Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
BAPA SASTERA MODEN
KUMPULAN 1
NAMA AHLI KUMPULAN :
1. MOHAMAD FAIS BIN JUSOH JIE170010
2. AMER HAKIMY BIN ZULKEFLI JIE170036
3. NUR FATIN SYAHIRAH BINTI MUBARAK
JIE170018
4. NURFATHIAH BINTI ABD SHUKOR JIE170019
5. FARIZAH BT AB RAFAR JIE180002
6. NURUL AINA SYAHIRAH BT CHE MAT JIE180022
FAKTOR YANG MENJADIKAN
KARYA ABDULLAH MUNSYI
SEBAGAI SASTERA MODEN
Kedatangan Inggeris membawa masuk alat cetak
mengembangkan lagi bidang sastera tempatan kerana
ianya mudah didapati dan disebarkan.
Sosiobudaya masyarakat melayu pada zaman
tersebut yang sudah berkembang dari segi
pendidikan.
Contohnya dengan penubuhan Maktab Melaka Kuala
Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris.
Perubahan ini juga berkaitan dengan perkembangan
media massa seperti surat khabar dan majalah.
BIOGRAFI ABDULLAH MUNSYI
Nama penuh beliau ialah Abdullah Bin
Abdulkadir.
Lahir 12 Ogos 1796 di Kampung Pali, Melaka
Bekerja sebagai guru, penterjemah & penulis
Menguasai beberapa bahasa seperti Tamil,
Hindi, Inggeris dan Tionghoa.
Meninggal di Judah pada tahun 1854
CIRICIRI PEMBAHARUAN DALAM
KARYA
Menurut C.Skinner, terdapat beberapa ciri
kemodenan dalam karya Abdullah Munsyi:
Peralihan konteks kandungan iaitu dengan
penulisan halhal realistik tanpa memasukkan
unsurunsur dalam karya tradisional seperti
mitos, magik dan sakti.
Contoh: Kisah Pelayaran Abdullah kritikan
tentang masyarakat orang Melayu iaitu
berkaitan sikap.
Peristiwa di Pahang:
“Tetapi adalah tanah Pahang itu sahaya lihat terlalu
sayang hati sebab terbuang dengan menjadi hutan
rimba, sebab malas dan lalai orang dalam negeri itu.
Maka sekalian benih dan pohon, jika ditanam nescaya
menjadi.”
Peristiwa di Terengganu:
“Maka adalah apabila sahaya melihat hal perempuan
perempuan itu berkedai di psar dan berjaja dan
menchari kehidupannya itu, terlalu susahlah hati
sahaya, karena perkara yang tersebut itu semuanya
patut pekerjaan lakilaki; sebab maka apabila
perempuan itu mengerjakan pekerjaan lakilaki dan
meninggalkan rumah tangganya berhariharian,
nischaya tinggallah anakanaknya dengan sakehendak
hatinya, menggelumang dengan kotor dan sejok dan
basah kering.”
Individualisma atau ‘keakuan’ yg diperlihatkan
oleh Abdullah dlm karyakaryanya. Hal ini dilihat
dengan penggunaan tajuktajuk karya beliau
seperti “Hikayat Abdullah” “Kisah Pelayaran
Abdullah” dan lainlain.
Menyuarakan kritikan dan pendapat beliau
terhadap rajaraja, masyarakat Melayu dan
pengawai Inggeris.
Contoh: mengkritik rajaraja yang mengambil
kesempatan terhadap rakyat.
“Maka katanya, ‘sehari hari mengerjakan pekerjaan raja dan
makan minum sahaya dan anak bini sahahya, tiada diberinya; di
atas sahaya sendiri juga. Dan lagi baik perahu atau tanam
tanaman dan hiduphidupan sahaya sekalian, jikalau dikehendak
raja diambilnya sahaja dengan tiada berharga. Dan lagi kalau ada
berharta dan anak perempuan baik baik, jikalau berkenan raja,
diambilnya juga; tiada boleh ditahankan kehendak raja; dan kalau
ditahankan atau tiada diberi, disuruhnya tikam mati mati sahaja.
Kritikan terhadap rajaraja ;
“Syahdan, demikianlah adanya rajaraja memelihara anaknya
dengan menghilangkan segala citacita yang baik dari dalam
hatinya, sampai kasih akan anaknya itupun telah hilang. Maka
jadilah ia suatu pangkat kejahatan yang terlebih bengis daripada
ular yang bisa dan harimau, kerana harimau dan ular itu tiada
menyuruh anakanaknya berbunuhan seekor dengan seekor,
istimewa manusia yang berakal”.
Pandangan ini adalah hasil gaya hidup beliau
yang banyak bergaul dengan pegawai Inggeris
menyebabkan beliau menjadi lebih terbuka,
kritis dan peka dengan isuisu setempat.
Contoh: Abdullah Munsyi pernah menjadi guru
Bahasa Melayu kepada askar Hindustan dan
paderi seperti W.Milne.
RUJUKAN
Kassim Ahmad. (1960). Kisah Pelayaran
Abdullah. Singapura: Malaya Publishing.