Vous êtes sur la page 1sur 45

Bahasa: bersih dan bebas dari kekotoran yang zahir dan batin.

Istilah: perbuatan yang mengharuskan solat dan seumpamanya seperti wuduk, mandi dan membersihkan najis daripada pakaian, badan dan tempat.

Hadas Najis

Wuduk
Mandi

Basuh
Istinjak

Suci & Menyucikan


Air mutlak

Suci & Tidak Menyucikan


Air mustamal iaitu air yang telah digunakan untuk taharah yang wajib

Air Najis
Air mutlak yang kurang dari dua kolah (270L) & dimasuki najis

Makruh menggunakan air yang terjemur dalam bekas logam di negara panas

Air mutlak yang bercampur benda yang suci

Air mutlak yang lebih dari dua kolah & dimasuki najis sehingga berubah salah satu sifatnya

Arak & semua jenis cecair yang memabukkan Babi & anjing Bangkai (dikecualikan mayat manusia, ikan & belalang) Darah Air kencing & tahi (manusia & haiwan) Anggota badan yang terpisah dari haiwan ketika ia masih hidup (dikecualikan bulu binatang yang boleh dimakan) Susu binatang yang tidak boleh dimakan

Mughallazah
Babi & anjing Dibasuh tujuh kali dengan air mutlak dan salah satu darinya dengan air tanah

Mutawassitah
Selain mughallazah & mukhafafah Basuh sehingga hilang semua sifat najis tersebut

Mukhafafah
Air kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur 2 tahun & tidak makan kecuali susu ibu Direnjis dengan air sehingga meliputi seluruh kawasan najis

Percikan air kencing yang tidak dapat dikesan yang tidak disengajakan

Percikan darah dan nanah yang keluar sedikit dan tidak disengajakan

Darah dan nanah yang banyak daripada luka sendiri yang tidak disengajakan & tidak melebihi tempat kebiasaannya

Tahi binatang yang terkena bijian & susu ketika perahan jika sedikit

Najis ikan selagi ia tidak mengubah air dan najis burung jika di tempat laluan terbuka yang susah dielakkan

Darah yang terkena penyembelih jika sedikit

Darah yang melekat pada daging

Mulut kanak-kanak yang mempunyai muntah dan sedang menyusu ibunya

Lumpur & debu jalan yang terkena kepada orang yang lalu berhampirannya

Bangkai yang tidak mempunyai darah yang mengalir jika terjatuh ke dalam air tanpa menjejaskan air

Kulit binatang selain anjing dan babi boleh disucikan dengan disamak iaitu menghilangkan kelembapan kulit sehingga ia mampu bertahan lama dan tidak rosak atau berbau jika terkena air.

Menghilangkan najis dari tempat keluarnya & hukumnya adalah wajib

Harus menggunakan air mutlak dan juga benda-benda yang kesat seperti batu dan kertas.
Jika beristinjak dengan selain air, ia mestilah bersih dan kering, digunakan sebelum najis kering, najis tidak melebihi tempat keluarnya dan tidak memindahkan najis ke tempat lain selain dari tempat keluar. Syarat minima 3 biji batu @ 3 kali sapuan dan sapuan ditambah jika masih tidak bersih serta disunatkan bilangan yang ganjil.

Tidak boleh beristinjak dengan najis

Benda yang terkena najis.

Tidak boleh beristinjak dengan makanan manusia seperti roti atau jin seperti tulang.
Diharamkan beristinjak dengan perkara-perkara yang mempunyai kehormatan seperti anggota binatang yang masih hidup @ buku-buku agama

Bahasa: diambil dari perkataan wadhaah yang bermaksud cantik dan berseri.

Istilah: nama bagi perbuatan menggunakan air pada anggota badan yang tertentu beserta dengan niat.

Niat: bagi membezakannya dengan adat. Tempatnya di dalam hati dan sunat dilafazkan. Waktunya ialah pada basuhan muka kali pertama.

Membasuh keseluruhan muka. Hadnya ialah bermula dari pangkal rambut di atas dahi sehingga bawah dagu dan daripada satu telinga sehingga ke telinga sebelah lagi. Wajib membasahi semua bulu yang ada di muka kecuali janggut yg tebal dengan memadai membasuh lapisan luarnya sahaja.

Membasuh tangan hingga ke siku Menyapu air pada rambut di kepala walaupun sehelai sahaja atau sebahagian darinya Membasuh kaki sehingga buku lali

Tertib iaitu mengikut turutan rukun sebagaimana di atas

Membaca bismillah pada awal wuduk

Membasuh tangan tiga kali sebelum mencelupnya dalam bekas wuduk

Memberus gigi

Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung

Menyelat janggut yang tebal dengan air

Menggosok celah jari tangan dan kaki

Menyapu air pada keseluruhan kepala

Menyapu air pada dua telinga di bahagian luar dan dalam

Membasuh atau menyapu tiga kali bagi setiap anggota

Mendahulukan tangan dan kaki kanan ketika membasuh

Menggosokgosok anggota yang dibasuh

Membasuh berturut-turut sebelum kering basuhan yang terdahulu

Melebihkan basuhan sehingga ke bahagian depan kepala ketika membasuh muka dan membasuh lebih tinggi dari siku

Menjimatkan penggunaan air

Berdoa setelah berwuduk

Menggunakan air yang terlalu banyak

Mendahulukan anggota kiri

Mengelap air setelah berwuduk kecuali jika ada keperluan

Memukul muka dengan air

Membasuh atau menyapu lebih atau kurang dari tiga kali

Meminta bantuan orang lain untuk membasuh anggota wuduk kecuali jika ada keperluan

Kumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan bagi orang yang berpuasa

Semua yang keluar dari dua jalan qubul dan dubur samada air, darah, angin dll

Tidur kecuali dalam keadaan duduk yang tetap

Hilang akal seperti mabuk, pengsan atau gila

Menyentuh pasangan atau perempuan ajnabi tanpa lapik

Menyentuh kemaluan sendiri atau orang lain, depan atau belakang dengan bahagian tapak tangan tanpa lapik

Khuf: Sarung kaki yang menutup kaki sehingga buku lali yang diperbuat dari kulit Harus dipakai dalam semua keadaan oleh semua orang
Menyapu khuf adalah bagi menggantikan membasuh kaki ketika berwuduk

Dipakai setelah berwuduk dengan sempurna

Menutup semua bahagian yang wajib dibasuh

Tidak dimasuki air kecuali pada bahagian jahitannya

Tahan lasak dibawa berjalan sehingga tamat tempoh sapu khuf

Kulit khuf mestilah suci

Musafir
Tiga hari tiga malam

Muqim

Sehari semalam sahaja

Masanya dikira dari hadas pertama setelah memakainya

Wajib disapu bahagian atas khuf walaupun sedikit dan tidak memadai menyapu di bawahnya sahaja

Disunatkan meletak jari-jari tangan kanan yang terbuka di atas khuf berhampiran jari kaki dan jari-jari tangan kiri di sebelah bawah khuf berhampiran tumit serta menyapunya serentak ke arah bertentangan

Tertanggal salah satu atau keduanya

Tamat tempoh sapuan

Terjadinya perkara yang mewajibkan mandi

Seseorang yang mengalami luka atau patah tulang dan memerlukan balutan, dia perlu membasuh anggota badan yang lain dan hanya menyapu air sahaja di atas balutan serta bertayammum bagi menggantikan anggota yang cedera

Jika dia tidak memerlukan balutan, tetapi tidak dapat membasuh anggota yangg cedera, dia hendaklah bertayammum bagi menggantikan basuhan anggota yang cedera setelah berwuduk. Dia perlu bertayammum setiap kali solat fardu dan tidak perlu berwuduk kecuali jika dia berhadas.

Seseorang itu perlu menggantikan ibadahnya jika dia meletakkan balutan ketika tiada wuduk dan tidak dapat membukanya semula Begitu juga sekiranya kecederaan itu di tempat tayammum iaitu muka dan tangan Dia juga perlu menggantikan ibadahnya jika balutan yang dibuat melebihi anggota wuduk yang cedera

Bahasa: Mengalirkan air pada sesuatu Istilah: Mengalirkan air ke atas badan dengan niat Dalilnya dari al-sunnah:
Sabda Rasulullah s.a.w.: Adalah menjadi kewajipan ke atas orang muslim untuk mandi pada setiap tujuh hari sekali, dia membasuh kepala dan badannya direkodkan oleh Imam alBukhari

Terbahagi kepada dua jenis: wajib dan sunat

Pertama: al-Jinabah
Keluar mani disengajakan atau tidak Jima walaupun tidak keluar mani

Perkara yang diharamkan ketika berjunub


Solat fardu atau sunat Berada dalam masjid kecuali untuk melintasinya

Tawaf mengelilingi kabah


Membaca al-Quran kecuali di dalam hati atau untuk berzikir dan berdoa Memegang al-Quran

Kedua: Haid iaitu darah semulajadi yang keluar waktu sihat daripada pangkal rahim setelah baligh pada waktu yang tertentu Waktu minimanya ialah satu hari semalam dan maksimum selama 15 hari. Kebiasaannya ialah 6-7 hari.

Perkara yang diharamkan oleh wanita haid ialah sama seperti orang berjunub dan juga tidak boleh berpuasa serta berjima

Ketiga: Nifas: iaitu darah yang keluar selepas melahirkan anak Tempoh masa minimumnya ialah selama sesaat dan maksimumnya selama 60 hari. Kebiasaannya adalah selama 40 hari.
Diharamkan bagi wanita yang mempunyai darah nifas semua perkara yang diharamkan bagi wanita haid.

Keempat: Kematian

Wajib bagi orang Islam yang masih hidup memandikan orang Islam yang telah mati

Golongan yang mati syahid dikecualikan daripada mandi

Pertama: Hari Jumaat


Disunatkan bagi lelaki yang hadir solat Jumaat dan golongan yang tidak wajib solat Jumaat Waktunya bermula dari masuk waktu subuh hari Jumaat

Kedua: Hari Raya Puasa Dan Qurban


Waktu permulaan dari tengah malam hari Raya

Ketiga: Waktu Gerhana


Disunatkan sebelum melakukan solat gerhana matahari atau bulan Waktu permulaannya ialah dari awal waktu gerhana sehingga akhirnya

Keempat: Mandi solat Istisqa iaitu sebelum keluar untuk menunaikan solat Istisqa Kelima: Mandi setelah memandikan mayat

Keenam: Mandi ketika menunaikan haji

Wajib
Niat pada awal mandian Membasuh keseluruhan badan sehingga ke hujung rambut dan bulu

Sunat
Membasuh tangan sebelum mencelupnya dalam bekas air Membersihkan badan dari najis Berwuduk dengan sempurna Menyelat rambut dengan air dan membasuhnya tiga kali Membasuh bahagian badan sebelah kanan sebelum bahagian kiri Menggosok dan berturutan ketika membasuh anggota badan Mengulangi tiga kali basuhan pada anggota badan

Menggunakan terlalu banyak air sebagaimana makruh ketika berwuduk

Mandi dalam air yang bertakung @ tidak mengalir kerana air tersebut berubah kepada air mustamal @ air najis. Perbuatan tersebut membawa kepada pembaziran air

Bahasa: Menuju @ memaksudkan Istilah: Menyampaikan debu tanah yang bersih ke muka dan tangan berserta niat dengan cara yang tertentu. Ia digunakan bagi menggantikan mandi wajib dan wuduk Dalil pensyariatan: Firman Allah (al-Maidah:6):
sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih

Sunnah: Dijadikan tanahnya sebagai alat bersuci jika kami tidak mendapati air (Muslim)

Ketiadaan air @ air yang ada memadai untuk minuman sahaja

Jauh dari air dalam lingkungan 2.5 km

Tidak boleh menggunakan air kerana takutkan musuh @ sakit

Kesejukan yang melampau dan tiada alat untuk memanaskan air. Solat perlu diganti jika mendapati air.

Mengetahui waktu masuk solat (perlu diulangi setiap waktu solat)

Mencari air terlebih dahulu selepas waktu solat

Menggunakan tanah yang bersih dan belum digunakan

Menghilangkan najis terlebih dahulu

Mengetahui arah kiblat terlebih dahulu

Niat

Menyapu muka dan dua tangan sehingga siku dengan dua kali tepukan. Satu tepukan untuk muka dan satu tepukan lagi untuk tangan sehingga siku.
Wajib meratakan tanah ke seluruh muka dan tangan. Jika terdapat cincin wajib ditanggalkan

Tertib sebagaimana yang dinyatakan

Membaca bismillah

Memulakan sapuan dari bahagian atas muka

Mendahulukan tangan kanan sebelum tangan kiri

Menyapu sebahagian kepala ketika menyapu muka dan melebihkan sapuan dari aras siku ketika menyapu tangan

Merenggangkan jari ketika menepuk debu tanah

Mengurangkan tanah setelah menepuknya

Semua perkara yang membatalkan wuduk

Mendapati air setelah ketiadaannya. Jika mendapatinya ketika solat, solat tersebut sah. Namun adalah lebih baik dia berhenti solat untuk berwuduk

Mampu semula untuk menggunakan air

Murtad

Tamat

Vous aimerez peut-être aussi