Vous êtes sur la page 1sur 13

PENTAKSIRAN BILIK

DARJAH
SKPHA TANGKAS
Standard Kandungan
Standard Kandungan adalah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran
Standard Pembelajaran adalah suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Standard Prestasi
Standard Prestasi adalah suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan yang
perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai oleh murid.
Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Contoh pentaksiran ini ialah aktiviti soal jawab semasa pembelajaran dijalankan. Maklumat yang diperolehi
membantu guru meneruskan PdPc seterusnya.
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
Contoh pentaksiran ini ialah murid membina peta konsep tentang apa yang telah dipelajari bagi
mempamerkan pemahaman dan hubungannya dengan pengetahuan semasa. Pentaksiran ini memberi
peluang kepada murid belajar dan memikirkan cara mereka belajar.

1. Pentaksiran Kendiri
Murid menilai kerja mereka sendiri berdasarkan bukti dan kriteria yang jelas

Bentuk pentaksiran kendiri ialah:


- Rancangan / diari mingguan murid
- Soal selidik
- Portfolio
- Pemarkahan merujuk kriteria tertentu
- Helaian pentaksiran dengan memberi ulasan
- Maklum balas secara lisan
- Perbincangan kumpulan atau individu
- Kenyataan peribadi untuk kad laporan
- Persediaan dan perancangan ke arah hasil kerja muktamad
- Analisis kriteria dan keupayaan pentaksiran murid
2. Pentaksiran Rakan Sebaya
Memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam pasukan atau kumpulan dan melibatkan diri secara
aktif dalam proses pembelajaran dengan bertanggungjawab .
Pentaksiran Tentang Pembelajaran
Pentaksiran Tentang Pembelajaran berlaku pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran.
Biasanya berlaku dalam bentuk ujian sumatif. Juga boleh berlaku dalam bentuk pembentangan hasil
projek.
Objektif Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping
memberi maklum balas tentang pengajaran guru.

Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, guru dapat:


- mengesan pengetahun sedia ada murid
- mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
- mengetahui keberkesanan PdPc
- merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdPc
- menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, murid dapat:


- mengesan perkembangan diri
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
- meningkatkan pencapaian pembelajaran

Vous aimerez peut-être aussi