Vous êtes sur la page 1sur 32

ETIKA & PROFESIONALISME PERGURUAN

PENGENALAN
Wawasan 2020 Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kejayaan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan

GURU ? GURU ialah mereka yang dianggap sebagai orang yang telah terdidik untuk mendidik dan membimbing orang lain supaya mengenali Tuhannya, dunianya dan kehidupannya.

Sajak Guru Oh Guru - Sasterawan Negara Usman Awang Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum manjadi dewasa Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat

MOTIVASI KEGURUAN bermaksud daya rangsang seseorang untuk muncul sebagai seorang yang memiliki hati, akal, watak, minat dan bakat mendidik, pembimbing/fasilitator dan pemimpin supaya berkemampuan melahirkan sifat-sifat kemanusiaan optimum dengan sifat-sifat negatif yang paling minimum.

pelajar kita mempunyai : hati, akal, perasaan, jiwa dan harapan, pelbagai adunan bakat, minat, sikap dan emosi, pelbagai ramuan keistimewaan dan kekurangan, tanggapan dan harapan yang tinggi kepada guru, latarbelakang, pengalaman, penilaian yang sama atau berbeza dengan kita.

PROFESIONALISME
Pekerjaan yang memerlukan latihan yang khusus, Mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi, Mempunyai autonomi dalam bidang tersebut, Mempunyai badan atau lembaga yang menjaga kepentingan ahli.

Pembetukan etika profesional adalah berlandaskan prinsip..


Kesaksamaan Keterbukaan Kerahsiaan Ketekunan Kesetiaan (terhadap
tanggungjawab profesional)

Mengelakkan konflik kepentingan.

GURU : UNDANG-UNDANG vs ETIKA


Perintah Am Bab D Akta Pendidikan 1996 vs Kod etika perguruan

Kepentingan kod etika perguruan


Garis panduan untuk bertingkahlaku Menyatakan dengan jelas tanggungjawab profesion perguruan Meningkatkan imej profesion perguruan

ISU DALAM ETIKA PERGURUAN


Penilaian dalam Pendidikan (kesahan, kebolehpercayaan, formatif, sumatif). Sistem pengaliran dan penjurusan. Gangguan seksual (lisan, isyarat, visual, psikologi, fizikal).

Keadilan dalam Pendidikan. Prasangka dalam perkauman. Salah laku guru. Akauntabiliti guru dari aspek moral (selari dengan
falsafah pendidikan, penilaian pelajar, kuasa guru).

ETIKA KERJA MENURUT KPM


Definisi : panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berasaskan nilainilai akhlak mulia. Terdapat 2 komponen utama :
prinsip dan nilai yang terkandung dalam etika kerja menjadi panduan setiap warga KPM. etika kerja yang wujud berfungsi sebagai panduan tingkah laku di tempat kerja,

PRINSIP ETIKA KERJA KPM

NIAT YANG BETUL

PERLAKUAN YANG BAIK

PRINSIP

BERDISIPLIN & BERADAP

PENGGERAK KE ARAH KEBAIKAN

MENGOTAKAN APA YANG DIKATA

APLIKASI ETIKA KERJA KPM DARI ASPEK PRINSIP

Niat yang betul


Guru melaksanakan tugas dengan betul, sebagaimana yang dituntut oleh agama dan selaras dengan nilai yang dicadangkan. Bagaimana guru menjalankan tugas berlandaskan FPK melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERI?

Perlakuan yang baik


Guru melaksanakan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Buat apa yang cikgu suruh, jangan buat apa yang cikgu buat ? Penampilan diri, pertuturan dan tindakan yang terbaik sepanjang masa.

Penggerak ke arah kebaikan


Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan. Penambahbaikan secara berterusan.

Mengotakan apa yang dikata


Guru telah diberi amanah untuk mendidik anak-anak bangsa. Contoh : Piagam pelanggan sekolah.

Berdisiplin dan beradab


Menjaga adab sopan seperti terdapat dalam ajaran agama, Mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan, prosedur dan kaedah, Contoh : Perintah Am, Akta Pendidikan 1996, Sukatan Pelajaran, Akujanji, Pekeliling Ikhtisas.

NILAI DALAM ETIKA KERJA KPM


AMANAH BENAR BIJAKSANA BERSYUKUR DEDIKASI IKHLAS PENYAYANG

APLIKASI ETIKA KERJA KPM DARI ASPEK NILAI

Amanah Bertanggungjawab terhadap pihak yang berkepentingan (pelajar, rakan sejawat, ibu bapa dan masyarakat). Contoh - empati pada pelajar, rasuah, masa bekerja.

Benar Melakukan sesuatu tanpa agenda tersembunyi. Contoh perkongsian ilmu, menjalankan tanggungjawab.

Bijaksana Kesedaran bahawa wujud perbezaan antara pelajar. Menggunakan seluruh tenaga, keupayaan dan kepakaran untuk melaksanakan tugas. Menjalankan tugas dengan profesional, bukannya mengikut emosi.

Bersyukur Tidak membandingkan pendapatan dengan persekitaran. Menghargai nikmat (cuti, kerja separuh hari).

Dedikasi Timbul dari minat yang mendalam. Kesediaan untuk menjalankan tugas tanpa helah. Sabar dalam mengharungi cabaran.

Ikhlas Melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat organisasi, bukannya pangkat dan kedudukan. Penyayang Menjadikan sekolah sebagai sebuah keluarga yang besar.

PRINSIP & NILAI ETIKA KERJA


Sifat dan kualiti (guru, profesional dan sosial). Tugas guru (tugas kepada negara, pelajaran, pelajar, diri sendiri).

Tatasusila Profesion Perguruan (Tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan profesion perguruan). Akauntabiliti Guru (pekerjaan, sekolah, tingkah laku, pelajar, profesion).

LAGU : KAMI GURU MALAYSIA


GURU MALAYSIA Kami guru malaysia berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putera puteri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan