Vous êtes sur la page 1sur 15

PELAN INDUK

PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN
2006 - 2010
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010 telah dirangka untuk
melaksanakan dan merealisasikan satu
sistem pendidikan yang holistik, progresif,
bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah
dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari
2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya
PIPPJPJ 2006-2010 telah menggariskan
ENAM TERAS iaitu;
•membina negara bangsa,
•membangunkan modal insan,
•memperkasakan Sekolah Kebangsaan,
•merapatkan jurang pendidikan,
•memartabatkan profesion keguruan.
•Melonjak kecemerlangan institusi
pendidikan
 Keupayaan membina negara bangsa bergantung
kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme,
lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan
demokrasi.
 Fokus utama dalam membina negara bangsa
mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan
bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi
nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk
kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap
pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk
pemikiran kehidupan.
 Menggerakkan gelombang baru gerakan
memperkasakan bahasa kebangsaan.
 Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.
 Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk
menggiatkan aktiviti kebahasaan,
kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan
dan penerbitan.
 Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara
dalam usaha memperkasakan bahasa
kebangsaan.
 Ini bertujuan memastikan anak bangsa
Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta
kepakaran tinggi bagi penyediaan guna
tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan.
 Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi
kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan
menggunakan teknologi komunikasi
maklumat (ICT) dengan baik, berupaya
berfikir secara kreatif dan kritis.
 Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan
kepada ibu bapa dan pelajar
 Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar
untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran
 Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran
dan ketrampilan
 Memantapkan sistem pentaksiran dan
penilaian supaya lebih holistik
 Memantapkan program ko-kurikulum dan
sukan
 Memperkukuh disiplin pelajar
 Mempercepat perkhidmatan sistem aduan
masalah disiplin dengan mempelbagaikan
saluran aduan terus
 Memantapkan kurikulum
 Meningkatkan kerjasama KPM dengan
pelbagai agensi
Ciri-ciri SK perkasa ialah :
 Infrastruktur lengkap dan berkualiti.
 Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua
pelajar menguasai
 3M.
 Beraspirasi nasional.
 Menawarkan bahasa Cina dan bahasaTamil.
 Pencapaian akademik cemerlang.
 Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.
 Iklim dan budaya sekolah yang sihat.
 Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan
pelanggan.
 Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.
 Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.
 Membangunkan infrastruktur dan kemudahan
pendidikan luar bandar di seluruh negara.
 memfokuskan peningkatan kadar penyertaan
dan mengurangkan risiko keciciran pelajar.
 memfokuskan untuk mengurangkan jurang
 pencapaian akademik dengan menambah
bilangan komputer, TV Pendidikan,video
teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer,
kemudahan perkakasan,pengisian dan tenaga
kerja.
 meningkatkan penguasaan 3M (membaca,
menulis dan mengira).
 Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab
atau institusi pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan
pedalaman dahulu tanpa sebarang pengecualian.
 KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans
khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan
rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna.
 Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal
bagi memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum
pendidikan guru.
 memberi fokus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi
Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Portal Pendidikan Guru dan
Total Campus ManagementSystem.
 Dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan,
piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta
bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi
pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus
(niche areas) masing-masing.
 Institusi-institusi model yang dapat dijadikan contoh
akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di
peringkat antarabangsa.
 sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang
menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi
pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih.
Membina negara bangsa
Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan
integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya
bangsa.

· Membangunkan modal insan


Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk
pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.

· Memperkasakan Sekolah Kebangsaan


Menambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru
besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.
· Merapatkan jurang pendidikan
Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan
luar bandar,mengurangkan keciciran dan meningkatkan
bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.
· Memartabatkan profesion keguruan
Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja
guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya,
perancangan dan pengurusan sumber manusia.
· Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
Memilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan
mewujudkan sekolah kluster yang memberi lebih
autonomi kepada sekolah.
Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan
bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan
modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan
cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang
sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi
membantu memajukan negara. Modal insan yang
mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat
penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu
bersaing untuk berjaya. Negara perlu melahirkan lebih
ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana
mereka merupakan golongan yang mampu
melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan
kepada negara.

Vous aimerez peut-être aussi