Vous êtes sur la page 1sur 48

Pemberitaan & Penulisan

Isu-isu Etika Kewartawanan Dalam

Isu-isu Etika Yang Wujud

1. Keadilan dan Objektiviti (Fairness and Objectivity); 2. Pemaparan dan Perwakilan Yang Kurang Tepat oleh Wartawan (Inaccurate Representation);

3. Tekanan Ekonomi
4. Privasi vs Hak Awam Untuk Mengetahui ; 5. Sumber-sumber Yang Enggan Dikenalpasti Identitinya;

6. Sogokan;

7. Penipuan - (Deception) 8. Plagiat

9. Isu-isu menyentuh hak privasi seseorang sumber; A. Pemimpin B. Selebriti; C. Mangsa Jenayah Seks; D. Gambar

1. Keadilan dan Objektiviti

Menurut Itule & Anderson (2003), nilai ini semakin hari semakin berkurangan di kalangan wartawan;
Berita yang dilaporkan tidak lagi adil kepada sumber berita mahupun kepada pembaca;

Wartawan mempunyai kecenderungan utk membuat penghakimannya sendiri terhadap sesuatu isu sedangkan peristiwa itu belum reda dan wartawan belum menerima maklumat lengkap mengenai peristiwa itu;

Pelaporan yang objektif juga terjejas apabila terdapat media-massa yang sering memuji dirinya dalam laporan yang disiarkan. Cth :- Amalan beberapa media seperti NTV7 & TV3 dlm laporannya menyebut, Serbuan itu dibuat berikutan laporan kami (NTV7/TV3)

Mengenai berlakunya aktiviti penyeludupan,

Cth 2:- Berita muka depan DE (5/10/05) Menurutnya, ramalan DE bhw seorang ahli patologi Australia akan memenangi Hadiah Nobel menjadi kenyataan apabila Prof Marshall dianugerahkan Nobel dgn seorang rakannya;

Amalan memuji diri dalam laporan berita adalah tidak objektif kerana berita itu bias kepada promosi diri; Kesannya, masyarakat tidak disajikan dgn maklumat yg ada kepentingan awam ttpi kempen PR yang dijalankan oleh media;

2. Selain dr menafikan hak rakyat mendpt maklumat, amalan memuji diri juga menafikan hak rakyat mendapat kebenaran (truth); Dlm berita promosi diri, maklumat dlm paragraf berita itu tidak disampaikan secara objektif malah ia bukan fakta tetapi > menjurus kepada periklanan;

2. Pemaparan dan Perwakilan Yang Kurang Tepat O. Wartawan

Cara seseorang wartawan itu menggambarkan suatu isu atau sumber berita mempengaruhi pembentukan imej sumber serta tanggapan pembaca terhadap isu dan sumber berita;

Contoh berita mahkamah membabitkan perbicaraan kes jenayah; Wartawan sering terbawa-bawa oleh keterangan saksi pendakwa ;

Pemaparan yang kurang tepat yang diberikan oleh wartawan terhadap sumber berita;
Dalam kes-kes tertentu, terdapat wartawan yang membuat liputan berita seolah-olah dia adalah pegawai khas kepada sumber berita atau organisasi;

Isu kedua, perwakilan (representation) Wartawan mewakili pembaca dan bukan mewakili dirinya serta orangperseorangan;

3. Tekanan Ekonomi
Apabila sesebuah akhbar banyak menerima tajaan dari pengiklan maka pihak editorial tertekan untuk mewujudkan rencana atau ruangan yang mempromosikan produk atau perkhidmatan penaja; Berita tersebut mempunyai nilai berita yang rendah;

Perkahwinan selebriti & psedocelebrity ditaja oleh pengiklan dan dilaporkan sebagai berita secara langsung; Nilai berita rendah;

4. Privasi vs Hak Awam Utk Mengetahui

Apabila sumber berita anda enggan mengesahkan maklumat yang anda perolehi, adakah wajar berita itu dilaporkan juga? Selalunya, wartawan melaporkan juga berita itu kerana dalam pertimbangannya, kepentingan awam > ptg dari kepentingan peribadi seorang yang inginkan privasi;

5. Sumber-sumber Yang Enggan Dikenalpasti

Penggunaan sumber-sumber yang tidak beridentiti ini semakin berleluasa dalam berita; Ianya tidak wajar diamalkan kerana kita tidak dapat memastikan sama ada sumber berita itu benar-benar wujud atau tidak;

Ada kemungkinan sumber tersebut adalah wartawan itu sendiri dengan memasukkan pendapatnya sendiri tetapi melaporkan sumber itu sebagai sumber-sumber yang enggan dinamakan;

6. Sogokan

Penerimaan sogokan boleh berlaku berlaku kepada mana-mana organisasi media; A. Sogokan seperti penyediaan pengangkutan percuma ke lokasi kejadian adalah antara contoh sogokan; Pemberian hadiah-hadiah kpd wartawan selepas menghadiri majlis;

B. Sogokan juga boleh mengambil bentuk di mana sesebuah rencana/artikel disiarkan bagi memberi publisiti kepada seseorang secara berulang-ulang kali sedangkan maklumat dlm artikel tdk mengandungi apa-apa nilai berita;

Sogokan dlm kes ini berlaku apabila sumber berita berkenaan mencari publisiti & membayar wartawan sejumlah wang tertentu sebagai ganjaran menyiarkan artikel mengenainya;

C. Sogokan juga didapati apabila ruang akhbar atau ruang udara (TV) telah ditaja oleh sesebuah organisasi & media digunakan utk melaporkan/membawa mesej organisasi tersebut; Media tdk lagi menjalankan tugasnya melaporkan sesuatu kejadian secara objektif tetapi melapor mengikut kehendak penaja;

7. Penipuan (Deception)

1. Mengambil gambar seseorang sumber dan membuat berita mengenainya tanpa mewawancara sumber; 2. Berita itu pula direka-reka untuk melariskan jualan; 3. Menyebarkan berita palsu;

Cth Kes Penipuan Dlm Berita


1. Pendakwaraya lwn Pung Chen Choon [1994 1 MLJ 566]; Editor akhbar tempatan Borneo Mail Pung Chen Choon dikenakan tindakan krn menerbitkan berita tidak benar pada 16/7/1990. Melanggar s8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (pindaan 1987)

Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 3 thn dan didenda tidak lebih RM20,000 atau keduaduanya; Ia hendaklah dianggap ada niat jahat jika tidak ada keterangan yang menunjukkan bhw sebelum penerbitannya tertuduh telah mengambil langkah-langkah yg munasabah utk mengesahkan kebenaran berita itu [s8A(2)].

* Berita itu dianggap berita palsu per se berniat jahat, terjumlah kepada prapenapisan;

1. Berita itu palsu kerana A. Di peringkat pra-penerbitan tidak terdapat bukti menunjukkan wartawan & editor berusaha mengesahkan berita tersebut; Wartawan & Editor melaporkan berita itu berdasarkan kepada pendapat sendiri;

i) Paragraf 11 Adalah difahamkan sekurang-kurangnya seorang Paderi sdh ditahan. Beberapa paderi lagi difahamkan berada dalam senarai polis;

Paragraf ini salah kerana wartawan meletakkan andaiannya sendiri tanpa mendapatkan pengesahan dr sumber rasmi; ii) Para 9 11, maklumat latar yang dimasukkan dalam berita sebelum disahkan relevan dgn pendulu;

B) Penerbitan (i) Sumber berita penggunaan sumber-sumber berita yg tdk bernama; Hanya menyebut officials of the Beaufort Catholic diocese (para 3)

ii. Atribusi Orang-orang yang diattribusikan menimbulkan keraguan rakan-rakan (para 4) Friends, including priests (tidak ada nama/jawatan); Iii. Reliable sources (para 7) digunakan bagi melapor berita penangkapan paderi tersebut;

C. Penipuan berlaku dlm berita ini kerana penyalahgunaan maklumat latar pada paragraf 12-13; Maklumat latar ini juga ditulis bukan berdasarkan kepada maklumat rasmi misalnya (tarikh, laporan berita dsbnya);

Kesan penyebaran berita mengenai agama, perkauman dan sebagainya apalagi jika tidak ada sumber berita yang sah boleh menyebabkan pergaduhan kaum & agama berlaku;

2. Pendakwaraya lwn Lim Guan Eng penyebaran maklumat Kisah Benar berhubung bekas ketua menteri Melaka; 3. Pendakwaraya lwn Khalid Jafri; 4. Pendakwaraya lwn Irene Fernandez - menyiarkan berita palsu mengenai pendatang tanpa izin di Kem Semenyih;

Wartawan harus berhati-hati dlm membuat laporan berita yang sensitif; Harus mengelak dr membuat laporan berita bersifat tuduhan; Jika tidak berjaya mendapat pengesahan dr sumber rasmi maka berita itu tidak boleh disiarkan krn ia tidak kukuh;

8. Plagiat

Kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat memudahkan plagiarisme; Berita-berita yang dilaporkan secara online akan diciplak oleh wartawan dari akhbar lain dan mengubahsuai berita tersebut lalu meletakkan nama mereka;

Ini satu kesalahan besar kerana ia menyebabkan sumber berita yang disebut dalam berita itu difitnah dan kenyataannya diputar-belitkan sehingga terkeluar dari konteks asal;

9. Isu-isu Privasi
Privasi bermaksud hak seseorang individu tidak diganggu dan dibiarkan bersendirian. ..the right to be left alone, the right to be free from unwarranted publicity, (Bowles, Dorothy A & Diane L.Borden, 2004 : 182)

A. Pemimpin Adakah skandal seks seseorang pemimpin politik merupakan hak awam untuk mengetahuinya?

Wartawan harus tahu mengimbangi antara masalah peribadi dengan masalah negara.

B. Selebriti

Wajarkah selebriti diberi hak privasi?

Ini bergantung kepada selebriti itu sendiri. Jika dia sendiri memanggil sidang akhbar bagi menjelaskan gosip yang melanda dirinya, itu boleh dilaporkan;

Sekiranya, dia enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai gosipgosip tersebut maka sebaiknya, berita itu tidak dilaporkan;
Selebriti itu boleh mengambil tindakan mahkamah jika berita itu dilaporkan juga;

C. Mangsa Jenayah Seks

Mangsa pemerkosaan, sumbang mahram tidak boleh disiarkan identitinya sama ada beliau adalah wanita dewasa atau bawah umur;
Ini adalah untuk melindungi mereka dari mendapat aib akibat publisiti yang diberikan terhadap mereka;

GRO atau wanita-wanita yang ditangkap kerana disyaki terbabit dalam sindiket pelacuran juga tidak boleh disiarkan namanya dan wajah mereka tidak boleh ditunjukkan; Wartawan tidak boleh mempopularkan profesi ini kerana ia seperti menyokong profesion tersebut;

D. Gambar
Apabila sumber berita enggan ditemuramah, ini bermakna gambar mengenainya juga tidak boleh dirakam; Gambar mangsa kemalangan, pembunuhan dan semua mangsa jenayah dan bencana tidak boleh disiarkan;

Antara Gambar Yang Tidak Boleh Disiarkan


1. Pesalah juvana & banduan; 2. Mereka yang ditangkap khalwat; 3. Orang bunuh diri, kurang siuman, penagih dadah; 4. Kanak-kanak, mangsa bunuh, mangsa jenayah seks

Vous aimerez peut-être aussi