Vous êtes sur la page 1sur 24

API DAN ALAT PEMADAM API

SCE 3112 PISMP SEM 6 Oleh Rohaya Mee

PENGENALAN
Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2000: Mencegah Kebakaran di Sekolah yang bertarikh 14 Mac 2000. Bagi mengelakkan dari berlakunya kebakaran di makmal sains, langkah-langkah seperti berikut perlu diambil:
SCE3112_RM2012 2

PENGENALAN
a. Sentiasa bersedia menghadapi bahaya
kebakaran di sekolah dengan membuat pemeriksaan rapi pendawaian di makmal sains. b. Memastikan sistem dan alat pencegahan kebakaran seperti pili bomba dan alat pemadam api dalam keadaan baik dan boleh digunakan. c. Menyediakan pelan keselamatan kebakaran di makmal sains.
SCE3112_RM2012 3

Segitiga Kebakaran (Fire Triangle)

SCE3112_RM2012

Segitiga Kebakaran (Fire Triangle)


Kebakaran boleh berlaku jika terdapat ketiga-tiga sumber kebakaran iaitu
oksigen, sumber pencucuhan / bahan bakar, dan Suhu / panas.

SCE3112_RM2012

Segitiga Kebakaran (Fire Triangle)


3 perkara mesti hadir pada masa yang sama untuk menghasilkan api:
Oksigen yang mencukupi untuk mengekalkan pembakaran, Haba yang cukup untuk menaikkan suhu bahan pencucuhan/bakar, Beberapa jenis bahan api atau bahan mudah terbakar, dan Gabungan antaranya akan menghasilkan satu tindak balas eksotermik iaitu kebakaran

Jenis Kebakaran Dan Pemadam Api


Jenis Kebakaran
A

Punca Kebakaran
Kayu, kertas, kain, getah, plastik dan seumpamanya.

Pemadam Api Yang Sesuai


Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering, selimut kalis api, pasir dan air Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering Pemadam api jenis karbon dioksida dan serbuk kering

Kebakaran yang disebabkan oleh cecair yang mudah terbakar seperti metal spirit dan seumpamanya Kebakaran elektrik

Kebakaran logam Pemadam api jenis karbon melibatkan sebarang logam dioksida dan serbuk kering yang mudah terbakar seperti magnesium dan SCE3112_RM2012 logam 7 alkali.

SCE3112_RM2012

Cara Memadam Api


1. Melemaskan
Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.

2. Menyejukkan
Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan perpindahan haba dengan menurunkan haba dan suhu kebakaran sehingga ke tahap rendah. Apabila suhu rendah api akan terpadam

3. Memutuskan rantai tindakbalas / Melaparkan


Memutuskan rantai kimia Ini dapat dilakukan dengan menggunakan alat pemadam api.
SCE3112_RM2012 9

Jenis-jenis Pemadam Api


Jenis pemadam api yang digunakan bergantung kepada jenis kebakaran

SCE3112_RM2012

10

Jenis-jenis Pemadam Api


1. Alat pemadam api jenis serbuk kering ABC
Serbuk kering akan menghalang O2 dengan membentuk satu lapisan nipis pada bahan bakar. Ia juga akan menganggu tindakbalas kimia yang berlaku. Berat: 12kg atau 3kg Warna: Biru Jenis api yang boleh dipadamkan: A, B dan C Boleh digunakan sekali sahaja, serbuknya boleh merosakkan logam, enjin dan badan kenderaan, berbahaya kepada makanan.
SCE3112_RM2012 11

Jenis-jenis Pemadam Api


2. Pemadam Api Karbon Dioksida

CO2 adalah gas yang tidak mudah terbakar dan dapat menghalang O2. Ia juga sangat sejuk dan akan menyejukkan bahan bakar. Berat: 3kg Warna: Hitam Jenis api yang boleh dipadamkan: Api dari peralatan elektrik Tidak sesuai untuk persekitaran terbuka
SCE3112_RM2012 12

Jenis-jenis Pemadam Api


3. Pemadam Api Serbuk Kering ABC
Berat: 12kg dan 3kg Warna: Merah Jenis api yang boleh dipadamkan: A, B, C dan api dari peralatan elektrik. Boleh digunakan sekali sahaja.

SCE3112_RM2012

13

Jenis-jenis Pemadam Api


4. Selimut Kalis Api
Selimut kalis api digunakan untuk menyelubungi tempat yang terbakar seperti kebakaran pada pakaian seseorang atau kebakaran pelarut dalam singki. Ia perlu disimpan dalam makmal hanya untuk tujuan kebakaran dan diletakkan ditempat yang mudah dicapai.

SCE3112_RM2012

14

Jenis-jenis Pemadam Api


5. Baldi berisi pasir
Di dalam setiap makmal dan bilik sains perlu ada dua baldi berisi pasir. Ia sesuai digunakan untuk memadamkan api kecil termasuk kebakaran logam seperti natrium, serbuk zink, magnesium, fosforus dan lain-lain.

SCE3112_RM2012

15

Cara Penggunaan Alat pemdam Api


P- PULL (CABUT) Cabut pin untuk melepaskan tuil. A- AIM (HALA) Hala nozel atau hos ke dasar api. S- SQUEEZE (TEKAN) Tekan tuil di atas pemegang untuk mengeluarkan bahan pemadam. Untuk menghentikan bahan dari keluar, lepaskan tuil. S- SWEEP (SAPU) Gerakan nozel atau hos ke kiri kanan. Bergerak ke arah api dengan cermat.
SCE3112_RM2012 16

SCE3112_RM2012

17

Peraturan Untuk Memadam Api


. Sebelum membuat keputusan untuk memadam api,
pastikan perkara-perkara ini di dalam minda anda: 1. Tahu apa yang terbakar - Jika anda tidak tahu apa yang terbakar, anda tidak dapat menentukan jenis alat pemadam api yang patut digunakan. 2. Walaupun anda mempunyai alat pemadam api ABC, mungkin ada sesuatu di dalam api yang akan meletup atau mengeluarkan wasap toksik. Jika anda pasti punca kebakaran bolehlah anda memadamnya, JIKA TIDAK, biarlah jabatan bomba yang menjalankan tugasnya
SCE3112_RM2012 18

Peraturan Untuk Memadam Api


3. Adakah api merebak dengan cepat di mana ia bermula? Penggunaan alat pemadam api adalah diperingkat awal sahaja. 4. Jika api telah merebak dengan cepat, adalah lebih baik mengosongkan bangunan. Semasa mengosongkan bangunan, tutup semua tingkap dan pintu di belakang anda untuk melambatkan penyebaran asap dan api.

SCE3112_RM2012

19

Peraturan Untuk Memadam Api


Jangan cuba memadam api jika
Anda tidak mempunyai kelengkapan yang sesuai. Anda mungkin menyedut asap toksik . Apabila bahanbahan sintetik seperti nilon dalam permaidani dan sofa terbakar akan membebaskan hidrogen sianida, acrolein, ammonia dan CO2. Jika naluri anda menyatakan tidak! Biarlah Jabatan Bomba yang melakukannya.

SCE3112_RM2012

20

Latihan Kecemasan Kebakaran Makmal Dan Bilik Sains


Guru bertanggungjawab memberi penerangan berkaitan peraturan kecemasan kepada semua murid apabila mereka mula memasuki makmal dan bilik sains pada setiap tahun. Arahan keselamatan hendaklah ditampal di papan kenyataan di dalam makmal dan bilik sains supaya murid boleh membiasakan diri dengan peraturan tersebut. Satu pelan laluan kecemasan yang menunjukkan arah keluar semasa kebakaran mestilah ditampalkan di tempat yang mudah dilihat. Latihan kebakaran perlu dilaksanakan pada awal dan pertengahan tahun dan perlu direkodkan.
SCE3112_RM2012 21

Tindakan Jika Berlaku Kebakaran


Penggera atau loceng kecemasan kebakaran hendaklah dibunyikan dengan segera. Guru hendaklah memastikan semua murid keluar dengan cepat dan teratur. Pastikan semua suis elektrik ditutup. Pintu makmal hendaklah ditutup selepas semua orang telah keluar.

SCE3112_RM2012

22

Tindakan Jika Berlaku Kebakaran


Sekiranya berlaku kebakaran pada pakaian atau badan seseorang, pastikan mangsa kebakaran tidak berlari dan arahkan mangsa baring. Gunakan selimut kalis api atau gebar tebal untuk memadamkan api setelah mangsa dibaringkan. Jika tiada selimut kalis api, gulingkan mangsa di atas lantai.

SCE3112_RM2012

23

Latihan Kebakaran Di Sekolah

SCE3112_RM2012

24

Vous aimerez peut-être aussi