Vous êtes sur la page 1sur 35

INSTITUT P E N D I D I K A N GURU M A L A Y S I A

KAMPUS PENDIDKAN TEKNIK


K UA L A L UMP UR

EDU 3 1 0 6
B U D A Y A DAN
P E M B E L A JA R A N
PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU SEKOLAH
RENDAH (PGSR)

KUMPULAN R E K A BENTUK DAN TEKNOLOGI


AMBILAN NOV. 2008

DISEDIAKAN:
KAMARZAMAN BIN MD.
SHARIF AZHAR BIN OMAR
SITI ZALEHA BINTI
OTHMAN NORAISAH BINTI
M AY AR
T A J U K

CARA-CARA
MASYARAKAT MALAYSIA BERPAKAIAN
DAN
PERAYAAN SETIAP ETNIK
• KAUM-KAUM YANG
LAIN:
• MELAYU  Kadazan
 Iban
 Orang Ulu
• CINA  Kelabit
 Bidayuh
• INDIA  Sikh
 Punan/Penan
 Kenyah/Kayan
 Melanau
MASYARAKAT DI
MAL AYS I A

K A U M T E R B E S A R
SE J A RA H P A K A I A N D I M A L A Y SIA

Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian


tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari
tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah
kain songket Diraja yang antik.

Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai


pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan
manik. Dengan ketibaan tamaddun lama, kain tenunan
dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan
kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang asing,
pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah
Arab diperkenalkan di negara ini.
P A K A I A N ORANG MELAYU

LELAKI PEREMPUAN
CELANA BAJU KEBAYA
BAJU MELAYU TELUK BAJU KURUNG CEKAK
BELANGA MUSANG
SAMPING BAJU KURUNG KEDAH
BAJU MELAYU TELUK BAJU KURUNG TELUK
BELANGA BELANGA
SELENDANG
KAIN SARUNG
BAJU KEBAYA
Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal
baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada
perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang terbelah di
hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke
Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja
oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan
sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.
Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut
ataupun lebih.
Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan
badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian
hadapannya pula terbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang
terbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai
dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang.
Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil
dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.
Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak
berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan
kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali
sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti
baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti
baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah
kancingnya yang berbutang itu.
Baju Kebaya
BAJU KURUNG CEKAK MUSANG

Baju kurung cekak musang adalah sama dengan baju kurung


Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher baju kurung
cekak musang ada kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan
kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan
panjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan
dua atau tiga lagi kancing pada bukaannya. Butang emas atau emas
berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya. Kancing yang
paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebuku dan
kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunang-kunang
sekebun.

Baju kurung cekak musang wanita boleh dipakai dengan


seluar atau kain sarung. Seluar yang selalu digunakan ialah kain
seluar panjang, seluar panjang dan seluar bambu. Jika mahu,
samping dan selendang juga boleh dipakai bersama.

Baju Melayu cekak musang lelaki pula dipakai dengan seluar


dan bersamping. Lebih segak lagi apabila bertanjak atau bersongkok.
BAJU MELAYU DAN KURUNG CEKAK MUSANG
BAJU KURUNG TELUK BELANGA
Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau
baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.
Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan
Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk
Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju
Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu
Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di
Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan
banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh,
dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya
pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada
sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas
dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga yang
dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali;
a)Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas
lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di
bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum
wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa
kocek.
b)Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar
Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain
samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan
yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di
rusuk
kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila
dipakai dengan baju kurung ini.
P A K A I A N ORANG CINA

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan


berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan,
diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka
ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan
untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak
pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan
dengan suasana tempatan.

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat


dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih
boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran
masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju
Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan
upacara.
Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri
China menggunakan fabrik sutera dan broked yang
berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan
perak.
Pakaian tradisi Lelaki memakai jubah labuh Ming
pasangan Cina yang moden dari satin dan wanita memakai
diubah suai. Baju Shanghai yang berbelah di depan.
CHEONGSAM
Pakaian cheongsam
atau ‘baju panjang’ yang
selesa
anggun dan
juga diliha
sering hingga ke Lazimnya,t
hari
cheongsamini. mempunyai lehe
yang tinggi, butang di bahagian
r
bahu, bentuk yang sendat di
pinggang dan belahan di kiri
dan kanan kain. Pakaian ini
selalunya diperbuat daripada
kain sutera, satin dan lain-lain
jenis kain lembut.
Samfoo membawa 'baj
dan seluar' dalammaksud
dialek Kantonis.u Ia
merupakan pakaian harian wanita
keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia
digemari oleh wanita-wanita separuh umur
dan yang bekerja di ladang, lombong atau
di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain
nipis yang tidak bercorak atau berbunga
halus.

Samfoo turut lelak


dipakai oleh berketurunan Cina mempunyai
i
sedikit
tetapi
perbezaan dengan samfoo yang
dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini
terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi serta
dipakai bersama seluar longgar seperti
seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya
diperbuat daripada kain lembut seperti
kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang
sekali dipakai oleh lelaki berketurunan
Cina di Malaysia.
PA K A I A N ORANG I N D I A

Kehadiran k a u m I ndia ke Tanah Melayu menyaksikan


bermulanya gaya pemakaian d a r i benua I ndia khususnya d i
kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga k e t u r u n a n Punjabi-
Singhs. Pakaian k a u m India lebih dik ena li dengan warna- warna
terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas,
perak, labuci juga batu-batu permata.

Di h a r i p e r k a h w i n a n l el ak i I ndia memakai d h o t i
dilengkapi dengan t u r b a n manakala w a ni t a ny a memakai sari
yang digandingkan dengan choli ket at . Wanita remaja
mengenakan s k i r t labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju
pendek atau choli.
Sari merupakan pakaian u n t u k k a u m
perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan
t u r u t dipakai pada musim perayaan. Sari t e r d i r i
daripada lembaran k a i n yang b e r u k u r a n semeter
hingga dua meter lebar dan panjangnya pula
antara l i ma hingga l i ma belas meter m e n g i k u t saiz
pemakai. Kebanyakan k a i n sati adalah jarang
dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai
pe r l u memakai anak baju yang k e t a t dan
singkat. Kemudian sati d i l i l i t d a ri pinggan dan
diselempang pada bahu k i r i . L i l i t a n pinggang
sebanyak tiga hingga li ma k a l i u n t u k menguatkan
l i l i t a n supaya t i d a k terurai.
Da ri segi pemilihan warna, kebanyakan
sari yang di pakai be rw arna gelap seperti merah,
bi r u , hi j au dan ungu. Warna-warna i n i
lebih m e n a r i k u n t u k sari yang di pakai pada
musim
perayaan. Pemilihan corak pula adalah
mengikut
si pemakai. Ada yang lebih suka
bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang
lebihyang
sari sukamempunyai
bercorak haiwan.
pelbagai Ujenis
n t u k mmenjadikan
a n i k yang
Sari, busana tradisional si r kpemakai
be i l a t . I n i akankelimenyerlahkan
hat an menarilagik, kebanyakan
k ec anti kan
India yang paling mereka
si pemakainnya. m em i l i h Wala apapun pemilihan w a r n a
disukai. biasanya dipadankan dengan corak yang m e n a r i k
dan sesuai dengan si pemakai
D H OT I

D h o t i merupakan pakaian u n t u k
k a m u m lelaki. Pakaian i n i diperbuat
daripada k a i n yang bewarna p u t i h .
Kebanyakan d h o t i hanya boleh d i l i h a t
d i h a r i p e r k a h w i n a n sahaja kerana
generasi muda h a r i i n i t i d a k berminat
dengan pakaian tersebut.

D h o t i diperbuat daripada lembaran


kain putih yang panjang. K ain
tersebut d i l i l i t d i bahagian pinggang
dan d i i k a t pada celah paha dan
kemudian disangkukan pada bahu.
Kemudian kain tersebut dihiasi
den gan m anik- m ani k keci l
ke l i h a t an m en ar i k . A da j ugasudhot
p ayai
y ang bew a r n a k u n in g p u d ar at au
k u n in g susu . Pakaian bany a k
in i dipakai oleh golongan
ceti.
Sari, busana tradisional India yang paling disukai.

Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang


menggandingkan baju pendek dipadankan k a i n
kembang d a r i sutera bertenun benang emas.
Pakaian Kaum
Iban

Kanak-kanak perempuan
Iban berpakaian dalam
pakaian penuh (wanita) Iban
semasa upacara Gawai di
Debak, rantau Betong,
Sarawak
• Kain Sirat
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban.
Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm.
Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau
tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput
turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat
dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah
kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke
hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian
yang berhias.
• Dandong
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki
Iban.
Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong
tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai
pembungkus barang-barang persembahan dalam
upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada
•Bidang
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang.
Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang
separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang
kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua
bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang
digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya.
Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-
jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika
upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh
pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna
merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara
bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif
tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak
di atas kain dasar yang bewarna merah.
• Kalambi
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi
berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan
wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat
ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang
dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang
lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada
yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi
ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi
yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang
dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-
figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga
dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang
menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan
jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif
tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil
tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan
karangan manik.
• Bedong
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang
dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong,
iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.
Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai
di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan
seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.
• Pua Kumbu
Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling
terkemuka. Pua Kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan
dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti
berubat, gawai dan seumpamanya. Dalam upacara
perkahwinan pula, ibu bapa pengantin perempuan
menghadiahkan kain ini kepada keluarga pengantin lelaki
sebagai 'mas kahwin'. Semasa bersanding, pasangan
pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk mendapat
restu daripada saudara tua. Pua juga digunakan untuk
menghias pelamin, dan lain-lain kegunaan selain digunakan
sebagai pakaian.
Pakaian kaum
Kadazan
• kaum Kadazan adalah sederhana berbanding
dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian
kaum lelaki menunjukkan pengaruh pakaian
Cina. Terdapat tiga jenis blaus kaum wanita.
Satu daripadanya ialah blaus lengan pendek
yang dipakai oleh wanita muda. Satu lagi
ialah blaus dengan lengan ¾ dipakai oleh
wanita pertengahan umur untuk pakaian
seharian. Jenis yang ketiga dipakai oleh
wanita tua atau pakar ritual semasa sesuatu
upacara.
Pakaian kaum wanita

Sinuangga’ Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh
wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suramdi sepanjang lubang
kepala dan lengan, dansepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang.
Benang berwarna merah, kuning, dan krim digunakan.
Jahitan utama: sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu).
Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi’, satu jalur
merah dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut.
Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini dalah supaya
butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada
satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara
tertentu dan separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian
seharian. Pada masa kini, tidak banyak perbezaan nya. Butang-butang
ini diikat dari bahagian atas ke bawah blaus menggunakan benang
kapas.
Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi
kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang
dianggap kaya.
• Aksesori
• Himpogot Tali pinggang dibuat dari duit perak. Biasanya tiga
di pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di
keliling pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah
• tangkong.
Tangkong. Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang tembaga
berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat dengan tali ratan
merah(hindagang), hitam(initom) . Tali ratan merah digunakan
untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang
sudah berkahwin. Tali in biasanya di biarkan kosong di bahagian
belakang untuk mengelakan dari sesak nafas.. Tangkong ini boleh
di regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah
• memudahkan seseorang membawa bakul di belakang.
Titimbak Pin rambut digunakan untuk menghias dan
• mengetatkan sanggul.
• Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau perak
• Gohong Gelang tembaga atau perak
• Hamai Rantai leher
• Simbong Subang
Paun Kerongsang dibuat dari duit syilling emas
• Siga do bobohizan Dipakai oleh Bobohizan semasa sesuatu upacar
ritual. Ia merupakan tengkolok penuh dengan hiasan daripada bulu
burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat dan dijahit keatas
satu jalur kain yang lebar. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk
kepada tengkolok tersebut, yang mana kelihatan dari hadapan
hampir ditutup oleh kain seperti kipas di kepala. Dari bahagian
belakang, bulu-bulu ini hampir semua kelihatan. Jalur kain dimana
bulu itu dilekatkan dihiasi dengan renda, sulaman dan manik-
manik. Andavi do tandaa’ ataupun bulu panjang ayam jantan juga
dijahit di hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat dengan
potongan kain yang berwarna-warni. Dari bahagian bawah kedua
dua tepi tengkolok, dijahit beberapa lingkaran manik berwarna
warni yang bergantung di bahagian hadapan/dada.. Tengkolok ini
diikat dengan kain di belakang kepala. Tinggi tengkolok ini ialah
• kira-kira 1 ½ kaki.
Husob Kain berwarna warni yang dipakai oleh bobohizan diatas
bahu dan melintangi badan. Biasanya dua husob dipakai
berselang- seli.
Pakaian
•lelaki
Gaung Baju lengan panjang tanpa sulaman. Pada
masa sekarang, ia dihiasi dengan perhiasan dan
butang emas.
• Souva Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang
berwarna biru indigo. Perhiasan emas di
sepanjang pinggang seluar moden.
• Kaking atau toogot Bengkung pinggang hitam
• Siga Penutup kepala dibuat dari kain dastar, dilipat
atau dililit dalam beberapa cara yang istimewa:
hinopung (hopung= ular sawa) model berpilin Kinahu
(kahu’ = pemegang belanga) model berlipat
sinimbitan atau tinahanuk, dimana satu tepi kecil
• terkeluar.
Tupi’ sinikat Topi bulat dibuat dari tali yang kuat
dengan teknik lingkaran dan ikaat untuk
menguatkan siga.
Sambutan Perayaan Di
Malaysia
SAMBUTAN PERAY AAN UTA MA DI MA LA
YSIA

Hari Raya Aidil Fitri Tahun Baru Cina Perayaan Deepavali

Perayaan Krismas Perayaan Gawai Dayak Pesta Songkran

Perayaan Tadau Kaamatan

Vous aimerez peut-être aussi