Vous êtes sur la page 1sur 34

Dang Qian Lei Shangitha A/P Kanthasamy

Nur Salehah binti Daud Lau Xin Yi


Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025
∆ Oktober 2011 – Disember 2012
∆ mengukuhkan visi dan aspirasi sistem
pendidikan Malaysia sehingga tahun 2025
∆ menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif
pelaksanaan dengan terperinci
∆ mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke-21
∆ peningkatan harapan ibu bapa dan masyarakat
terhadap dasar pendidikan negara
Objektif
1) Memahami prestasi dan cabaran semasa
→ penambahbaikan akses kepada pendidikan
→ meningkatkan standard (kualiti)
→ merapatkan jurang pencapaian (ekuiti)
→ menggalakkan perpaduan
→ memaksimumkan keberkesanan sistem

2) Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas


→ untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang
seterusnya sehingga tahun 2025
3) Menggariskan program transformasi yang menyeluruh
untuk sistem pendidikan
→ memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta
menyokong transformasi perkhidmatan awam.
11 Anjakan
1 Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada
Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa
• Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan standard
antarabangsa
• Melancarkan KSSM dan KSSR semakan 2017
• Merombak peperiksaan kebangsaan dan PBS untuk meningkatkan soalan KBAT
pada 2016
• Meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan
Matematik (STEM)
• Memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan, bermula
dengan pendidikan vokasional
• Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat
• Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk
murid berkeperluan khusus
• Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun
2
Memastikan Setiap Murid Menguasai Kemahiran
dalam BM & BI dan Digalakkan Mempelajari
Bahasa Tambahan
• Melaksanakan KSSR Bahasa Malaysia untuk Sekolah Jenis
Kebangsaan dengan sokongan pemulihan yang intensif bagi murid
yang memerlukan
• Memperluas program LINUS supaya meliputi BI
• Meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris
• Menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris kertas wajib lulus
peringkat SPM dan memperluaskan peluang bagi pendedahan
terhadap bahasa Inggeris
• Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan
menjelang 2025
3 Melahirkan Rakyat yang Menghayati Nilai

• Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral


→ perpaduan dan persefahaman yang erat antara murid

• Membangunkan murid secara holistik


→ 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform

• Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP (2016)


→ untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah
4
Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi
Profesion Pilihan
• Mengetatkan syarat kemasukan guru (graduan 30% teratas - 2013 )
• Merombak IPG ( bertaraf dunia - 2020 )
• Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional
Berterusan (CPD) - 2013
• Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras
pengajaran - 2013
• Melaksanakan laluan kerjaya guru (kompetensi & prestasi – 2016)
• Memperluas laluan guru (peranan kepimpinan, pakar pengajaran,
dan pakar bidang khusus -2016 )
• Membudayakan kecemerlangan ( teladan rakan setugas dan proses
pensijilan - 2025)
5
Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi
ditempatkan di Setiap Sekolah
• Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan
penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013

• Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/ Guru Besar yang baharu


secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan
kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan
keberhasilan murid
6
Mengupaya JPN, PPD Dan Sekolah Untuk
Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan
Keperluan
• Mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program
yang sistematik dan dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang
2014
• Memberi lebih kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah dan
autonomi kepada sekolah yang memenuhi kriteria prestasi
minimum
• Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur
asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak
• Memastikan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
menerima sokongan kewangan yang saksama
7 Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti
Pembelajaran di Malaysia

• Menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya


→ 1BestariNet - 10,000 sekolah

• Menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian


amalan terbaik
→ perpustakaan video guru terbaik (BM, BI, MT, SN)

• Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh


dan pembelajaran kadar kendiri
→ memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa
mengira lokasi atau tahap kemahiran murid
8 Mentransformasi Kebolehan dan Keupayaan
Penyampaian Kementerian

• Mengupaya JPN dan PPD


→ lebih hak membuat keputusan (bajet dan personel - 2013)
→ meningkatkan kebertanggungjawaban bagi menambah baik
keberhasilan murid
• Sekurang-kurangnya 2,500 personel (Kementerian dan JPN)
ditempatkan di PPD
→ memberi lebih sokongan kepada sekolah menjelang 2014
• Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan
→ 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013
• Merangka fungsi dan struktur baharu Kementerian
→ menjelang 2013, pelaksanaan mulai 2016
9 Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti, dan
Sektor Swasta Secara Meluas

• Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak


mereka melalui sarana pelibatan ibu bapa dan akses dalam talian
kepada kemajuan anak di sekolah
• Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai
pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016
• Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500
menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO
yang berpotensi sebagai penaja
10 Memaksimumkan Keberhasilan Murid
Bagi Setiap Ringgit

• Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas


dan merasional program berimpak rendah pada setiap tahun

• Memanfaatkan peluang kecekapan, dengan mengagihkan


peruntukan kepada bidang paling penting seperti peningkatan
kemahiran dan latihan guru
11 Meningkatkan Ketelusan untuk
Kebertanggungjawaban Awam Secara Langsung

• Menerbitkan laporan tahunan awam


→ kemajuan sasaran dan inisiatif PPPM mulai 2013

• Melaksanakan semakan komprehensif pada 2015, 2020


dan 2025
Menganalisis isu-isu berkaitan

ANJAKAN KE - 4

Tranformasi Keguruan Sebagai


Profesion Pilihan
4
Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi
Profesion Pilihan
• Mengetatkan syarat kemasukan guru (graduan 30% teratas - 2013 )
• Merombak IPG ( bertaraf dunia - 2020 )
• Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional
Berterusan (CPD) - 2013
• Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras
pengajaran - 2013
• Melaksanakan laluan kerjaya guru (kompetensi & prestasi – 2016)
• Memperluas laluan guru (peranan kepimpinan, pakar pengajaran,
dan pakar bidang khusus -2016 )
• Membudayakan kecemerlangan ( teladan rakan setugas dan proses
pensijilan - 2025)
Pengenalan
• Keberhasilan murid bergantung kepada kualiti guru
yang mendidik murid di alam persekolahan selama
11 tahun (sekolah rendah dan menengah).
• Kualiti guru → kemampuan dalam pengajaran dan
membimbing murid ke arah kecemerlangan.
• Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dalam peningkatan kualiti guru untuk
membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan
iaitu:
• guru akan membimbing satu sama lain,
• saling memberi inspirasi,
• berkongsi amalan terbaik, dan
• memastikan rakan setugas mengamalkan nilai
kebertanggungjawaban untuk memenuhi standard profesional.
Tujuan Kewujudan Anjakan Ke-4

• Kajian pada tahun 2011 mendapati bahawa


hanya 50 peratus pengajaran disampaikan
dengan berkesan.
• Lebih fokus pemahaman yang tidak mendalam
• Kurang fokus kemahiran berfikir aras tinggi.
• Lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus
mengajar bagi tempoh 20 tahun lagi
Cara-cara merealisasikan
• Mengetatkan syarat kemasukan guru mulai
tahun 2013

Calon terbaik
dan
Ujian memenuhi
Temu
kompetensi syarat
perguruan duga kelayakan
minimum
akademik

Universiti Awam → Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia


/ Malaysian Educators Selection Inventori (MEdSI)
IPGM → Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
• KPM telah bekerjasama dengan Kementerian
Pendidikan Tinggi bagi memastikan standard
yang sama dengan IPGM digunakan dalam
latihan perguruan.

• Standard yang sama dapat memastikan calon


guru yang berkualiti dan berkompetensi
sahaja yang dipilih bagi mengikuti program
perguruan dan seterusnya ditempatkan di
sekolah.
• Pemilihan guru berkualiti tinggi, para guru terus
diberi sokongan agar mereka mencapai potensi
diri sepenuhnya.
• Perkara ini dilaksanakan melalui peningkatan
kualiti program Pembangunan Profesionalisme
Berterusan atau Continous Professional
Development (CPD) mulai tahun 2013 dengan
tumpuan diberikan ke atas keperluan individu
dan latihan berasaskan sekolah.
• Program CPD bertujuan memastikan para guru
melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan
pengetahuan dan kemahiran profesional dan nilai
serta amalan profesional keguruan melalui
Latihan Dalam Perkhidmatan.
Apa itu Program CPD ?
• Merangkumi latihan komponen teras dan elektif
mengikut keperluan pembangunan diri masing-
masing dan dijalankan di peringkat sekolah.
• Menyepadukan amalan , teori serta kompetensi
para guru bagi memenuhi keperluan kemahiran
pembelajaran abad ke-21.
• Jaringan rakan sejawat (pembimbing guru, guru
kanan, dan guru besar) untuk menyebar luas
amalan terbaik.
• Meningkatkan tahap kemahiran guru secara
berterusan selaras dengan tahap kecekapan yang
jangkakan daripada seseorang guru.
Cabaran pendidik dalam Anjakan Ke-4

• Tugas guru kini lebih mencabar kerana perlu


menyediakan murid untuk masa hadapan
dengan kerjaya yang belum lagi wujud pada
masa kini.
• Pengetahuan yang wujud pada hari ini mungkin
tidak relevan dalam beberapa tahun akan
datang.
• Justeru murid perlu dipersiapkan dengan ciri-ciri
yang digariskan dalam Enam Aspirasi Murid iaitu:
Pengetahuan
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Dwibahasa
Kemahiran Memimpin
Etika dan Kerohanian
Identiti Nasional
Langkah untuk mengatasi Cabaran

• Memperkemas dan mempermudahkan proses


pengumpulan dan pengurusan data sedia ada.

• Tugas pentadbiran akan diserahkan kepada pusat


perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran
peringkat sekolah.

• Langkah ini wajar memandangkan tugas guru


sepatutnya fokus kepada mendidik murid sekolah bagi
menghasilkan pengajaran berkualiti diterima oleh murid
dan tidak terganggu dengan urusan pentadbiran
sekolah.
• Motivasi seorang guru tidak hanya kepada kejayaan
yang dicapai oleh anak didik mereka tetapi juga melalui
laluan kerjaya mereka memotivasikan para guru untuk
terus komited dalam mendidik murid pada masa
hadapan.

• Menyedari akan keperluan tersebut, KPM telah


melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan
kompetensi dan prestasi mulai 2016.

• Pada tahun 2015, Penilaian Bersepadu Pegawai


Perkhidmatan Pendidikan atau Unified Instrument (UI)
telah diluluskan oleh agensi pusat untuk menggantikan
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
• UI kini digunakan sebagai instrument penilaian prestasi
dan kompetensi guru dan pemimpin sekolah bagi tujuan
kemajuan kerjaya.

• Pakej Kerjaya Guru dibentuk bagi menyediakan


pelaksanaan laluan kerjaya yang dimantapkan dengan
tawaran pelbagai pengkhususan bergantung kepada
minat guru.

• Melalui pakej ini, kemajuan kerjaya yang lebih pantas


disediakan untuk guru berprestasi tinggi manakala guru
yang konsisten pada prestasi rendah diberi pilihan bagi
penempatan semula.
• Dalam Anjakan Ke-4 ini, KPM membuka ruang untuk
guru yang ingin memainkan peranan kepimpinan, pakar
pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016.

• Guru boleh memilih untuk meneruskan laluan kerjaya


yang menarik berdasarkan prestasi, potensi dan minat
mereka untuk menjalankan tugas kepimpinan di
peringkat sekolah, daerah, negeri atau kementerian.

• Guru boleh memilih untuk menjadi pakar dalam bidang


tertentu seperti pembangunan kurikulum, pentaksiran,
dan program latihan untuk sistem yang lebih luas selain
berperanan sebagai guru pakar di sekolah.
• Langkah ini dijangka mampu menjadi pemangkin
kepada guru untuk terus memberi sumbangan dengan
lebih berkesan pada masa hadapan tanpa mengira
laluan kerjaya yang dipilih.

• KPM akan terus memberikan tumpuan kepada usaha


mengukuhkan laluan dan kemajuan kerjaya guru
dengan mamastikan kualiti guru pelatih yang lestari
serta memantapkan aktiviti CPD.
• Pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) akan terus memberikan sokongan
berfokus dari segi pelaksanaan kurikulum, penyusunan
jadual, dan pentaksiran berasaskan sekolah.

• Ini bertujuan membudayakan kecemerlangan berasaskan


pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025.

• Perancangan ini dapat dilaksanakan melalui aktiviti CPD bagi


membolehkan guru membimbing satu sama lain,
membangunkan dan menyebarluaskan amalan terbaik, dan
sama-sama bertanggungjawab bagi mencapai standard
profesional.
Kesimpulannya

• Hasrat KPM bagi memartabatkan profesion keguruan


sebagai profesion pilihan merupakan satu langkah wajar.
• Ini penting bagi melahirkan guru berkualiti bagi merangsang
sistem pendidikan di negara ini.
• Perancangan dalam Anjakan Ke -4 ini membolehkan guru
pelatih menerima latihan yang sebaik mungkin selain
daripada peluang pembangunan kerjaya yang menarik
merentas beberapa laluan kerjaya melalui kemajuan
berasaskan prestasi dan kompetensi.
• Perancangan ini merangkumi budaya bimbingan rakan
sejawat untuk meningkatkan kecemerlangan profesional
menerusi pementoran, pembangunan dan perkongsian
amalan terbaik, serta meningkatkan kebertanggungjawaban
rakan sejawat dalam memenuhi standard profesional
kerjaya.

Vous aimerez peut-être aussi