Vous êtes sur la page 1sur 66

NOOR AZIAH MOHD NOOR

CIRI-CIRI KHUSUS ISLAM


THABAT WAL MURUNAH
 Perkataan al-Thabat bermaksud tetap dan
mantap. Al-Murunah pula membawa maksud
anjal atau fleksibel,boleh dilentur, dan boleh
disesuaikan. Hal ini menunjukkan bahawa
kedua-dua unsur ini terdapat dalam ciri
perundangan Islam iaitu tetap pada kaedahnya
tetapi dalam masa yang sama fleksibel dalam
pelaksanaannya. Dalam erti kata yang lain,
perundangan Islam bersifat tetap dan mantap
tetapi boleh dilentur serta tidak boleh diubah
tetapi boleh disesuaikan
Menurut Yusuf al-Qardhawi, ketetapan dan
fleksibeliti dalam syariat Islam adalah seperti
berikut :
 i.Tetap pada tujuan dam matlamatnya tetapi
fleksibel pada bentuk pelaksanaannya.

 ii.Tetap pada dasar dan kaedah umumnya


tetapi fleksibel pada perkara- perkara
cabang.

 iii. Tetap pada nilai keagamaan dan akhlak


tetapi fleksibel pada urusan keduniaan dan
ilmu pengetahuan.
 Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah.
Dalam konteks ajaran Islam, ada perkara
yang telah tetap dan tidak boleh dipinda dan
diubah-ubah dasar, prinsip dan
perlaksanaannya.
Prinsip-prinsip Ajaran Islam yang
tetap dan tidak berubah :
 Antara perkara yang termasuk dalam konsep
thabat adalah aspek akidah dan hukum-
hakam amaliyyah yang dinyatakan secara
qat’i (pasti) dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.
1. Akidah

 Antara prinsip ajaran Islam yang tetap tidak


berubah ialah dalam aspek akidah. Akidah ialah
kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah swt,
tuhan yang Maha Esa; tiada sekutu bagi-Nya.
Kita wajib menyakini Allah sebagai Rabb iaitu
mengakui dengan sepenuh hati bahawa Allah
sahajalah yang memiliki, menurunkan rezeki,
mencipta dan mentadbir alam ini dan seluruh
makhluk dan mengakui bahawa hanya Allah
yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara
mutlak.
ُ ‫ح‬
 ‫مم‬ ِ َّ‫ُ ال ا‬
ُ َٰ
َ َٰ ‫ح‬ ُ ‫ح ٌد اَّل إِ َٰلَ َه إِ اَّل‬
ْ َّ‫ُ ََ ال ا‬ ٌ َ‫م إِ َٰل‬
ِ ‫ه وَا‬ ْ ‫وَإِ َٰلَ ُه ُك‬

 “Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha


Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah)
selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani.”
 (Suroh Al-Baqarah ayat 163)
 Dalam keyakinan ini, tidak ada kelonggaran
dan toleransi dengan sebarang unsur-unsur
syirik yang boleh merosakkan kepercayaan
kita kepada Allah. Antaranya adalah dengan
mempercayai kuasa lain mampu menandingi
kuasa Allah atau dengan menyembah sesuatu
yang lain daripada Allah
 Konsep thabat dalam akidah dapat dilihat
dalam peristiwa Rasulullah s.a.w. yang
ditawarkan dengan pelbagai hadiah dan
harta kekayaan agar baginda bertoleransi
dengan kepercayaan musyrikin Makkah yang
mengamalkan penyembahan berhala.
Namun begitu, walaupun ditawarkan dengan
tawaran yang sebegi rupa, baginda tetap
kekal dengan pendiriannya iaitu
mentauhidkan Allah.
 Hal ini jelas dilihat melalui firman-Nya dalam
surah al-Kafirun ayat 4 hingga 6 iaitu :

Maksudnya :
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan
kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi
kamu agama kamu, dan bagiku agamaku"
 Contoh, dalam aspek aqidah kita tetap
menyakini keesaan Allah swt dan haram serta
membawa kepada murtad seseorang yang
mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.
Tetapi, dalam keadaan terpaksa yang boleh
menghilangkan nyawa, seseorang itu boleh
melakukannya tetapi hatinya tetap
mentauhidkan Allah, maka dia tidak berdosa
dan tidak jatuh agamanya seperti peristiwa
yang telah berlaku kepada „Ammar binYasir
 Sementara dalam konteks amaliyyah seperti
ibadat solat, puasa, haji dan zakat telah
ditetapkan cara dan waktu perlaksanaan
dalam syariat Islam.
 Ibadat. Dalam konteks amaliyyah seperti
ibadat solat, puasa, haji dan zakat telah
ditetapkan cara dan waktu perlaksanaan
dalam syariat Islam.
 Tiada toleransi dalam melaksanakan ibada-
ibadah tersebut. Perkara tersebut tetap tidak
 berubah kerana ianya telah ditetapkan oleh
Allah melalui dalil yang qat‟ie.
 Ibadah solat telah ditetapkan sebanyak lima
waktu sehari semalam dan tidak boleh
sesekali dikurangkan jumlahnya itu. Ibadah
puasa Ramadhan pula telah diwajibkan untuk
dilaksanakan pada bulan itu sahaja dan tidak
boleh dilaksanakan pada bulan-bulan yang
lain. Begitu jugalah dapat dilihat dalam
ibadah haji dan zakat yang telah ditetapkan
rukun-rukun serta syarat-syaratnya
 Kita diwajibkan untuk melaksanakan ibadah
yang wajib ini dalam apa-apa keadaan
sekalipun. Hal ini kerana ketetapan ini tidak
membebankan kita dan mampu dilakukan
oleh semua manusia
 Firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat
286:

 Maksudnya :
 Allah tidak memberati seseorang melainkan
apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat
pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia
juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya
 Islam mementingkan kemudahan dan tidak
sesekali menyusahkan umatnya dalam
mengamalkan segala ajarannya. Sebagai
contoh, solat adalah wajib dan perlu
dilaksanakan mengikut ketetapan rukun.
Walaubagaimanapun, jamak dan qasar
dibenarkan dalam solat sekiranya seseorang itu
bermusafir. Ini terbukti bahawa hukum Islam
tidak statik, sebaliknya bersifat anjal dan
fleksibel dengan memberi keutamaan kepada
keselesaan penganutnya.
 Ketetapan hukum syariah yang diwajibkan
dalam al-Qur’an dan al-Hadith seperti hukum
hudud dan qisas tidak boleh diubah-ubah
perlaksanaannya. Begitu juga hukum haram
bagi khinzir, minum arak, berjudi dan riba.
 Dalam aspek syariah pula, kita diharamkan
memakan bangkai, darah, serta daging babi
dan sebagainya yang diharamkan oleh Allah
swt. Namun begitu, jika terpaksa atau
kelaparan yang boleh menghilangkan nyawa,
maka diharuskan untuk berbuat demikian
dan tidaklah berdosa.
‫‪ Hal ini jelas digambarkan oleh Allah swt‬‬
‫‪dalam surah al-Baqarah ayat 173 iaitu :‬‬

‫يَّ َو َما ‪‬‬ ‫ز‬‫ن‬‫ْ‬ ‫خ‬


‫ِ‬ ‫م ْ‬
‫ال‬ ‫َ‬ ‫ْ‬
‫ح‬ ‫َ‬ ‫َل‬
‫و‬ ‫َ‬
‫م‬ ‫ا‬
‫د‬ ‫َال‬
‫و‬ ‫َ‬
‫ة‬ ‫َ‬
‫ت‬ ‫ْ‬
‫م‬ ‫َ‬
‫َٰ‬ ‫م ْ‬
‫ال‬ ‫ُ‬ ‫م َعلَ ْم ُ‬
‫ك‬ ‫إناََٰا َ‬
‫ح اَّ َ‬
‫ِ ِ‬ ‫ُ‬
‫ض ُ‬
‫ط اَّ َغ ْم ََّ بَاغٍ و َََّل َعا ٍد َف َل‬ ‫َُ ا ْ‬ ‫َٰ‬ ‫َ‬
‫ف‬ ‫ۖ‬ ‫ِ‬ ‫ا‬
‫َّللا‬ ‫َّ‬‫م‬‫ْ‬ ‫َ‬
‫غ‬ ‫ل‬ ‫ه‬ ‫ب‬ ‫ا‬
‫ل‬ ‫ُ‬‫أ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ ِ ِ ِ‬
‫حم ٌ‬
‫م‬ ‫ن اَ‬
‫َّللا َغ ُفَ ٌر َر ِ‬ ‫ه ۚ إِ ا‬ ‫إِ ْث َ‬
‫م َعلَ ْم ِ‬
 “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan
bagimu bangkai, darah, daging babi, dan
binatang yang (ketika disembelih) disebut
(nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam
keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia
tidak menginginkannya dan tidak (pula)
melampaui batas, maka tidak ada dosa
baginya. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
 Syariah Islam telah menetapkan pelbagai
hukum bagi mengatur dan mengawal setiap
aspek kehidupan manusia. Antaranya hukum
wajib, sunat, haram, makhruh, dan harus.
Demikian juga dalam hukum jenayah, Islam
telah menetapkan beberapa hukuman
tertentu mengikut jenis kesalahan.
Ketetapan-ketetapan ini semestinya tidak
akan berubah bersama perubahan zaman.
 Sebagai contoh, hukum halal dan haram
sesuatu perkara seperti riba, makanan haram,
dan rasuah tidak boleh sesekali diubah
keharamannya. Begitu juga hukuman
jenayah seperti hudud dan qisas tidak boleh
diubah sama ada ditambah atau dikurangkan
pelaksanaannya. Misalnya, hukuman
terhadap pencuri telah ditetapkan agar
dipotong tangannya dan penzina yang belum
berkahwin disebat dengan 100 kali sebatan.
 Perlaksaan hukuman ini tidak boleh diubah
mengikut budi bicara seseorang sama ada
dikurangkan atau ditambah kadarnya kerana ianya
juga datang secara pasti oleh Allah s.w.t. Firman-
Nya dalam surah al-Maaidah ayat 38:

 Maksudnya :
 Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan
yang mencurimaka (hukumnya) potonglah tangan
mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang
mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu
hukuman pencegah dari Allah. dan(ingatlah) Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
 Begitu juga beberapa prinsip dalam muamalat
seperti pengharaman riba, gharar (unsur-unsur
yang tidak ketentuan), kewajipan saling meredai
dalam berakad dan lain-lain. Selain itu, hukum
jenayah yang diwajibkan dalam al-Qur’an dan al-
Hadith seperti hukum hudud dan qisas tidak
boleh diubah-ubah perlaksanaannya. Begitu juga
hukum haram bagi perkaraperkara yang
dijelaskan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah seperti
khinzir, minum arak, berjudi dan riba.
 Perkara-perkara ini ditentukan secara qat’i
dan tidak mungkin berubah sampai bila-bila.
Perkara-perkara seperti inilah yang termasuk
dalam konsep al-thabat.
 Al-Murunah (anjal) pula bermaksud bahawa
selain daripada perkara-perkara pokok dan
dasar yang tidak boleh berubah, terdapat
juga perkara-perkara ranting dan cabang
yang boleh berubah mengikut kesesuaian
dengan perubahan maslahah manusia
sepanjang peredaran zaman. Hal ini
menjadikan agama Islam yang diturunkan
oleh Allah s.w.t. sentiasa sesuai dan bersifat
senang dan mudah untuk diamalkan
 Murunah ialah anjal atau fleksibel iaitu boleh
berubah mengikut kesesuaian, namun masih
tetap kepada prinsip asasnya. Dengan kata
lain, hukum boleh berubah berdasarkan
situasi semasa. Namun, hukum yang boleh
berubah, HANYALAH yang melibatkan
perkara cabang atau furuk sahaja sebagai
IHSAN atau KELONGGARAN syarak
berdasarkan situasi tempat dan keadaan.
 Sebagai contoh, Islam telah mewajibkan
solat fardhu Zohor sebanyak 4 rakaat dalam
waktu Zohor. Prinsip asasnya, iaitu Wajib
Solat Zohor, tidak berubah walau dalam apa
keadaan sekalipun sehinggalah seseorang itu
meninggal dunia.
 Namun, cabang atau furuknya boleh berubah
kerana desakan tempat @ keadaan. Islam
telah memberi KELONGGARAN atau
RUKHSAH dengan membenarkan solat
Zohor itu dipendekkan kepada 2 rakaat
(Qasar) atau dihimpunkan dengan solat Asar
dalam waktu Asar (Jamak Ta’khir) kerana
dalam musafir atau keadaan yang dibenarkan
oleh Syarak.
 Begitu juga dalam ibadah Puasa. Allah telah
mewajibkan Puasa bulan Ramdhan sebagai salah
satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan.
Prinsip asasnya adalah WAJIB kepada setiap
umat Islam. Tetapi Allah telah memberi
KELONGGARAN kepada orang yang sakit atau
dalam perjalanan berbuka puasa kerana keadaan
yang dihadapinya, TETAPI WAJIB DIGANTI
apabila dia telah sihat atau kembali daripada
musafir. Begitulah juga bagi wanita yang datang
haid dan mengandung, disyaratkan untuk
diganti semula apabila dia telah suci dan sihat.
 Ini menununjukkan bahawa Islam tidak
membebankan kepada umatnya dengan
amalan yang sukar dan berat dilaksanakan
pada sesuatu ketika dan tempat.
 Seterusnya, Allah telah meWAJIBkan umat
Islam untuk menutup aurat masing-masing.
Allah telah memberi KELONGGARAN kepada
semua umat Islam untuk mempelbagaikan
fesyen pakaian masing-masing asalkan tidak
memdedahkan aurat dan melanggar batas-
batas pakaian yang dibenarkan oleh syarak.
 Walaupun Rasulullah SAW telah lama
meninggalkan kita, tiada wahyu diturunkan
selepas itu, Tiada lagi hadis diriwayatkan....
Namun Islam tetap sesuai sepanjang masa
dan tempat. Prinsip Islam adalah mudah dan
tepat, walau apapun isunya, walaupun ia
adalah perkara baru, selagi ia tidak
bercanggah dengan prinsip asas ajaran islam,
maka ia boleh diterima dan digunapakai.
 Islam telah mewariskan para ulama' sebagai
penganti nabi dalam menentukan halal haram
sesuatu perkara berdasarkan al-Quran, Hadis,
Ijmak dan Qias dan beberapa dalil lain yang tidak
disepakati spt al-Istihsan, Masalihul Mursalah,
Al-Istishab, Saddu al-Zarai’, Qaul Sahabi, ‘Amal
Ahli Madinah, Syar’u Man Qablana dan Al-‘Uruf
Wa al-‘Adah. Melalui Ijtihad dan Fatwa para
ulama' inilah yang akan menyumbang kepada
fleksibelnya agama Islam.
 Sesungguhnya sifat Murunah yang menjadi asas
ajaran Islam ini, menyebabkan Islam sesuai
sepanjang tempat, masa dan zaman. Sesuai di
zaman Rasulullah SAW, sesuai di zaman nabi
Adam, sesuai di era zaman batu, sesuai di zaman
era penjajahan barat, sesuai di era mesin taip,
sesuai era internet dan sesuai hingga hari
qiamat. Begitulah juga, Islam sesuai di Amerika,
Afrika, sesuai di Asia, sesuai di tempat salji dan
berilklim sejuk @ gurun yang panas dan sesuai
seluruh dunia.
Konsep Murunah dari sudut:

 a) Cara dan jalan untuk mencapai matlamat


dan tujuannya.

 b) Cabang-cabang dan ranting-ranting bagi


usul-usul dan prinsip-prinsip umumnya.

 c) Urusan-urusan keduniaan, ‘uruf dan adat


masyarakat.
Kelebihan sifat Murunah:

 Ajaran Islam yang tetap tidak berubah pada


prinsip dan asasnya tetapi terdapat
kelonggaran pada cabang dan furu‟ telah
membuka ruang yang luas untuk kemajuan.
 Hakikat ini membuktikan bahawa ajaran
Islam sesuai sepanjang zaman.
Antara kelebihan bersifat murunah adalah
seperti berikut :

 i.Menunjukkan bahawa Islam bersifat


toleransi, bertolak ansur dan berhikmah.

 ii.Dapat menarik minat bukan Islam untuk


memahami dan mempelajari ajaran Islam.

 iii.Mengalakkan umat Islam melaksanakan


perintah Allah dengan sempurna
 iv.Memudahkan umat Islam melaksanakan
perintah Allah walaupun mereka berada
dalam sebarang keadaan dan situasi.

 v.Membuktikan bahawa Islam tidak


membebankan umatnya dengan amalan
yang berat dan sukar dilaksanakan.
 Konsep al-Thabat dan al-Murunah ini jelas
ditonjolkan dalam beberapa perkara ibadah.
Contoh, kewajipan menunaikan solat akan terus
kekal dalam apa-apa keadaan sekalipun, akan
tetapi terdapat kelonggaran dalam
melaksanakannya. Antaranya, seseorang yang
bermusafir boleh untuk solat secara qasar dan
jamak. Begitu juga jika tidak mampu berdiri,
dibenarkan untuk duduk, baring mengiring atau
terlentang dan sebagainya.
 Thabat dari sudut matlamat, aqidah, prinsip²
dan nilai-nilainya dan Murunah dari sudut
huraian, perincian, pengecualian dan
perlaksanaan terhadap matlamat, prinsip dan
nilai² yang tetap tadi, begitu juga dalam soal²
keduniaan, adat dan kebiasaan hidup.
 Dengan adanya ciri-ciri Thabat, maka Islam
akan terus kekal kukuh dan teguh di
sepanjang zaman. Ajaran, pegangan dan
prinsip² Islam tidak pernah goyah dan
terumbang-ambing menghadapi apa sahaja
suasana dan cabaran zaman.
 Pada masa yang sama, ciri² murunah dan
tatawwur pula menjadikan Islam sebuah
agama yang dinamik dan berdaya maju. Ciri
ini mengelakkan Islam dari bersifat jumud
dan beku. Dengan itu Islam merupakan
agama yang sesuai dan valid dengan
kehidupan manusia yang sentiasa berubah
dan meningkat dari masa ke masa.
Prinsip Murunah

 a) Islam agama yang mudah


 Allah s.w.t Maha Mengetahui kemampuan
dan keupayaan setiap hamba-Nya dalam
melaksanakan seiap perintah yang telah
diamanahkan. Oleh itu, Islam telah
menetapkan sesuatu hukum yang
bersesuaian dengan kemampuan manusia.
Contohnya, dalam pelaksanaan hukum wajib
telah ditetapkan pada tahap minimum yang
mampu dilakukan oleh manusia.

 Islam memberi kelonggaran dan kemudahan
kepada umatnya untuk melaksanakan setiap
perintah Allah s.w.t. Namun begitu, kelonggaran
tersebut mestilah mengikut batas-batas yang
telah ditetapkan. Sebagai contoh, kewajipan
menutup aurat. Seseorang itu wajib menutup
auratnya namun Islam memberi kemudahan
kepada umatnya untuk mempelbagaikan fesyen
asalkan tidak terkeluar dari batas yang
ditetapkan
 Begitu jugalah Rasulullah s.a.w dalam
menyampaikan dakwahnya pada peringkat
permulaan. Baginda tidak terus mewajibkan
sesuatu, bahkan menyampaikan dakwahnya
secara berhikmah, toleransi, bertolak-ansur,
dan memahami sesuatu keadaan.
 Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nur ayat 31
iaitu:
 Maksudnya :
 Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan
leherbajunya dengan tudung kepala mereka…
 Islam tidak membebankan pengikutnya
untuk melaksanakan sesuatu yang berat dan
sukar. Contohnya, ibadah puasa dalam bulan
Ramadhan hanya dilakukan pada siang hari
sahaja dan diharuskan meninggalkannya
disebabkan keuzuran. Begitu juga jika dilihat
dalam kewajipan melaksanakan ibadah haji,
hanya diwajibkan sekali seumur hidup dan
kepada mereka yang berkemampuan sahaja
b) Dilaksanakan mengikut keadaan dan
kemampuan
 Islam amat prihatin terhadap kemampuan
pengikutnya dalam melaksanakan setiap
perintah. Oleh sebab itu, Islam memberi
kelonggaran kepada umatnya untuk
melaksanakan ibadah wajib seperti solat,
puasa, haji dan zakat mengikut kemampuan
dan keadaan mereka
 Ibadah solat lima waktu tetap wajib
dilaksanakan walaupun seseorang itu sakit,
musafir dan tiada air untuk berwuduk.
Namun begitu, Islam memberi kelonggaran
dalam melaksanakannya. Contohnya, jika
tidak mampu berdiri dibolehkan untuk solat
dalam keadaan duduk, dibolehkan solat
jamak dan qasar ketika bermusafir serta
dibolehkan bertayamum semasa ketiadaan
air untuk berwuduk.
 Demikian jugalah denagn ibadah puasa yang
boleh ditinggalkan sekiranya keuzuran dan
perlu diganti pada hari yang lain. Semua ini
jelas dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam
firman-firman- Nya. Contohnya dalam surah
Surah Nisa‟ ayat 43:

 Maksudnya :

 ….Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam
musafir, atau salah seorang di antara kamu
datang dari tempat buang air, atau kamu
bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu
tidak mendapat air (untuk mandi atau
berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum
dengan tanah - debu, yang suci, Iaitu sapukanlah
ke muka kamu dan k
 edua tangan kamu….
surah al-Baqarah ayat 184 :
 Maksudnya :
 (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang
tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau
dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia
berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari
yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya
berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah
;iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang
dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari
yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan
baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik
bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu
mengetahui
 Islam juga menggalakkan umatnya bekerja
dengan bersungguh-sungguh dan
mengumpul sebanyak manapun harta
kekayaan. Namun begitu, dalam melakukan
perkara tersebut, perintah Allah s.w.t
janganlah sesekali ditinggalkan.
Perkaitan antara ketetapan dan
fleksibel
 Allah s.w.t Maha Mengetahui akan kekuatan
dan kelemahan manusia. Oleh itu, Dia tidak
menetapkan sesuatu yang tidak mampu
dilakukan oleh hamba-Nya. Justifikasinya,
ajaran Islam yang diturunkan kepada
manusia mampu untuk dilaksanakan.
 Allah telah menetapkan bahawa prinsip dan
asas ajaran Islam itu tetap tidak berubah
untuk menjamin kemuliaan Islam dan
mengatur kehidupan manusia.
 Manakala terdapat kelonggaran pada cabang
dan furu‟ untuk memudahkan umat Islam
 melaksanakan perintah Allah serta
memastikan kesinambungan Islam dan
ajarannya.
 Islam telah menetapkan asas kepada setiap
perkara di dunia ini. Asas ini tetap dan akan tidak
berubah selama-lamanya. Namun begitu,
terserahlah lepada manusia untuk
melaksanakannya mengikut garis panduan yang
telah diberikan. Sebagai contoh, Islam
menghalalkan umatnya untuk berjual beli
namun diharamkan menindas serta
mengamalkan riba. Islam juga membuka
peluang untuk manusia menuntut ilmu namun
diharamkan menyalahgunakan ilmu-ilmu
tersebut.
 Segala sesuatu yang berkaitan dengan perkara
akidah Islam tidak pernah diubah dan dipinda
merupakan ciri-ciri al- Thabat. Hal ini menunjukkan
bahawa Allah ialah tuhan yang sama yang disembah
sejak zaman Nabi Adam sehinggalah zaman Nabi
Muhammad, kini dan selama-lamanya. Hal ini secara
jelas membuktikan bahawa Allah ialah tuhan yang
Esa, tidak akan berubah dan diganti. Bermula
dengan sifat Allah yang thabat tersebut, maka
lahirlah perintah-perintah beribadah kepada
manusia yang disampaikan oleh Nabi Muhammad
s.a.w yang menjadi pelengkap kepada kehidupan
beragama.
 Oleh itu, maka jelaslah sifat al- thabat dan al-
murunah ini membuktikan bahawa ajaran
Islam sesuai dengan fitrah manusia. Selain
itu, ianya juga sentiasa sesuai sepanjang
zaman sejak dulu, kini, dan selamanya
Kesimpulan

 Ciri al- Thabat dan al-Murunah melengkapkan


lagi perundangan Islam seterusnya menjadi
panduan kepada seluruh umat manusia.
Selain itu, ciri-ciri ini juga menjadikan
perundangan Islam satu perundangan yang
istimewa serta tidak mampu ditandingi oleh
mana-mana undang-undang yang datang
sebelum mahupun selepasnya
 Melalui ciri ini, kita dapat lihat bahawa ajaran
Islam bukanlah sesuatu yang sukar
sepertimana yang didakwa oleh sesetengah
golongan, bahkan ianya amat memudahkan
umatnya terutama dalam kaedah untuk
beribadah kepada Allah s.w.t. Seorang
muslim tidak perlu bimbang sekiranya
ketiadaan air untuk bersolat. Hal ini demikian
kerana tayamum boleh menggantikan wuduk
 Selain itu, al- Thabat dan al- Murunah
memastikan kesucian dan kemuliaan ajaran
Islam terus terjamin. Contohnya, seorang
muslim tidak boleh sewenang-wenangnya
melafazkan murtad sesuka hatinya kerana ianya
dilarang oleh Allah s.w.t. Namun begitu, tidak
mengapa jika diugut sehingga boleh membawa
kepada kehilangan nyawa sedangkan hatinnya
tetap kepada Allah s.w.t. Demikian jugalah
dalam perkara-perkara yang lain
 Akhirnya, kehadiran ciri al- Thabat dan al-
Murunah ini menjadikan ajaran Islam sesuai
sepanjang zaman sejak dahulu, kini, dan
selamanya. Kita seharusnya sentiasa
bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah
s.w.t. untuk bergelar seorang muslim kerana
Islam ialah satu-satunya agama yang diredhai
oleh Allah s.w.t
Rujukan :

 1. Ust Shihabuddin Muheimin


 2. Abdul Rahim Abdullah
 3. Haron Din. 1992. Ciri-ciri al-Thabat wa al-
Murunah. Kuala Lumpur : PTS Millennia Sdn.
Bhd
 Irwan Muhammad Sabri. 2012. Al-Ahk am wa
al-Fat awa al-Syar’iah baina al -Thabat wa al-
Taghyir . Negeri Sembilan : Penerbit
Universiti Sains Islam Malaysia.
 Muhammad Fuad Muhammad Suwari. 2009.
Dirasat al-Fiqh al-Islami.International Islamic
University Malaysia : IIUM Pres

Vous aimerez peut-être aussi