Vous êtes sur la page 1sur 39

*

Asas aqidah Islamiah


* Definisi dan Dalil Aqidah

* Akidah berasal daripada perkataan Arab. Dari segi


terminologi, aqidah itu merujuk kepada :

* Perkataan Akidah adalah berasal daripada kata kerja, ‘Aqada


yang bermaksud simpulan atau ikatan (Abd. Latif Muda &
Rosmawati Ali ; 1998).
*
* Ia juga sering dikaitkan dengan jual beli, contohnya: ‘Aqada
al-Bay‘ yang bermaksud melakukan ikatan kontrak jual beli
(Ahmad Mohd Salleh & Mohd Farid Hafidz Ahmad ; 2008).
* Ia pernah juga dikaitkan dengan perjanjian,
contohnya: ‘Aqada al-‘Ahd bermaksud mengeratkan
ikatan perjanjian (Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali.
;1998).
* Al-Quran kerap menggunakan perkataan ini dengan
maksud-maksud di atas, seperti firman Allah SWT:
Maksudnya :
* “….. dan mana-mana orang Yang kamu telah
membuat ikatan setia Dengan mereka (untuk bantu-
membantu dalam masa kecemasan dan
kesusahan)…..”
* (Surah al-Nisa’ : ayat 33)
* Perkataan akidah tidak terdapat secara langsung
penggunaannya di dalam al-Qur’an. Walau
bagaimanapun, terdapat tujuh perkataan yang
berakarkan perkataan “aqada” yang bererti simpulan
tali, perjanjian dan lain-lain yang digunakan di
dalam al-Quran.
* Sebaliknya, al-Quran lebih popular menggunakan
perkataan iman baik dalam bentuk kata nama iman
dan juga kata kerja (kata nama iman ada 45 tempat,
manakala kata kerja terdapat lebih dari 515 kali)
* Oleh itu, perkataan akidah selalunya dikaitkan
dengan perkataan iman seperti “aqaidul iman” yang
bermaksud simpulan-simpulan iman atau
kepercayaan.
* Akidah menurut pengertian istilah pula ditakrifkan
dengan pelbagai maksud, antaranya ialah:

* Ibn Taimiyah (m. 1263M) mentakrifkan akidah ialah


perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi
tenang kepadanya, beroleh keyakinan di kalangan
ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang
keraguan.
* Takrif ini membawa erti akidah yang berbeza dengan
syariat. Di mana syariat merupakan bebanan kewajipan
yang mesti dilakukan dalam bentuk praktikal. Manakala
akidah merupakan amalan hati yang berbentuk
keyakinan.
* Untuk itu, akidah bukan amalan yang berbentuk
praktikal, ia hanyalah naluri yang bersifat keyakinan
yang wajib ke atas setiap muslim memilikinya.
Manakala syariat merangkumi ibadat dan muamalat.
* Namun begitu kedua-dua ini tidak dapat dipisahkan
kerana Islam itu ialah akidah dan syariat.
* Pengertian menurut al-Firuz Abadi (1329-1415M),
akidah ialah sesuatu yang diikat dan disimpul di
dalam hati dan jiwa serta apa yang dipegang oleh
seseorang sebagai agama dengan pegangan benar dan
selamat daripada sebarang keraguan.

* Daripada takrif ini, akidah merupakan satu pegangan


yang berbentuk keagamaan. Pegangan ini mestilah
pegangan yang benar dan tidak menyeleweng.
Sesuatu yang sebati dalam hati dan jiwa merupakan
akidah atau pegangan agama seseorang.
* Menurut Imam al-Ghazali (1058-1111M), akidah ialah
berpegang dan membenarkan dalam hati secara yakin
dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.
*
* Daripada takrif yang dikemukakan ini, jelaslah kepada
kita bahawa akidah itu mestilah bersumberkan dalil
yang pasti dan meyakinkan. Ianya datang daripada Allah
SWT dan atas dasar inilah terangkum di dalamnya
beberapa persoalan akidah yang wajib diimani oleh
setiap muslim.
* Kepercayaan kepada Allah SWT merupakan pokok yang
menjadi asas di dalam akidah Islamiyyah. Bertolak
daripada asas inilah lahirnya kepercayaan kepada Rasul-
rasul, Kitab-kitab, para Malaikat, hari Akhirat serta
Qada’ dan Qadar.
* Aqidah Dari segi istilah,
* Apabila akidah diangkat menjadi istilah khusus atau
teknikal, maka ia secara umumnya merujuk kepada
kepercayaan dan keyakinan yang cukup pasti terhadap
sesuatu, tanpa sebarang syak dan keraguan (Zakaria
Stapa ; 2001).
* Oleh itu, dalam perspektif Islam, istilah akidah dalam
konteks teknikal ini tidak cukup untuk menjadi boleh
diterima sekiranya ia sekadar hanya terungkap dalam
pengisytiharan lisan semata-mata, kerana dalam
kehidupan biasa ramai orang mengisytiharkan secara
lisan bahawa mereka beriman, sedangkan dalam hati
mereka tidak pun wujud walau sekelumit iman.
* Maksudnya :

* “Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami


telah beriman kepada Allah SWT dan kepada hari
akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
Mereka hendak memperdayakan Allah SWT dan
orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya
memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak
menyedarinya.”
* (Surah al-Baqarah : ayat 8-9)
*Menurut Hasan Albanna ;1983.
*Akidah ialah hal-hal yang berhubungan
dengan kepercayaan dan keyakinan di
dalam hati sehingga hati dan jiwa itu
menjadi tenteram tidak ragu dan tidak
bimbang, bersih dan murni dari segala
was-was syak wasangka, suatu keyakinan
yang kuat dan teguh menghayati seluruh
aspek kehidupan dan amal ibadah
kepada satu Zat yang Maha Kuasa (
*Syeikh Abdul Aziz al-Bazz :
*mentakrifkan akidah yang sahih
ialah segala perkataan dan
perbuatan yang dilakukan oleh
seseorang Islam sesuai dengan
dalil syarak serta berdasarkan
kepada al-Quran dan hadis. Ia
diterima oleh Allah SWT dan juga
merupakan kemuncak dan asas
pegangan hidup seorang Muslim.
* Dalil Berpegang Kepada Aqidah yang Benar
* Maksudnya :
* “Dan mereka bersumpah dengan nama Allah SWT
dengan sekuat-kuat sumpah; Sesungguhnya jika
datang kepada mereka seorang pemberi peringatan,
nescaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari
salah satu umat-umat (yang lain). ketika datang
kepada mereka pemberi peringatan, Maka
kedatangannya itu tidak menambah kepada
mereka, kecuali jauhnya mereka dari (kebenaran)”.
*
(surah Fatiir : ayat 42)
* Berdasarkan pengertian yang diberikan di atas,
aqidah itu terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

* Tauhid Rububiyyah
* Tauhid Uluhiyyah
* Tauhid al-Asma’ Wassifat
*
* Tauhid Rububiyyah

* Tauhid Rubbubiyah bermaksud hanya Allah SWT


sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah,
memberi rezeki dan seumpamanya). Iaitu
mengesakan Allah SWT dari sudut perbuatannya.
Membawa maksud manusia tidak boleh menganggap
atau merasakan yang lain sebagai rabb atau
bersama-sama Allah SWT menjadi Rabb. Dialah yang
mencipta, menghidup dan mematikan serta segala
kekuasaan berada padaNya.
Maksudnya :
* ”Dan jika Allah SWT mengenakan (menimpa) engkau
dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun
yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri,
dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau
dengan kebaikan, maka Dialah Amat Berkuasa atas
tiap-tiap sesuatu ”.
*
(surah al-An’am ayat 17)
* Tauhid Uluhiyyah
*
* Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang Islam yang beriman
dengan keimanan yang sebenar, dia hanya mengambil Allah
SWT sebagai IIlah. Dia tidak meletakkan Allah SWT
bersama-sama yang lain sebagai Illah. Allah SWT sahaja
sebagai pujaan dan Dia sahaja yang layak disembah.

* Maksud Illah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah.


Segala ibadat. seperti solat, puasa dan zakat, semuanya
dilakukan oleh hambaNya yang hanya ikhlas kerana Allah
SWT semata-mata dan kita tidak boleh mengabdikan diri
atau sujud kepada selain daripada Allah SWT.
*
* Tauhid Asma’ Wassifat
Tauhid Asma’ Wassifat membawa maksud mengesakan Allah SWT dari sudut
segala namaNya dan sifatNya. Hanya Allah SWT yang layak bersifat dan
memilih sifat kesempurnaan. Untuk itu kita wajib dan diwajibkan
mempercayai dan beriman dengan segala nama dan segala sifat Allah SWT
sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran.

Firman Allah SWT ;


Maksudnya: *
”(Dia) Pencipta langit dan bumi. dia menjadikan bagi kamu dari jenis
kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan
- pasangan (itu pula), dijadikanNya kamu berkembang biak dengan jalan
itu. tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha
Mendengar dan Maha Melihat” .
*
Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa keyakinan dan
keimanan kepada Allah SWT bermaksud :

* Membenarkan dengan yakin akan wujudNya Allah SWT,


* Membenarkan dengan yakin akan keesaan Allah SWT, baik
dalam perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk
seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap
makhlukNya,
* Membenarkan dengan yakin bahawa Allah SWT bersifat
dengan segala sifat kesempurnaan, suci daripada segala
kekurangan dan suci juga daripada menyerupai segala yang
baharu.
* Membenarkan dengan penuh keyakinan dan keinsafan yang
perlu diinterpretasi dan dibuktikan melalui amalan dan
perbuatan harian makhlukNya sama ada dari segi
perbuatan, perkataan dan juga hati sanubari.
* Syahadah
yahādah ( ,)‫الشهادة‬atau ucapan kepercayaan, adalah
pernyataan kepercayaan dalam keEsaan Tuhan (Allah)
dan Nabi Muhammad sebagai RasulNya. Mengucap dua
kalimah syahadah merupakan rukun pertama di
dalam Rukun Islam. Apabila diucapkankan, seseorang itu
secara rasmi dianggap mengisytiharkan dirinya sebagai
penganut baru agamaIslam. Mengucapkan Kalimah
merupakan satu amalan kebaikan paling besar disisi Allah,
dan tidak mengucapkannya merupakan kemunkaran paling
besar disisi Allah. Segala dosa akan diampunkan olah Allah
bagi yang mengucapkannya dan bermula dia mengakui Allah
sebagai tuhan untuk ditaati dan mengikut cara yang
diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
* Teks bahasa Arab:
* ‫ال إله إال هللا محمد رسول هللا‬
* Transliterasi:
* LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
* Terjemahan ke bahasa Melayu
* Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh
Allah.
* Pengucapan Syahādah perlu dilakukan dengan
jelas, selain pengucap perlu mengucapnya secara
jujur dan ikhlas dalam bahasa Arab, pengucapan
perlu dilakukan di hadapan dua orang saksi
Muslim.
* Biasanya frasa ' ‫أشهد أن‬ašhadu 'an = "Saya bersaksi
bahawa" ditambahkan di awal kedua-dua
Syahadah.
Bagi seseorang yang belum Islam mengucapkannya beserta
kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan
nyawa seperti orang Islam.
* Syarat bagi sahnya syahadah adalah:
* Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
* Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-
turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
* Mamahami makna kedua-duanya mengikut bahasa yang
difahami.
* Mentaati perintah Allah dengan cara diamalkan Nabi
Muhammad saw.
* Menggunakan perkataan "asyhadu" ( )ُ‫ﺃَﺷْﻬَﺪ‬pada keduanya.
* Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.
* Menunaikan Hak Syahadah
* Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib
baginya menunaikan Hak Kalimah Syahadah. Hak
kalimah adalah 'amar maaruf nahi munkar' mengajak
kebaikan dan mencegah kemunkaran iaitu untuk
disampaikan kepada mereka yang belum mengucapkan
kalimah (orang belum Islam) dengan mengajak mereka
mengucapkan kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan
selain Allah, dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah
dan sesama orang Islam diingatkan tentang maksud
Kalimah dan diajak taat segala perintah Allah dalam
setiap aktiviti sehariannya khususnya
dalam Dakwah dan Solat.
* Syahadah juga merupakan Rukun Pertama Islam yang
diamalkan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para
sahabat di Mekah sebelum datang perintah atau Rukun
Islam kedua iaitu Solat.
* Setiap insan yang lahir samada dari azalinya memang
beragama Islam secara keseluruhannya (Kaffah), yakni
kelahirannya dalam keluarga yang ibu bapanya
mengamalkan syariat Islam ataupun bagi mereka yang
asalnya datang dari keluarga bukan Islam, lalu
memeluk Islam samada keseluruhan ataupun dirinya
sendiri, perlu menunaikan hak-hak Islam dengan
sempurna serta ia akan dipertanggungjawabkan dalam
saksinya itu (syahadah) yang dilafazkan sepanjang
tempoh kehidupannya.
* RUKUN SYAHADAH
* Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4,
iaitu:
* 1. Menetapkan zat Allah
2. Mengakui zat dan sifat Allah adalah paling
sempurna
3. Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan
Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan
makhluk
4. Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang
dibawa Rasulullah SAW sahaja yang benar
* SYARAT SYAHADAH
* 1. Menyebut atau mengucapkan kalimah
Syahadah (diucapkan dengan lidah)
2. Meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu
meyakini hak-hak Allah dan Rasul
3. Jangan ada di dalamnya syak, zann dan waham
(50 – 50 percaya, 70 – percaya dan 30 tidak atau 70
– tidak percaya dan 30 percaya)
4. Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak
segala sesuatu yang merosakkan syahadah
* IMPLIKASI SYAHADAH YANG SEBENAR
* 1. Kesan Dunia – Memberi kebahagiaan
sepanjang hidup dan tidak akan tersesat
2. Kesan Akhirat – Akan membawa syahadah
bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya
kalimah tersebut di alam barzakh sehingga ke
padang Mahsyar.
3. Menentukan kebahagiaan kehidupan di
akhirat
10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
* 1. Menyekutukan Allah dengan segala sesuatu
2. Bertawakal kepada makhluk (bergantung nasib kepada
makhluk, sedangkan konsep sebenarnya hanya boleh
bergantung kepada Allah taala sahaja)
3. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya
dan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata
kufurnya
4. Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia
lebih baik daripada sistem Islam
5. Mencaci Nabi dan Sunnahnya
6. Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan
7. Menenung nasib dan bermain sihir
8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam
9. Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-
apa
10. Menolak sebahagian daripada al-Quran dan menerima
sebahagian al-Quran
* Rukun Iman
* Rukun Iman ada enam (6) perkara :
* (1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
* 1 ) BERIMAN KEPADA ALLAH SWT
* Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman
yang pertama, yang menjadi dasar keimanan
seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t beerti
wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha
Berkuasa, Maha Mencipat dan Maha Mengetahui
segala apa yang ada di langit, di udara, di muka
bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni
tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai
oleh sesuatu.
* Seperti firman-Nya yang bermaksud :
* "Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu
satu. Allah tempat segala makhluk bergantung.
Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
Dan tidak sesiapapun yang setara atau seumpama
dengan Allah."
*
*2) BERIMAN KEPADA MALAIKAT
*Beriman kepada malaikat beerti wajib bagi
setiap orang Islam mengetahui bahawa
malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t
jadikan daripada cahaya dan boleh berupa
berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat
manusia.

*Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t


dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah
terlalu banyak dan kita sebagai umat Islam
wajib mengetahui 10 daripadanya.
Nama MalaikatTugasnya
*Jibril- Menyampaikan wahyu
*Raqib - Mencatat amalan keburukan
*Atib - Mencatat amalan kebaikan
*Izrail - Mengambil nyawa
*Mikail - Menurunkan rezeki
*Israfil - Meniup sangkakala
*Mungkar - Menyoal orang mati
*Nankir - Menyoal orang mati
*Malik - Menjaga neraka
*Ridzuan - Menjaga syurga
* 3) BERIMAN KEPADA RASUL
* Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun
Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin
dan percaya bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan
para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi
menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan
kebahagian di dunia dan di akhirat. Jumlah Nabi dan
Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang.
* 4) BERIMAN KEPADA KITAB
* Beriman kepada kitab Allah bererti kita wajib
beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya
bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunya
beberapa kitab suci yang merupakan firman
Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui
wahyu yang disampaikan melalui perantaraan
malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s
sehinnga kepada Nabi Muhammad s.a.w,
jumlah kitab suci yang diturunkan adalah
sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah
kitab suci.
* Senarai kitab dan penerimanya :
* Taurat - Nabi Musa a.s
* Zabur - Nabi Daud a.s
* Injil - Nabi Isa a.s
* Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w
Nabi-nabi yang menerima suhuf :
* Nabi Syits - 50 suhuf
* Nabi Idris - 30 suhuf
* nabi Ibrahim - 10 suhuf
* Nabi Musa - 10 suhuf
* Al-Quran merupakan penutup segala kitab.
Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak
akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran.
* 5) BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
* Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad
dan meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau
hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua
manusia akan dibangunkan kembali di padang Mahsyar
untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal
perbuatan mereka semasa mereka hidup di muka bumi
Allah s.w.t ini.
* Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat :
* Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
* Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
* Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
* pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
* Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi
kebanggaan.
* Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan
gedung tinggi mencakar langit.
* Banyak berlaku gerak gempa.
Tanda-tanda besar :
* Keluar dajjal merosakkan agama.
* Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard
merosakkan manusia.
* Keluar Yakjuj dan Makjuj.
* Hilangnya al-Quran dari mashafnya.
* Terbit matahari dari sebelah barat.
6) BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR
* Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya
kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya
bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya
ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.
* Erti Qadar :
* Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai
denag batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak
azali lagi sama ada yang baik atau buruk.
* Qadar ada dua jenis iaitu :
* Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
* Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.
* Erti Qada :
* Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah
ditetapkan sejak azali lagi.
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

* Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan yang


lain serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain
selain daripada Allah s.w.t seperti menyembah berhala.
* Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak
nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t ataupun ciptaan
Allah s.w.t.
* Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalam
keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
* Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang
haram dan mengharamkan yang halal.
* Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis. Yakni tidak
mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun
ingkar terhadap perintah Allah s.w.t dan menafikan
kebenaran.
*

Vous aimerez peut-être aussi