Vous êtes sur la page 1sur 6

Prinsip Pengurusan Tingkah Laku

Kebanyakan tingkah laku boleh di pelajari (kenyataan


ini bermaksud semua tingkah laku baru boleh
dipelajari sepanjang masa)

Semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus


 Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak adalaj
akibat rangsangan yang diterimanya.
 Prinsip ini sangat ditekankan dalam teori behavioris.
 Antecedent atau peristiwa sebelum sesuatu tingkah laku
adalah rangsangan terhadap tingkah laku tersebut.
Prinsip Pengurusan Tingkah Laku

Tingkah laku boleh diajar dan diubah


 Guru harus berpegang kepada prinsip ini apabila
hendak mengajar tingkah laku baru kepada muridnya.
 Melalui teknik pengurusan tingkah laku yang sesuai,
guru dapat mengubah tingkah laku bermasalah
kepada tingkah laku baru yang diingini.
Prinsip Pengurusan Tingkah Laku

Matlamat perlu jelas dan khusus


 Objektif program pengurusan tingkah laku yang
hendak dijalankan perlu dinyatakan dengan jelas dan
khusus.
Prinsip Pengurusan Tingkah Laku

Program perlu secara individu


 Disebabkan masalah tingkah laku adalah berbeza bagi
setiap murid, maka pelaksanaan program intervensi
hendaklah dirancang untuk murid yang berkenaan
sahaja.
Prinsip Pengurusan Tingkah Laku

Program perlu fokus masa kini (semasa)


 Program pengurusan tingkah laku hendaklah
tertumpu kepada masalah tingkah laku semasa yang
ditujukkan oleh murid.

Program perlu fokus pada persekitaran kanak-


kanak
 Program intervensi dilaksanakan di dalam bilik darjah
atau di rumah yang merupakan persekitaran sudah
biasa kepada murid-murid.