etika berasal daripada bahasa Inggeris "Ethic" dan bahasa Greek "Ethos" yang
membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan
tingkah laku sesuatu golongan.
• Kata moral pula ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah
ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat dinamakan moral.
• Contoh perbedaan akhlak, moral, dan etika :
1. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat.
Seandainya mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak
berakhlak kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Berbeza
dengan moral, jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan
yang baik, maka mereka masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak.
2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi
suatu lumrah bai masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian Barat
perkara ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam,
perlakuan sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak.
3. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah
haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan. Tetapi perkara ini
dibolehkan dalam sistem moral.
Sumber Akhlak dalam Islam
• Dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu al-Quran dan al-
Sunnah. Ini ditegaskan leh Rasulullah saw dalam sepotong hadith yang bermaksud :
"Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia."
• Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-
Quran, firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya engkau seorang memiliki peribadi
yang agung (mulia)."

Vous aimerez peut-être aussi