Vous êtes sur la page 1sur 5

PROGRAM INTERVENSI

LITERASI BAHASA INGGERIS


ELITE Class (English Literacy Class)
Anjuran:
PANITIA BAHASA INGGERIS,
SK FELDA AIR TAWAR 1
Objektif:
1. Untuk mendedahkan kepada murid-murid dan guru – guru Bahasa Inggeris
tentang kepelbagaian pendekatan dan pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
2. Untuk menarik minat murid dan memberi motivasi kepada mereka untuk
mempelajari Bahasa Inggeris.
3. Untuk memperkayakan fonik dan penguasaan kosa kata di kalangan murid
4. Untuk menggalakkan penglibatan aktif di kalangan ibu bapa dalam
membangunkan pencapaian murid Tahap 1 terutamanya bagi mereka yang
tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
5. Untuk memantapkan keyakinan diri murid untuk bercakap dan berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris.
PROGRAM INTERVENSI LITERASI BAHASA INGGERIS
1. VOCAB CLINIC (KLINIK KOSA KATA)
1. Penubuhan Group WhatsApp Ibu Bapa (Tahun 1, 2, dan 3).
2. Guru memuat naik beberapa kosa kata (5 perkataan / frasa) bersama klip
audio yang terdapat didalam buku Super Minds dan Get Smart, seminggu
sekali.
3. Ibu bapa mendedahkan dan mengajar kosa kata tersebut bersama klip
audio yang telah diberikan di rumah (Cara menyebut dan mengeja perkataan
tersebut).

4. Murid mendengar, belajar dan berlatih kosa kata yang telah diberi diberikan
sepanjang minggu dan dibantu oleh ibu bapa.
2. LITTLE IDOL (IDOLA KECIL)
1. Guru menjalankan aktiviti di tiga tempat berbeza.
2. Murid bergilir mengambil peranan sebagai guru Bahasa Inggeris
pada hari tersebut .

3. Bunting akan digantung/ditampal di tempat pembelajaran,


mengandungi perkataan seperti “My name is__, I am __ year old,
I am your English Language teacher today, etc.”
4. Murid membaca ayat tersebut dan melengkapkannya menggunakan
perkataan/frasa secara lisan dan bertulis.
5. Murid lain memainkan peranan sebagai murid kelas tersebut.
PENYELARAS PROGRAM TAHUN
En Muhammad Hafiz bin Masron 1
En Muhamad Firdaus Bin Ismail 2
En Nur Sakinah Binti Zulkarnain 3

Vous aimerez peut-être aussi