Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
• Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil
kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Penguasaan kemahiran Belajar Cara Belajar amat penting bagi pelajar lantaran terhadnya
masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas. Hal ini menyebabkan pelajar juga
mendapat ilmu pengetahuan yang terhad. Oleh yang demikian, pelajar perlulah menguasai
dan memahami teknik belajar cara belajar agar dapat memperoleh maklumat tambahan dan
menigkatkan prestasi mereka daln sesuatu pembelajaran. Dalam erti kata lain, BCB
membantu pelajar agar mampu melaksanakan kemahiran belajar mereka secara berkesan
tanpa kehadiran seorang guru. Oleh itu, pelajar mampu menilai tahap pembelajaran mereka
sendiri dan seterusnya dapat memikirkan cara dalam meningkatkan prestasi mereka sendri.
RUANG
• Penggunaan ruang untuk tulisan dan rajah
sesuai dan seimbang.Susunan dapat di lihat
dan teratur
1.5 KEMAHIRAN PENUTUP
• Kemahiran penutup ini adalah untuk menentukan bahawa
pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar,
kemahiran penutup pelajaran sama juga pentingnya
dengan kaedah memulakan pengajaran. Penutupan
pengajaran yang baik akan meninggalkan kesan yang
berkesan dilubuk hati para pelajar.
• Penutup dan kesimpulan merujuk kepada cara guru
mengakhiri satu sesi p&p . aspek ini penting kerana murid-
murid perlu disedarkan tentang perkara yang telah
dipelajari oleh mereka. Guru perlu membuat kesimpulan
atau rumusan untuk memberi gambaran kepada muird-
murid tentang isi utama yang perlu dikuasai oleh mereka.
Guru boleh mengakhiri sesi pengajaran samaada secara
kognitif atau sosial.
1.5.1 JENIS PENUTUP
• Penutup Kognitif
- Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan
kemahiran yang telah dipelajari. Sebagai contohnya
ialah membuat rumusan, ulang isi-isi penting, aktiviti
penilaian dan aktiviti susulan.
• Penutup Sosial
- Bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian
kepada pelajar-pelajar supaya mereka ingin terus
belajar. Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan
menggunakan teknik peneguhan. Sebagai contohnya
ialah nyanyian yang berkaitan dengan tajuk , pujian dan
sebagainya.
SUMBER DIPEROLEHI DARIPADA :
http://amirgassi.blogspot.my/