Vous êtes sur la page 1sur 38

• Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu

mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang


dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya
yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut.
• Proses seumur hidup.
• Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi,
bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan
diri. Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar.
• Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan
sosial.
• Melalui sosialisasi seseorang belajar isi kandung
kebudayaannya dan ianya dapat dipindahkan daripada
satu generasi kepada generasi yang lain.
• Satu konsep umum yang dimaknakan sebagai
sebuah proses di mana kita belajar melalui
interaksi dengan orang lain, cara berfikir
tentang sesuatu, merasai, dan bertindak
kerananya.
• Merupakan hal-hal yang sangat penting dalam
menghasilkan interaksi sosial yang efektif.
• Merupakan proses yang terus terjadi selama
hidup kita.
• Pada dasarnya, sosialisasi memberikan dua asas
pemikiran bagi kehidupan kita.
• Pertama, memberikan dasar kepada individu bagi
terciptanya kebersamaan yang efektif dalam
masyarakat
• Kedua memungkinkan penerusan suatu masyarakat –
kerana tanpa sosialisasi akan hanya ada satu generasi
saja sehingga kelestarian masyarakat akan terganggu.
• Supaya dua perkara tersebut dapat berterusan
maka ada beberapa kondisi yang patut wujud
untuk terjadinya proses sosialisasi.
• Pertama adanya warisan biologikal
• Kedua, adanya warisan sosial.
• Mengajar asas – asas kehidupan dalam
masyarakat
• Menanamkan aspirasi – aspirasi kehidupan
dalam masyarakat,
• Menanamkan aspirasi – aspirasi masyarakat
• Mengajar untuk memenuhi peranan –
peranan sosial.
• Lahir daripada proses interaksi antara masyarakat .
• Dipelajari melalui pemerhatian dan juga interaksi sosial.
• Sering berubah seiring dengan perubahan yang berlaku
dalam sesuatu masyarakat.
• Perlakuan sosial yang tidak selari dengan norma sosial
dipanggil lencongan.
• Sikap berterima kasih kepada kedua ibu bapa yang
telah mendidik dan berkorban dalam mendewasakan
kita dianggap sebagai norma, sedangkan
penderhakaan terhadap mereka dikatakan lencongan.
• Bermaksud cara-cara yang digunakan oleh masyarakat
bagi mempengaruhi tingkah laku anggotanya supaya
ahli-ahlinya menghargai nilai-nilai dan mematuhinya.
• Ada dua bentuk kawalan sosial iaitu kawalan positif dan
kawalan negatif.
• Kawalan sosial positif boleh berbentuk pemberian
ganjaran ,hadiah dan pujian.
• Kawalan sosial negatif pula merupakan hukuman dan
dendaan .
• Kedua-dua jenis kawalan ini boleh lahir dengan cara
formal dan juga tidak formal.
• Kawalan sosial secara formal berlaku secara
perundangan, peraturan penguatkuasaan pasukan
polis dan kehakiman merupakan badan yang
mendidik masyarakat supaya akur kepada norma-
norma sosial.
• Crosbie (1975 ) berpendapat kawalan sosial tidak
formal terbahagi kepada empat jenis iaitu:
• Ganjaran sosial seperti kenaikan pangkat
• Hukuman atau kritikan
• Pujukan
• Norma yang ditakrif oleh individu yang berstatus tinggi.
• Contohnya kanak-kanak berumur 10 tahun diajar asas
berbudi bahasa dan bersalaman engan orang dewasa
yang ditemuinya. Kanak-kanak ini menerima pujian
kerana bertingkah laku sopan . Ini merupakan contoh
kawalan sosial yang positif berbanding dengan
perlakuan tidak mahu bersalam dengan tetamu atau
orang yang lebih dewasa sehingga menyebabkan ibu
bapa malu lalu merotannya ketika pulang ke rumah.
Setelah kejadian itu barulah kanak-kanak tersebut
akan bersalaman dalam situasi yang diberitahu oleh
ibunya. Kawalan sosial ini dinamakan kawalan sosial
negatif. Mereka terpaksa dipaksa dan dirotan barulah
mereka hendak melakukannya.
Keluarga

• Agen sosialisasi yang banyak mempengaruhi


perkembangan kanak-kanak.
• Ibu bapa yang bersifat laissez-faire atau terlalu
berlembut dengan anak serta cepat melayani segala
permintaan mereka akan mendapati bahawa anak-anak
itu akan membesar menjadi individu yang kurang
bertanggung jawab, terlalu bergantung kepada orang
lain, kurang berikhtiar dan kurang menghormati orang-
orang tua.
• Bagi ibu bapa yang garang dan autokratik, anak-anak
membesar menjadi individu yang patuh, pasif, takut
memberi pandangan dan kurang berinisiatif.
• Keluarga yang bersifat demokratik, iaitu di mana ibu bapa
sentiasa berbincang secara terbuka, melibatkan anak
dalam membuat keputusan seperti menentukan tempat
peranginan yang hendak dikunjungi serta menerangkan
sebab-sebab mengapa anak-anak dihukum akan berjaya
membentuk individu yang lebih tinggi keyakinan dirinya.
• Kedudukan anak-anak dalam keluarga pula dianggap
sebagai agen bertindak sosialisasi yang pasif.
• Anak sulung dalam keluarga boleh mempengaruhi interaksi
dengan saudaranya yang lain dan juga interaksinya
dengan ibu bapanya. Interaksi di kalangan ahli keluarga ini
menjadi sebahagian daripada pengalaman sosialisasinya.
Sekolah

• Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya


dengan masyarakat menjadi bertambah luas.
• Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar
sosialisasi secara formal yang ditentukan oleh
kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum
tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri
dalam suasana baru sekolah seperti beratur
mengikut giliran, mengikut peraturan,
bekerjasama dengan orang lain dan bersaing
dalam aktiviti-aktiviti sekolah.
• Guru-guru memainkan peranan yang penting
selepas ibu bapa dalam perkembangan moral
kanak-kanak.
• Cara pentadbiran sekolah, persekitaran
sekolah, personaliti dan pergaulan guru besar
dan guru lain, termasuk kaki tangan sekolah,
mempunyai pengaruh terhadap perkembangan
moral kanak-kanak di sekolah.
Rakan Sebaya

• Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling


efektif berbanding dengan sosialisasi melalui keluarga
mereka kerana sosialisasi rakan sebaya berlaku secara
tidak formal dan tidak sengaja.
• Kumpulan rakan sebaya adalah kumpulan yang
mengandungi individu yang biasanya mempunyai umur
dan taraf yang hampir sama.
• Kumpulan rakan sebaya boleh jadi kumpulan bermain
kanak-kanak, satu geng, atau satu ‘clique’.
• Aktiviti kumpulan rakan sebaya adalah berbentuk
sukarela, ahlinya terdiri daripada yang sama taraf dan
dipilih berdasarkan suka sama suka.
• Dalam kumpulan rakan sebaya mereka suka tanpa
diganggu oleh pihak yang lebih berkuasa seperti ibu bapa
atau sekolah.
• Mereka belajar berdikari dan membentuk peraturan, nilai
dan norma kumpulan tersendiri.
• Kumpulan rakan sebaya, terutama peringkat remaja,
mempunyai pengaruh kuat ke atas tingkah laku individu.
• Kesan buruk rakan sebaya boleh berlaku apabila ahli
kumpulan dikehendaki menolak nilai-nilai ibu bapa dan
masyarakat, dan mengikut nilai norma kumpulannya.
• Pada peringkat remaja ahli kumpulan rakan sebaya
biasanya mempunyai sub-budaya tertentu, mereka
mempunyai cara bercakap, jenis-jenis pakaian, muzik, nilai
dan norma kumpulan rakan sebayanya.
Agama

• Agama didapati mempunyai hubungan dengan


perlakuan moral.
• Ramai berpendapat agama adalah penting untuk
mencapai perlakuan moral yang baik.
• Adalah didapati kanak-kanak yang menghadiri
kelas-kelas agama lebih jujur daripada kanak-
kanak yang tidak menghadiri kelas agama.
• Ramai berpendapat kanak-kanak menggunakan
ajaran agama sebagai petunjuk dalam proses
perkembangan moral mereka.
• Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana
orang-orang yang percayakan agama tidak
menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi dalam
perlakuan mereka seharian kerana tidak ada keimanan
di dalam diri mereka.
• Sekiranya kanak-kanak ini diberi didikan agama yang
kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka
tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan
moral manusia malahan agama itulah yang akan
membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam
agama itu ada cara dan kaedah untuk membentuk
akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada
Tuhan seperti yang terkandung di dalam agama Islam.
Media Massa

• Mempunyai pengaruh sosialisasi sama kuatnya seperti


pengaruh rakan sebaya dan sekolah.
• Merangkumi surat khabar, majalah, radio dan terutama
televisyen boleh meninggalkan kesan yang negatif dan
positif ke atas sosialisasi seseorang.
• Pengaruh baik atau buruk yang diterima oleh kanak-
kanak melalui media massa bergantung kepada apakah
bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka.
• Ibu bapa dan guru bertanggungjawab untuk mendidik
kanak-kanak supaya mereka tahu memilih apakah
rancangan televisyen dan bahan-bahan bacaan yang
baik dan sesuai untuk mereka.
Sosial
• Sosial atau so'''sial ? Mana satu yg menjadi
sebutan anda. Bila difikirkan, kemungkinan ramai
yang menyalahgunakan maksud sosial.
Sebenarnya, menurut Dewan Bahasa dan Pustaka,
sosial bermaksud pergaulan dalam masyarakat.
Percampuran dalam masyarakat. Oleh sebab
datuk nenek moyang kita telah bersosial dengan
cara perkahwinan, maka lahir kita yang pelbagai
rupa dan perangai.
Sosiologi
• sosiologi adalah ilmu yang mempelajari
kehidupan dan perilaku, terutama dalam
kaitannya dengan suatu sistem sosial dan
bagaimana sistem tersebut memengaruhi orang
dan bagaimana pula orang yang terlibat
didalamnya memengaruhi sistem tersebut.
Sosialisasi
• Pengertian sosialisasi secara umum dapat
diertikan sebagai proses belajar individu untuk
mengenal dan menghayati norma-norma serta
nilai-nilai sosial sehingga terjadi pembentukan
sikap untuk berperilaku sesuai dengan tuntutan
atau perilaku masyarakatnya. Sosialisasi ialah
proses mempelajari kebiasaan dan tata
kelakuan untuk menjadi suatu bagian dari suatu
masyarakat.
Sains sosial
• Sains sosial ialah salah satu disiplin ilmu yang mengkaji
aspek kemanusiaan sedunia. Ia berbeza daripada
kesenian dan kemanusiaan. Sains sosial adalah lebih
terfokus kepada penggunaan kaedah saintifik dalam
kajian kemanusiaan termasuk penggunaan kaedah
kuantitatif dan kualitatif. Perkataan "sains" secara
asalnya merupakan singkatan bagi "sains semulajadi".
Berdasarkan sejarah, penggunaan perkataan "sains"
untuk konteks selain sains semulajadi adalah dibolehkan
selagimana ia merujuk kepada bidang ilmu yang tersusun
dan dapat diajar secara objektif. Oleh kerana itu,
perkataan "sains" tidak semestinya merujuk kepada
subjek yang berkaitan secara langsung dengan sains
semulajadi.
Agensi Tempatan

• Berperanan secara aktif dalam usaha posotif mewujudkan


suasana negara yang aman dan tenteram, membentuk
warga negara pebagai kaum dan status yang saling
memahami.
• Antara agensi-agensi yang dapat dinayatakan di sini
adalah seperti berikut :
- Yayasan Salam - Majlis AIDS Malaysia
- Wawasan MAM - PEMADAM
- MERCY
YAYASAN SALAM

• Yayasan Salam Malaysia, atau ringkasnya SALAM adalah


sebuah organisasi bebas dan kanmencari keuntungan yang
ditubuhkan pada 1997 untuk menggalakkan semangat
khidmat sukarela di kalangan rakyat Malaysia. Tujuan
SALAM adalah memberikan peluang kepada rakyat
Malaysia untuk khidmat sebagai sukarelawan di kalangan
komuniti di dalam dan diluar negara yang memerlukan
perkhidmatan. SALAM maenganjurkan program-
programperkhidmatan sukarela dalam berbagai bidang
tumpuan khususnya terhadap pendidikan,kesihatan dan
kerja pembangunan komuniti.
Majlis AIDS Malaysia

• Pada 1992, satu inisiatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah


membawa kpada penggabungan badan-badan bukan kerajaan dalam
usaha untuk memerangi HIV/AIDS.Kementerian berharap agar ia dapat
memaksimumkan usaha mereka dan memastikan bahawa sumber-sumber
yang terhad dapat digunakan sebaik-baiknya. Majlis AIDS Malaysia
merupakan payung organisasi bagi menyokong dan menyelaras hasil
usaha kerja organisasi-organisasi daripada isu-isu HIV/AIDS di Malaysia.
MAM bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan
organisasi-organisasi antarabangsa untuk memastikan satu tindakan yang
komited dan berkesan terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh Badan
Bukan Kerajaan (NGO) tentang isu-isu HIV/AIDS di Malaysia. MAM
merangkumi Sekretariat dan Ahli-ahli Gabungannya yang bekerjasama
sebagai satu pasukanyang meliputi seluruh negeri dan berkhidmat sebagai
satu suara bagi pihak komuniti. Selain dari menyelaras dan
memperkemaskan program bersama Ahli-ahli Gabungannya, Sekretariat
MAM juga menyediakan keperluan latihan, dana dan sumber-sumber lain
bagi melaksanakan program HIV/AIDS yang berkesan.
Wawasan MAM

• Membebaskan masyarakat daripada kesan


negatif HIV dan AIDS di mana wabak AIDS
dapati kawal melalui pencegahan
komprehensif, rawatan, penjagaan, sokongan
dan kesan pengurangan perkhidmatan,
terutama untuk populasi yang mudah terdedah
dan dipinggirkan.
PEMADAM

• PEMADAM iaitu Persatuan Mencegah Dadah telah ditubuhkan pada


22 Mac 1976. Mengikutperlembagaan, YAB Perdana Menteri
Malaysia adalah penaung PEMADAM dan beliau yangakan melantik
yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan.PEMADAM adalah singkatan
dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia. Ia adalah
satupertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka
yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk
memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya
penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang
ramai dalamusaha membasmi dadah.Peranan dan tugas utama
PEMADAM adalah pedidikan pencegahan dan penyebaran
maklumat mesej anti dadah. Untuk mencapai matlamat ini,
PEMADAM memberi fokus kepada belia, pelajar, pekerja, pendidik
dan ibubapa. Berbagai kursus, seminar, bengkel diadakan supaya
mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan kemahiran
mengendalikan kerja-kerja pencegahan dadah dapat
dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
MERCY

• MERCY ditubuhkan oleh Datuk Dr.Jemilah Mahmood, seorang


‟obstetrics gynaecologis‟ yang hendak memberikan bantuan
kemanusiaan secara sukarela kepada rakyat Kosovo yangsedang
dalam peperangan pada tahun 1999. Kerana memerlukan bantuan
kewangan, beliaudan beberapa orang lain terpaksa menubuhkan
pertubuhan ini pada mulanya kerana agaksukar untuk mendapatkan
derma dan sokongan dari organisasi lain. Oleh itu, pada Jun
1999,Persatuan bantuan Perubatan Malaysia atau dikenali sebagai
MERCY telah secara rasminyaditubuhkan.MERCY telah menggunakan
kaaedah Pengurusan Risiko Bencana Menyeluruh atau ,TotalDisaster
Risk Management, (TDRM) dalam melaksanakan beberapa projek
domestik danantarabangsa. Tujuan penggunaan kaedah ini adalah
untuk menyediakan pemahaman yanglebih baik, dan yang paling
penting ialah memberi respon terhadap pengurusan bencana
,mengenalpasti sebab utama dan faktor-faktor yang membawa
kepada bencana.
UNESCO

• Dikenali sebagai United Nation Educational, Scientific and Cultural


Organization. sebuahagensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
yang ditubuhkan pada tahun 1945. Sebanyak 190 negara ahli
termasuk Malaysia. Badan dunia yang ditubuhkan pada 16
November 1945, bagi mempromosikan inisiatif kerjasama
antarabangsa bagi hal ehwal berkaitan pendidikan, sains dan
kebudayaan berrpusat di Paris, dengan lebih 50 pejabat setempat
dan beberapa institusi di seluruh dunia adalah satu-satu badan di
bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Misi utama
UNESCO adalah untuk mmeningkatkan pengetahuan, standard
dankooperasi intelektual dalam menggalakkan transformasi sosial
yang kondusif kepadanilai keadilan, kebebasan dan maruah
kemanusiaan secara universal.
• Beberapa tugas UNESCO yang penting adalah. Etika
dan hak kemanusiaan. Projek yang menerima penajaan
UNESCO termasuk kemahiran menulis dan
membaca,teknikal dan program latihan kepada guru-
guru, program Sains antarabangsa; promosikebebasan
bersuara dan media yang bebas, projek sejarah
kebudayaan setempat,promosi kepelbagaian budaya di
dunia; perjanjian kerjasama antarabangsa
untukkebudayaan dunia dan warisan semulajadi dan
untuk memelihara hak asasi manusia;dan prcubaan untuk
menyatukan rangkaian antarabangsa. Tema UNESCO
ialah menyumbangkan kepada keamanan dan
perkembangan manusiadalam satu era globalisasi
melalui pendidikan , sains , sains sosial , kebudayaan
dan komunikasi.
WWF

Sejarah WWF

• Organisasi perlindungan, dulunya bernama World Wildlife


fund Kini menjadi The World Wide Fund for Nature ,
WWF ditubuhkan pada 1 September 1961oleh beberapa
orang, di antaranya ahli biologi Sir Julian Huxley, Pengeran
Bernhad dari Belanda, Max Nicholson dan naturalis dan
pelukis Sir Peter Scott yang mencipta logo panda hitam
putihnya. Ianya sebuah pertubuhan bukan kerajaan
antarabangsa yang bertujuan memupuk pemeliharaan,
kajian dan pemuliharaan alam semulajadi.Mempunyai 28
organisasi nasional dan pusatnya berada di Gland.
Misi WWF

• untuk menghentikan dan memulihkan kemusnahan alam


sekitar semulajadi
• Memperjuangkan penjagaan alam sekitar, merupakan
nadi kepaada persatuan yang kuat menegakkan keadilan
tentang alam sekitar
• Menyedarkan orang ramai tentang kepentingan
penjagaan alam sekitar. Antaranya kepentingan sungai,
hutan dan udara yang segar
• Menyuarakan pendapat tentang kepentingan penggunaan
alatan mesra alam. Misalnya peti sejuk bebas, pendingin
udara bebas CFC
• Menyarankan pembangunan yang mesra alam seperti
menanam pokok-pokok diatas bumbung bangunan dan
ruang-ruang kosong, tumbuh-tumbuhan penting untuk
menyeimbangkan suhu di sesuatu kawasan selain
menjadi pelindung apabila berlaku angin kencang
• Melindungi jenis genetik, spesis dan ekosistem
• Mengekalkan spesies alam semula jadi yang semakin
pupus
• Pemeliharaan spesis-spesis binatang
• Pemuliharaan habitat alam semula jadi
• Menjalankan penyelidikan terhadap hidupan yang
musnah dan berusaha mengatasinya
Contoh-contoh Aktiviti WWF Yang Dijalankan Di Malaysia:

1. Earth Hour

• Earth Hour adalah satu acara antarabangsa tahunan icipta


oleh WWF yang memintakeluarga an syarikat-yarikat
untuk memadamkan lampu-lampu dan alat-alat
elektrikmereka yang tidak perlu untuk sejam demi
menimbulkan kesedaran mengenaiperubahan iklim. Ia
dipelopori oleh WWF Australia dan Syedney Morning
Herald pada 2007, dan mencapai penyertaan di seluruh
dunia pada 2008. Pada Mac, 2009, jam 8.30pm –
9.30pm, Ia telah dimulakan di Malaysia.
2. Plan Pembangunan dan Pengurusan Untuk Kawasan
Perlindungan Burung

• WWF Malaysia bertindak sebagai pakar perundinga


kepada Jabatan Hidupan Liar diSabah bagi menyusun
Pelan Pembangunan dan Pengurusan untuk
KawasanPerlindungan burung.Matlamat utama projek ini
adalah untuk melindungi habitat ini
daripadapembangunan bandar selanjutnya dan untuk
mempromosikan kesedaran awamtentang kepentingan
tanah paya dengan mewujuskan satu kawasan
perlindungantanah paya yang sistematik.
3. Plan Polar Pelancungan Negara

• Plan Polar Perlancungan Negara disediakan untuk


Kementerian Kebudayaan &Pelancungan (KKP) oleh
WWF Malaysia.Matlamat utamanya adalah untuk
membantu pihak kerajaan Malaysia padaperingkat
Negara dan Negeri dalam memperkembangkan Ekiologi
Pelancunganyang berpotensi di Malaysia. Sebagai alat
yang efektif dalam pemuliharaan khazanah alam
semulajadi dan kebudayaan Negara. KKP dan WWF
Mlaysia telah bekerjasama untuk mengekstrak garis
panduanpelancungan daripada plan ini untuk
menghasilkan risalah dalam Bahasa Malaysiadan
Inggeris untuk diedarkan secara meluas.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)

• Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah ditubuhkan sebagai


sebuah pertubuhan berautonomi pada 29 Julai 1957. Pertubuhan ini
bertujuan mempromosikan penggunaan secara aman tenaga
nuklear dan meneruskan usaha melarang penggunaan tenaga nuklear
bagi tujuan ketenteraan. Presiden Amerika Syarikat, Dwight D. Eisenhower
dalam ucapannya ketika Perhimpunan Agung PBB tahun 1953, berkata
penciptaan pertubuhan ini dapat mengawal dan membangunkan
tenaga atom. Pertubuhan ini dan Ketua Pengarahnya, Mohamed
ElBaradei, dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada 7 Oktober
2005. Pihak media sering merujuk IAEA sebagai "Badan Pengawas
Nuklear PBB". IAEA berpusat di Vienna, Austria. Dua "Pejabat
Keselamatan Serantau" terletak di Toronto, Kanada; dan Tokyo, Jepun.
IAEA mempunyai dua pejabat lain, satu terletak di New York, AS; dan
satu terletak di Geneva, Switzerland. Tambahan pula, IAEA mempunyai
makmal-makmal di Seibersdorf dan Vienna, Austria; Monaco;
dan Trieste, Itali.
• Semua orang perlu melalui proses sosialisasi yang
sempurna agar mereka menjadi insan yang bermoral.
• Proses sosialisasi berlaku sepanjang hayat dan proses
ini berterusan dan boleh berlaku dalam pelbagai
hubungan.
• Guru perlu menyediakan suasana sosialisasi yang
terbaik di sekolah.
• Norma sosial yang terbaik perlu diamalkan kepada
pelajar.
• Guru berfungsi sebagai agen kawalan sosial.

Vous aimerez peut-être aussi