Vous êtes sur la page 1sur 45

ambliopia

AMBLIOPIA
Ambliopia
• Menurut Friend (2005) ambliopia merujuk kepada
satu mata yang tidak membentuk penglihatan atau
kehilangan penglihatan disebabkan ia tidak
digunakan dan kemungkinan disebabkan
strabismus.

• Ia selalunya berlaku pada bayi dan kanak-kanak


tetapi boleh juga berlaku pada orang dewasa. Mata
yang mengalami ambliopia tidak digunakan
sebaliknya hanya mata yang sihat sahaja digunakan.
• Semua bayi dilahirkan dengan penglihatan
mata yang lemah. Apabila bayi meningkat
dewasa, pandangan mata menjadi semakin
baik.
• Penglihatan mata yang baik memerlukan imej
yang jelas, berfokus dan sama bagi kedua-
dua belah mata.
• Jika imej tidak jelas pada salah satu mata
atau imej tidak sama pada kedua belah mata,
laluan penglihatan tidak dapat berkembang
dengan baik.
Pandangan jelas pada Pandangan kabur pada mata
mata yang normal malas walaupun dengan pemakaian
cermin mata
Penglihatan
normal

Penglihatan mata
malas
Terdapat 2 jenis ambliopia yang biasa
berlaku iaitu :
Anisometric Amblyopia
Berlaku apabila penglihatan sebelah mata
berbeza daripada mata yang satu lagi.

Contohnya satu mata mengalami rabun jauh


(myopic) manakala satu lagi mata mengalami
rabun dekat (hyperopic).

Biasanya individu yang mengalami


anisometric amblyopia selalunya
asymptomatic (tidak menunjukkan sebarang
tanda-tanda.
Strabismic Amblyopia

Terjadi apabila berlaku mata bersilang yang


nyata dilihat pada mata.
• Ambliopia biasanya berlaku apabila satu mata tidak
digunakan sepenuhnya bagi sistem visual dalam otak
untuk berkembang dengan baik.

• Otak akan mengabaikan imej daripada mata yang


lemah dan hanya menggunakan imej yang datang dari
mata yang normal sahaja.

• Ambliopia selalunya memberi kesan kepada satu


mata tetapi ia boleh berlaku pada kedua-dua belah
mata.

• Ambliopia boleh berlaku pada kanak-kanak dalam


umur di antara lahir hingga 7 tahun. Kanak-kanak
yang mengalami ambliopia tidak sedar yang mereka
hanya menggunakan satu mata sahaja.
SIMPTOM / TANDA-TANDA
• Simptom-simptom ambliopia boleh berbeza-beza.

• Sesetengah pesakit mungkin asymptomatic (tidak


menunjukkan sebarang tanda-tanda ambliopia)
sementara ada pesakit yang lain pula symptomatic
(menunjukkan tanda-tanda ambliopia).

• Kanak-kanak yang mengalami ambliopia menunjukkan


mata yang melilau-lilau atau tidak bergerak bersama
dengan mata yang lain.

• Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes ambliopia


sukar dikesan.
Simptom-simptom lain
• Double vision

• Kelopak mata jatuh (tidak boleh buka sepenuhnya)


yang menghalang penglihatan anak mata

• Sakit kepala dan pening

• Penglihatan yang kabur (objek kelihatan samar) atau


penglihatan herot (objek kelihatan berpintal atau tiada
fokus)

• Juling yang teruk atau menutup mata


• Bersilang pada satu mata, biasanya satu mata yang
jarang digunakan akan bergerak menuju ke arah hidung

• Sebelah mata bergerak, manakala sebelah lagi sentiasa


memandang hidung atau telinga.

• Mata tidak bergerak pada arah yang sama

• Menangis atau merungut apabila sebelah mata ditutup

• Juling atau menyengetkan kepala untuk melihat sesuatu.


FAKTOR-FAKTOR
AMBLIOPIA
• Sejarah keluarga yang mengalami ambliopia atau
strabismus

• Sejarah keluarga yang mengalami penyakit mata


seperti katarak, rabun dekat atau rabun jauh yang
teruk

• Parut pada kornea

• Apa sahaja yang menghalang cahaya daripada


melalui mata seperti kerosakan kornea atau kanta
(katarak), kelopak mata jatuh
• Pandangan yang tidak sama dalam mata (sebelah mata
mengalami rabun dekat dan rabun jauh yang lebih teruk
daripada sebelah mata lagi)

• Kurang berat semasa lahir

• Kelahiran pra matang

• Katarak sejak dilahirkan.

• Astigmatisma
SEBAB KEJADIAN
AMBLIOPIA
Ambliopia berlaku disebabkan beberapa keadaan
yang memberi kesan terhadap penggunaan dan
perkembangan mata yang normal.

Antara 3 sebab utama ialah :

• Strabismus
• Fokus yang tidak sama (refractive error)
• Cloudiness
• Anisometropia
• Visual Deprivation
Strabismus

• Ambliopia banyak berlaku disebabkan strabismus iaitu


mata yang tidak selari.

• Satu mata kelihatan memandang ke hadapan manakala


satu lagi ke arah dalam, keluar, ke atas atau ke bawah.

• Kanak-kanak melihat objek yang berganda kerana otak


gagal untuk mencampurkan imej yang terpisah tersebut.

• Otak kanak-kanak mengatasi pandangan berganda


dengan mengabaikan imej tersebut.
• Memandangkan mata yang rosak itu tidak digunakan,
penglihatan normal tidak terbentuk.

• Mata yang bersilang tidak akan digunakan untuk


mengelakkan double vision dan kanak-kanak hanya
menggunakan mata yang elok sahaja.

• Apabila mata tidak tersusun, otak kanak-kanak akan


memilih satu mata untuk melihat manakala satu lagi
mata tidak digunakan
Fokus yang tidak sama
(refractive error)
• Refractive error ialah keadaan mata yang boleh
dibetulkan dengan pemakaian cermin mata.

• Ambliopia berlaku apabila salah satu mata kehilangan


fokus kerana ia sama ada dapat melihat lebih dekat,
melihat lebih jauh atau kanta mata rosak berbanding
mata yang satu lagi.

• Ini adalah jenis ambliopia yang sukar untuk dikesan


Cloudiness

Penyakit mata seperti katarak boleh


menyebabkan ambliopia. Sebarang faktor yang
menghalang imej jelas daripada difokuskan ke
dalam mata boleh menyebabkan kejadian
ambliopia pada kanak-kanak. Ini adalah bentuk
ambliopia yan paling teruk.
Anisometropia

Anisometropia merujuk kepada fokus yang tidak sama.

Contohnya satu mata berfokus (emmetropic) dan satu


lagi tiada focus (hyperopic). Ambliopia biasanya dilihat
pada hyperopic anisometropia.
Visual Deprivation
Sebarang penyakit ocular yang menghalang imej visual
daripada sampai ke belakang permukaan mata (retina)
boleh menyebabkan ambliopia.

Contohnya katarak sejak lahir (congenital cataracts),


kelegapan kornea atau kelopak mata terkulai (ptosis).
Walaupun penyakit-penyakit ini dapat dibetulkan dengan
pembedahan, kejadian ambliopia masih ada
kemungkinan untuk berlaku.
CARA PENGESAHAN
Ambliopia dikesan dengan mencari perbezaan
ketajaman penglihatan antara kedua-dua belah mata.

Dengan menggunakan pelbagai ujian, doktor mata


memerhatikan tindak balas bayi apabila sebelah
matanya ditutup.

Jika sebelah mata ditutup, bayi akan cuba melihat


sekitar kawasan di mana mata yang baik ditutup atau
menghalang dari mata tersebut ditutup.
Ujian lain yang dijalankan
• Visual acuity assessment testing (VAT)

Contohnya ujian Lea Symbols yang digunakan untuk


menilai penglihatan jarak
jauh.
Cycloplegic refraction test

• Dijalankan untuk menentukan bagaimana bola mata


memaparkan dan menerima imej yang dihasilkan oleh
kanta mata.

• Bagi menjalankan ujian ini, titisan pada mata digunakan


untuk mengembangkan (melebarkan anak mata) bagi
mendapatkan pandangan mata yang lebih baik.

• Bagi menentukan arah cahaya yang diterima oleh mata


dan dipaparkan, titisan pada mata tadi akan
menghentikan (hentikan pergerakan aktif) otot-otot mata
yang mengawal fokus.
RAWATAN
Terapi Tampalan
Atropine Penalization
Pembetulan Kanta
Pembedahan
Terapi Tampalan

Jika penglihatan masih lemah walaupun telah menjalani


rawatan, tampalan mata yang sesuai akan disyorkan
untuk dipakaikan pada mata yang kuat.

Ini akan memaksa otak untuk menggunakan mata yang


mengalami ambliopia. Selepas memakai tampalan untuk
jangka masa yang ditetapkan, ambliopia akan
berkurang.

Tampalan mata yang melekat pada kulit di sekeliling


soket mata adalah paling berkesan.
• Contoh terapi tampalan yang dijalankan
• Ibu bapa perlu membawa kanak-kanak
memeriksa penglihatan bagi memastikan
tiada pembentukan ambliopia berlaku pada
mata yang ditampal.

• Jika umur kanak-kanak lebih muda, hasil


terapi ambliopia lebih cepat diperolehi.
PATCH PAL
Satu bentuk tampalan yang berwarna-warni serta selesa
dan ia dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk
memakainya.

Tampalan ini dipakai pada cermin mata

Pemakaian tampalan pada cermin mata digunakan jika


kanak-kanak enggan memakai tampalan pada mata atau
kulit sensitif pada tampalan.
Cara pemakaian : Selitkan tampalan pada kanta
cermin mata. Ia direka sama ada
untuk mata kiri atau kanan.
Contoh-contoh pemakaian tampalan (patch pal) pada
cermin mata
Atropine Penalization

• Jika kanak-kanak tidak mahu menjalani terapi tampalan,


titisan ubat mata iaitu atropine mungkin membantu.
Atropine akan dititiskan ke dalam mata yang dominan
untuk membentuk kesan kabur.

• Ini bermakna titisan atropine dilakukan pada mata yang


sihat (mata yang cenderung dipilih oleh otak atau sound
eye). Mata ini tiada fokus dan memaksa pesakit untuk
menggunakan mata malas iaitu mata yang ambliopia.
Pembetulan Kanta

• Pembetulan kanta seperti cermin mata ditentukan


untuk mengimbangi ketidaknormalan penglihatan
mata seperti rabun jauh dan rabun dekat yang teruk
atau melampau.
• Cermin mata boleh membantu dalam gangguan
refraksi atau fokus.
• Namun jika cermin mata sahaja tidak memulihkan
penglihatan, maka tampalan diperlukan.
Pembedahan

• Ambliopia yang disebabkan mata juling biasanya dirawat terlebih


dahulu sebelum dibedah.

• Jika ambliopia tidak dirawat, beberapa perkara mungkin berlaku


iaitu :

Mata mungkin mengalami kecacatan penglihatan yang serius


dan tidak dapat dipulihkan lagi.

Persepsi dalaman mungkin hilang

Jika mata yang baik rosak akibat penyakit atau kecederaan,


individu akan mempunyai kekaburan penglihatan yang tidak
dapat dipulihkan seumur hidup.
PENCEGAHAN
• Jika ambliopia dikesan dan dirawat pada peringkat
awal, penglihatan kebanyakan kanak-kanak ambliopia
akan bertambah baik.

• Namun terapi rawatan sementara yang berpanjangan


mungkin diperlukan sehingga kanak-kanak itu
berumur lebih kurang sembilan tahun.

• Rawatan mungkin tidak berjaya jika ambliopia mula


dikesan selepas kanak-kanak itu berusia antara lapan
dan sembilan tahun.

• Pengesanan awal yang disusuli dengan rawatan yang


segera oleh doktor mata dan pengawasan rapi kanak-
kanak oleh ibu bapa adalah satu langkah yang berjaya
untuk mengatasi masalah ambliopia di kalangan
kanak-kanak.
CONTOH MURID AMBLIOPIA

Nama Murid : Mohammad Shah Iskandar b. Hasbullah


Umur : 7 Tahun
Kelas : Kelas Khas Cacat Penglihatan
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Dato’ Laksamana
Raja Mahkota, Teluk Intan
Masalah Penglihatan : Ambliopia
Masalah lain : Hiperaktif

Vous aimerez peut-être aussi