Vous êtes sur la page 1sur 28

STRATEGI KESANTUNAN

PENGENALAN

TEORI BROWN & LEVINSON, 2000


ANDAIAN:

SETIAP INDIVIDU YANG KOMPETEN MEMPUNYAI AIR MUKA


DAN INDIVIDU LAIN JUGA MEMPNYAI AIR MUKA

AIR MUKA POSITIF AIR MUKA NEGATIF


-keinginan individu untuk - keinginan individu merasakan hak,
merasakan bahawa dirinya kebebasan dan kuasa otonomi
dihargai terhadap tindakan atau perlakuannya
• Lihat dialog di bawah:
A. saya amat gembira, anak perempuan saya telah
diterima masuk UKM
B. Bagus. Tahniah saya ucapkan
C. Saya dengar anak si Yusuf lagi beruntung. Dapat
masuk Oxford. Bukan calang-calang orang boleh
masuk sana.
A. Ya kah? Awak tidak berguraukan?

A , B dan C memiliki muka yang perlu dijaga dan


setiap tuturan di atas mempunyai ancaman muka
pada setiap penuturnya.
Jelaskan mana ancaman positif dan ancaman negatif
Semasa berinteraksi, penutur akan mengandaikan kesan
sesuatu lakuan berpandukan kepada

faktor
hubungan Sekiranya
jarak sosial
kuasa antara sesuatu lakuan
antara
penutur dan itu difikirkan
mereka
pendengar terlalu memberi
ancaman
kepada air
muka
seseorang
keseriusan ianya tidak
lakuan akan diujarkan
tersebut
menurut
budaya
masing-
masing
ANCAMAN MUKA Faktor hubungan
Status/ kedudukan kuasa

Niat dan lafaz


Jarak sosial

STRATEGI KESANTUNAN

Bebanan yang dimiliki sesuatu tuturan budaya


Pemilihan Strategi

Sekiranya ancaman air Sekiranya lakuan itu


muka tetap ada tapi mengandungi risiko
kurang keterlaluan ancaman muka yang
mungkin ia akan sangat minima ia
dilakukan secara mungkin dilakukan
strategi tanpa rekod dengan ujaran
(off record strategies) langsung dan
seperti beri cadangan perlakuan yang jelas
cara halus, dengan atau strategi berekod
bahasa isyarat atau (on-record strategies)
soalan yang retorik
• Rumusannya: Strategi
kesantunan adalah:

• Bagaimana kita bertindak


balas semasa komunikasi/
lakuan berlangsung secara
lisan, penulisan atau non
verbal
• Pendekatan yang digunakan
semasa lakuan bahasa
berlangsung
Strategi Kesantunan menurut Brown dan
Levinson (1987)
• Bahagikan kepada 4 jenis
1. Strategi langsung (bald on record strategy)
2. Strategi kesantunan positif (positive
politeness strategy)
3. Strategi kesantunan negatif (negative
politeness strategy)
4. Strategi tidak langsung (off record)
1: Strategi Langsung
(bald on record strategy)
• Strategi menungkapkan tuturan secara terus terang,
konkrit, jelas dan tidak berselindung.
• Tujuan strategi ini adalah efesien iaitu penutur
menyatakan hal yang penting dari muka.
• Manfaat : bersikap transferan, tidak memanipulasi
cerita.
• Alasan menggunakan strategi ini adalah kerana
penutur mahu melakukan ancaman muka secara
maksimum dan memenuhi maksim-maksim tertentu
a. Kualiti
b. Kuantiti
c. Relevan
d. Cara
a. Kualiti :
• tidak mengatakan/ menuturkan hal yang diyakini
salah
• Tidak mengatakan hal yang kurang memiliki
bukti kebenarannya.
b. Kuantiti:
• mengatakan apa yang perlu sahaja
c. Relevan:
• Menuturkan/ mengatakan apa yang relevan
sahaja
d. Cara:
• Menghindar ketidakjelasan
• Berikan contoh-contoh sesuai dengan jenis strategi
langsung di atas.
Jenis strategi langsung
(bald on record strategy)

1. Tidak mengurangi ancaman muka


- Dibezakan menjadi tiga keadaan:
i) Kecekapan maksimum menjadi sangat 2. Orientasi penggunaan Bald
penting dan disedari oleh penutur dan on Record
lawan tutur – terus terang - Muncul dengan tiga
ii) Penutur sengaja tidak memuaskan muka keadaan:
awan penutur kerana power atau tingkat i) Penutur memberi
kedudukan sosial penutur lebih tinggi sambutan atau sapaan
dari lawan tutur kepada lawan penutur
iii) Strategi ini dipilih utk manfaat lawan ii) Penuur mengucapkan
penutur sendiri. Penutur memperlihatkan perpisahan
kepeduliannya pada lawan tutur iii) Penutur memberikan
(Mengikut Brown & Levinsion, 2000) penawaran
Jenis strategi langsung
(bald on record strategy)
1. Tidak mengurangi ancaman muka
• Contoh:
• saya tahu kamu orang baik. Pinjam buku!
• Sorry kawan. Saya masih memerlukan buku itu.
• Saya lagi tua dari awak, biarlah saya pakai dulu.
2. Orientasi penggunaan pada bald on record
• Contoh
• Pinjam buku
• Maaf. Awak keberatan nak pinjamkan saya buku?
• Jom ikut saya semuanya.
2. Strategi Kesantunan Positif
(Positive Politeness Strategy)
• Strategi melakukan ancaman muka dengan cara
menyelamatkan air muka atau jaga air muka orang
yang lawan bertutur
• Usaha jaga persahabatan
• Ciri-ciri
1. Beri perhatian pada minat, keinginan, kelakuan,
keperluan dan barang-barang lawan tutur
• Contoh:
• Tak apa. Tak perlu pinjamkan buku kepada saya
kalau awak masih memerlukannya
2. Melebihkan minat, persetujuan, simpati terhadap
lawan tutur dengan memberi intonasi dan
penekanan melalui tuturan.
• Contoh:
• Kasihan awak. Awak lebih memerlukan buku itu
dari saya waktu ini. (penekanan kepada intonasi)

3. Meningkatkan rasa tertarik terhadap lawan tutur


dengan menyelitkan ungkapan yang menarik
perhatian lawan tutur.
• Contoh:
• Tak apa sayang. You gunalah buku tersebut.
4. Menggunakan penanda yang menunjukkan jati diri
atau kelompok dengan menggunakan sapaan,
bahasa atau dialek kelompok dan slanga yang
sesuai
• Contoh:
• Ok. Bro. No hal. You pakailah buku tu dulu.

5. Mencari persetujuan terhadap lawan tutur dengan


mengulang sebahagian lawan tutur untuk tanda
persetujuan.
• Contoh:
• Sorry Bro saya masih nak guna buku ini
• Oklah bro. you gunakan dulu.
6. Menghindari ketidaksetujuan terhadap lawan tutur
dengan cara menunjukkan persetujuan.
• Contoh:
• Jom semua ikut saya
• Ok. Kita ikut awak
7. Menunjukkan atau menyatakan kesamaan
• Contoh:
• Saya rasa idea awak bernas
8. Menyatakan lelucon / jenaka/ mesra
• Contoh:
• Pasti kami ikut sebab gerenti kami beroleh
keuntungan jika ikut awak
9. Menyatakan hal yang diketahui oleh penutur dan
memperhatikan keinginan lawan tutur
• Contoh:
• Saya rasa idea awak bernas. Saya amat setuju
dengan idea tersebut
10. Membuat penawaran atau janji
• Contoh:
• Saya rasa idea awak bernas. Nanti saya usahakan
11. Bersikap optimis (membantu lawan tutur capai
keinginan)
• Contoh:
• Saya rasa idea awak bernas. Kita usaha sama-
sama. Kita akan capai matlamat bersama.
12. Berusaha melibatkan lawan tutur dan penutur
dalam perbualan. Penggunaan kata kita, jom
bersama
• Contoh:
• Kita buat bersama-sama nanti.
13. Memberi dan meminta alasan
• Contoh:
• Apakah pendekatan yang hendak kita gunakan?
14. Mengharap atau menuntut timbal balik
• Contoh:
• Ok. Pendekatan itu rasanya sesuai.
15. Memberi penghargaan seperti keinginan
berinteraksi, keinginan disukai, difahami
• Contoh:
• Pandangan dan cadangan awak begitu bernas.
3. Strategi Kesantunan Negative
(Negative Politeness Strategy)
• Strategi menyelamatkan muka negatif lawan
tutur untuk mempertahankan kebebasan
bertindak.
• Penutur mengakui dan hormati muka negatif
lawan tuturnya
• Terdapat sembilan ciri/ kelas strategi
kesantunan negatif
1. Ungkapan secara tidak langsung untuk menghindari
gangguan terhadap muka
• Contoh:
• Tak apa kalau tak pinjamkan aku buku
2. Menggunakan pagar (menghindari anggapan atau
perkiraan, tidak memaksa)
• Contoh:
• Mungkin kamu ada buku lain yang boleh saya
pinjam?
3. Berhati-hati dan jangan terlalu optimis
• Contoh:
• Saya rasa kalau awak tak boleh pinjamkan saya
buku
4. Meminimalkan bebanan terhadap lawan tutur dengan
mengurangi kekuatan atau daya ancaman muka
Contoh:
• Kalau awak tak nak pinjamkan buku kepada saya
tak apalah.
5. Menyatakan rasa hormat
• Contoh:
• Faham. Buku itu hanya ada satu saja.
6. Menggunakan permohonan maaf
• Contoh:
• Maaf. Kalau awak habis baca buku berkenaan,
bolehtak saya pinjam nanti
7. Jangan menyebut penutur (meniadakan) dan lawan
tutur
• Contoh:
• Baik saya ambil buku ini dan nanti saya beritahu
dia.
8. Menyatakan ancaman muka sebagai satu kaedah
sosial umum
• Contoh:
• Alah. Kalau awak tak pinjampun tak apa.
9. Menyatakan secara eksplisit mengakui hutang budi
pada lawan tutur
• Contoh:
• Maaf aku mengganggu tapi apakah kamu masih
tak mahu meminjamkan buku tersebut?
4. Strategi Tidak Langsung (off
record)
• Penutur dapat memuaskan muka negatif yang lebih
besar dari strategi kesantunan negatif
• Penutur dapat menghindar diri dari tindakannya
• Membiarkan lawan tutur memutuskan bagaimana
mentafsir apa yang dituturkan.
• Terdapat 15 sub strategi tidak langsung ini.
1. Memberi petunjuk dengan mengemukakan alasan
melakukan tindakan
• Contoh:
• Aku tak ada buku yang engkau nak pinjam dan
aku juga sangat memerlukannya.
2. Menyatakan kaitan dengan menyebutkan sesuatu
yang dikaitkan pada tindakan yang diminta kepada
lawan penutur
• Contoh:
• Buku yang hendak saya pinjam itu amat penting
sebab itu saya rasa tak mahu pinjam pada awak
3. Mengira (presuppose) maksud penutur
• Contoh:
• Saya tahu awak pinjam buku saya sebab awak
tak mampu belikan.
4. Tidak menegaskan apa yang dituturkan
• Contoh:
• Saya tak dapat pinjamkan buku ini kepada awak
sebab susah takut ia koyak nanti
5. Menyatakan sesuatu hal secara berlebihan dengan
membesar-besarkan keadaan sebanar
• Contoh:
• Buku ini hanya satu ini sahaja yang ada. Semua
maklumat ada dalamnya tapi susah nak
pinjamkan kepada awak.
6. Mengulang tuturan tanpa memberi penjelasan
• Contoh:
• Sorrylah tak dapat pinjamkan buku ini kepada
awak.
7. Menggunakan pertentangan dengan mengemukakan
kebenaran dan mendorong lawan tutur
mendamaikan masalah
• Contoh:
• Saya rasa Ahmad ada buku yang awak hendak
pinjam itu.
8. Menyindir dengan cara menyatakan maksud secara
tidak langsung
• Contoh:
• Banyak lagi buku-buku yang ada bahan yang
awak perlukan
9. Menggunakan kiasan / metafora
• Contoh:
• Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
10. Menggunakan pertanyaan retorik dari jawapan yang
diberikan
• Contoh:
• Tak adakah buku lain awak nak gunakan?
11. Bermakna berganda
• Contoh:
• Buku A Samad Said ada, buku Asmah Hj Omar
pun boleh
12. Menyamarkan objek ancaman muka
• Contoh:
• Saleh ada buku yang awak hendak pinjam
13. Membuat generalisasi secara berlebihan
• Contoh:
• Banyak buku di perpustakaan kita. Awak pilih je
mesti ada yang berkaitan
14. Mengalihkan kedudukan lawan tutur sebagai lawan
bicara penutur
• Contoh:
• Lina, engkau ada buku yang Jali nak pinjam tak?
15. Tuturan tidak lengkap dengan menggunakan
ellipsis
• Contoh:
• Saya tak ada buku yang awak perlukan tetapi
sekarang ini saya tengah menggunakannya

Vous aimerez peut-être aussi