Vous êtes sur la page 1sur 11

ASAL PADI

SINOPSIS:
Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu yang
masih kecil dan telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya.
Mereka hidup melarat kerana segala harta peninggalan orang
tuanya dicuri orang. Hanya yang tinggal sebuah kolam ikan
dan dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak sulung sudah
besar, namun cacat, kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum
umpama kaki itik dan tumitnya
pula berlubang.

TEMA:
· Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam
menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan Si Bongsu menyelesaikan
masalah dalam usahanya mendapatkan padi dari kayangan untuk
dibawa pulang ke bumi.
PERSOALAN
• ·Keberanian melakukan sesuatu tindakan.
• o Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu di
dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap
oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya

• ·Kebijaksanaan mencari akal.
• o Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat
menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat
yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

• ·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
• o Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta
yang ditinggalkan oleh suami isteri itu kepada anak-anak
mereka yang masih kecil.
• ·Bersungguh-sungguh menjaga hak.
• o Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang
ditanamnya tidak dicuri orang.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
Si Bongsu
•Seorang lelaki.
•Seorang anak yatim piatu.
•Anak bongsu daripada dua beradik.
•Seorang yang berani.
· Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya
untuk di bawa pulang ke bumi.
•Seorang yang bijak mencari akal.
· Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir
padi di dalam luka di tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya
padi.
•Seorang yang gigih
· Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan
bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.
•Seorang yang rajin.
· Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi
jemuran padi di kayangan.
•Seorang yang berpandangan jauh.
· Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar
rakyat di bumi dapat menikmati kelazatan padi tersebut.
WATAK SAMPINGAN
Si Sulung
•Abang kepada Si Bongsu
•Anak yatim piatu.
•Seorang yang setia.
o Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan
adiknya yang kini berada di kayangan.
•Anak yang cacat.
o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya
tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan
kedua tumitnya berlubang.
· Seorang yang gigih.
o Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam
ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber
pendapatan walaupun dia masih kecil.
Empunya padi ( orang kayangan )
• Seorang yang sangat berhati-hati
• o Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia
akan memeiksa seluruh badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak
dapat membawa padi pulang ke bumi.

• Seorang yang bertimbangrasa.
• o Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu
yang menyembunyikan padi di dalam mulut ketika dia ingin
pulang ke bumi.

• Seorang yang baik hati
• o Contoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan
padi yang ditanamnya.

• · Seorang yang cerdik
• o Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung
pipit apabila melihat paruh pipit nampak putih sampai ke
hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan padi.
Burung Pipit
Seekor burung yang tidak jujur
o Contoh:- Burung pipit telah menipu
tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi
tidak ada padi sedangkan dia telah memakan
padi di bumi sehingga kenyang.
· Seekor burung yang licik
o Contohnya:- Burung pipit tidak mahu
mengaku kesalahannya kepada empunya padi
sebaliknya meminta empunya padi menyuruh
burung tekuri untuk turun ke bumi bagi
menunjukkan kebenarannya.
LATAR
Latar Masa
•Waktu siang.
o Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada
tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai
mandi dan sedang bersiap-siap untuk
berangkat pulang.

Latar Tempat
• Di kampung
o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di
kampung dan menguruskan ternakan kolam
ikan bagi menampung keperluan mereka.
Latar Masyarakat
•Masyarakat kampung
o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal
di kampung dan menguruskan ternakan
kolam ikan peninggalan orang tua mereka.

•Masyarakat kayangan.
o Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi
di kolam tinggal di kayangan.
GAYA BAHASA
•Peribahasa
o Contoh: Untung tak dapat diraih,
malang tak dapat ditolak.

•Kata ganda
o Contoh: lubang-lubang, harta benda,
sekali-kali
NILAI
•Nilai keberanian.
o Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan
padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun
ke bumi.

•Nilai kesetiaan
o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu
kepulangan adiknya dari kayangan.

•Nilai kepatuhan.
o Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan
empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat
kewujudan padi di bumi.
PENGAJARAN
•Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.
o Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi
untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.

•Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.


o Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia
menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya
sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

•Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.


o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan
adiknya dari kayangan.

· Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.


o Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam
ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan
walaupun mereka masih kecil.

Vous aimerez peut-être aussi