Vous êtes sur la page 1sur 39

PROFESSION

GEOMATIK
APAKAH GEOMATIK?

Geomatik adalah suatu istilah baru yang


merujuk kepada teknologi, peralatan dan
teknik yang mengendalikan maklumat yang
merujuk kepada satu rangkakerja geografi.
Dahulu, geomatik banyak melibatkan kerja-
kerja ukur tanah, tetapi sekarang ini ianya
telah berkembang dan merangkumi
sebilangan besar teknik-teknik baru.
TEKNOLOGI DALAM GEOMATIK
Berikut adalah beberapa teknologi yang
dianggap sebahagian dari geomatik.
Artificial intelligence dan sistem kepakaran
Perhubungan dan penyebaran
Penyatuan data dan generalisasi
Data penglihatan(visualization)
Alat bantu keputusan
Penghasilan digital elevation model (DEM)
Fotogrammetri digital
Pemetaan geoid
Geographic/geospatial information system (GIS)
Data geospatial
Menghasilkan imej optikal beresolusi tinggi
Menghasilkan imej hiperspektral (hyperspectral)
Analisa imej
Penggunaan internet
Navigasi dan penentududukan
Menghasilkan imej radar
Pemetaan waktu maya
Penggunaan dan penyelesaian pengguna
JENIS-JENIS KERJA
Ahli geografi
Ahli kartografi
Ahli sains fisikal
Ahli sains komputer
Jurukur
Penganalisa GIS
Pengurus projek
Ahli sains remote sensing
Juruteknik kejuruteraan awam
Juruteknik ukur dan pemetaan
Penganalisa fotogrammetri dan imej.
Ahli geografi ialah seseorang yang bidang kajiannya ialah
geografi, kajian mengenai persekitaran asli bumi dan masyarakat
manusia. Mereka mengkaji keadaan ekonomi, sosial, cuaca dan
topografi kawasan untuk menjawab soalan dalam perancangan
bandar dan wilayah, perniagaan, pertanian dan perubatan
Ahli kartofrafi terlibat dengan aspek saintifik, teknologi dan
kesenian bagi membangun dan menghasilkan peta.
Ahli sains fisikal mengkaji sistem bukan-hidup (non-living) bagi
meningkatkan pemahaman beliau mengenai bagaimana fisikal bumi
bekerja. Disiplin termasuklah astronomi, remote sensing, kimia,
geosains, matematik, sains bahan, meteorologi dan fisik.
Ahli sains komputer mencipta dan mereka teknologi baru dan
mencari kegunaan baru bagi teknologi sedia-ada. Mereka mengkaji
dan menyelesaikan masalah perhitungan kompleks dalam
perniagaan, sains, perubatan dan kegunaan lain.
Jurukur tanah menggunakan teknik dan sains bagi menentukan
dengan tepat kedudukan titik-titik di bumi dan jarak dan sudut
diantaranya.
Penganalisa GIS menggunakan teknik GIS untuk memberikan
pemahaman yang lebih baik mengenai perubahan tertentu pada lokasi
geografi yang diberikan. Beliau juga mengambil data dari perisian GIS
dan mengguna kaedah analisa yang berbeza bagi mencapai hasil.
Pengurus projek ialah sesorang yang mempunyai tanggungjawab
menyeluruh bagi kejayaan sesuatu projek.
Ahli sains remote sensing menggunakan prinsip dan kaedah remote
sensing untuk menganalisa data dan menyelesaikan masalah dalam
kawasan, seperti pengurusan bahan asli, perancangan bandar atau
keselamatan kampung. Beliau juga membangunkan sistem deria baru,
teknik analitikal atau kegunaan baru sistem sedia-ada.
Juruteknik kejuruteraan awam menggunakan teori dan prinsip
kejuruteraan awam dalam merancang, merekabentuk, dan mengawasi
pembinaan dan penjagaan struktur dan kemudahan dibawah arahan
kakitangan kejuruteraan atau ahli sains fisikal.
Juruteknik ukur dan pemetaan menjalankan kerja pengukuran dan
pemetaan, biasanya dibawah arahan jurutera, jurukur tanah, ahli kartografi
atau ahli fotogrammetri untuk memperoleh data untuk pembinaan,
pembuatan peta, penentu sempadan, perlombongan atau untuk tujuan lain.
Penganalisa fotogrammetri menjalankan analisa GIS yang kompleks
keatas data geospatial. Beliau menggunakan pengetahuan geografi,
fotogrammetri, kartografi, analitik geospatial and isu intelligence.
TUGAS
Juru geomatik / jurukur tanah menjalankan
pengukuran, mengumpul dan menterjemahkan
data petak-petak tanah termasuklah maklumat
mengenai sempadan, dan butiran-butiran
semulajadi dan buatan manusia.
Pekerja-pekerja geomatik / jurukur tanah
meliputi kerja ukur persendirian, kontraktor
kejuruteraan awam/perunding, pengurus laluan,
syarikat perlombongan, pihak berkuasa
tempatan, kerajaan pusat dan utiliti.
TANGGUNGJAWAB
Menjalankan pengukuran tanah menggunakan berbagai
alat teknikal tertentu (termasuk teodolit, alat penjajaran
laser, GPS, dsbnya).
Menganalisa data menggunakan pelan, peta, carta dan
applikasi komputer seperti CAD dan GIS.
Mempersembahkan data kepada pelanggan
Menasihati pelanggan mengenai perkara-perkara teknikal,
kewangan dan undang-undang.
Menulis laporan
Mengurus projek atau mengurus pasukan multi-disiplin.
Menghasilkan atau memberi khidmat nasihat mengenai
pelan dan lukisan pembinaan
ETIKA DAN KEJUJURAN
Seksyen 101 Akta Jurukur Tanah Berlesen 1959
Kod Etika Professional

1. Hendaklah menjaga kehormatan, kedudukan dan


nama baik profession.
2. Hendaklah tidak memohon pekerjaan professional
dengan cara salah.
3. Hanya boleh menggunakan plet dan tanda bagi
mempamerkan nama, gelaran dan profession di
tempat perniagaan beliau.
4. Hanya boleh mengiklankan pada satu jangka tidak
lebih dari 3 bulan tarikh mulai practise di mana-
mana tempat baru, atau penubuhan atau
pembubaran rakan kongsi.
5. Jika menjalankan ukur hakmilik, hendaklah diupah
dengan yuran yang dibayar oleh pelanggan.
6. Hendaklah tidak cuba mendesak jurukur tanah
berlesen yang lain.
7. Hendaklah tidak masuk campur dengan kerja ukur
yang telah diberikan kepada jurukur tanah berlesen
yang lain.
8. Hendaklah tidak mengambil alih kerja jurukur tanah
berlesen lain yang mempunyai pelanggan yang
sama sehingga beliau telah memperoleh keizinan
jurukur tanah berlesen tersebut.
9. Hendaklah memberitahu pelanggan bahawa
perjanjian dengan jurukur tanah berlesen terhadap
kerja ukur telah ditamatkan.
10. Hendaklah tidak menerima satu kedudukan dimana
kepentingan beliau bercanggah dengan tugas
professional beliau.
11. Hendaklah tidak mencacatkan nama baik
profession, prospek atau perniagaan jurukur tanah
berlesen yang lain.
12. Hendaklah tidak memasuki mana-mana rakan
kongsi professional yang tidak sejajar dengan
badan, kecuali dengan jurutera professional di
private practice, arkitek berdaftar atau jurukur
tanah berlesen.
13. Setiap jurukur tanah berlesen yang merupakan
kakitangan satu badan statutory hanya boleh
menjalankan kerja ukur badan tersebut.
14. Hendaklah memenuhi dengan segera sebarang
permintaan atau pertanyaan yang dibuat oleh
badan berhubung dengan kerja atau etika
professional beliau.
15. Hendaklah tidak mempunyai lebih dari satu
cawangan pejabat tanpa seorang jurukur tanah
bermastautin.
16. Jurukur tanah berlesen yang masa kini ada
mempunyai lebih dari satu cawangan pejabat,
dikehendaki mengambil tindakan yang sewajarnya
dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemberitahuan
dalam gazette.
PENYEDIAAN LAPORAN
PEMERIKSAAN DI PADANG

Carta Aliran Bagi Penyediaan Laporan


Pemeriksaan
Proses data
Pemeriksa Sediakan
i. Format buku kerjaluar
ii. Cetak rajah kerjaluar
iii. Syit kiraan
Pindaan iv. Laporan pemeriksaan kerjaluar

KPPU/PPU Semak laporan


Tentukan status, samada kesalahan
serius /
kecil atau teratur
Sediakan surat kepada PUPN

Teratur?
Tidak
Ya
Teliti laporan dan berikan ulasan (jika ada)
PUBK Jika teratur, tandatangan surat

Teratur?
Tidak
Ya

Seksyen Naziran Sediakan salinan laporan


JUBL Ibu Hantar ke PUPN
Pejabat JUPEM Rekod butiran ke SMJTB

Tamat
Carta Aliran Bagi Tindakan Susulan Oleh
JUPEM Negeri Selepas Pemeriksaan Di
Lapangan (Bagi Kes Teratur dan
Kesalahan Kecil)
PUBK Majukan laporan semakan
kepada PUPN

Terima laporan dari Ibu Pejabat


PUPN JUPEM dan teliti laporan
Arahkan Cawangan Kawalselia
JUBL semak fail dan tindakan yang
perlu diambil

Cawangan Sambung semakan kerja


Kawalselia Sediakan surat peringatan kepada
JTB (kesalahan kecil)
JUBL Negeri

JTB Luluskan PA bagi kerja teratur


PUPN Teliti surat peringatan bagi kes
kesalahan kecil

Teratur?
Tidak
Ya

Hantar surat peringatan kepada JTB


Cawangan dan sesalinan kepada Ibu Pejabat
Kawalselia JUPEM dan LJT
JUBL Negeri Kemaskini SMJTB
Maklumkan maklumbalas dari JTB
ke Ibu Pejabat JUPEM dan LJT

Tamat
Carta Aliran Bagi Tindakan Susulan Oleh
JUPEM Negeri Selepas Pemeriksaan Di
Lapangan (Bagi Kes Kesalahan Serius)
Majukan laporan semakan
PUBK kepada PUPN

PUPN Terima laporan dari Ibu Pejabat


Arahkan Cawngan Kawalselia
JUBL semak fail dan sedia
laporan ke LJT

Cawangan Semak kerja


Kawalselia Sediakan laporan rasmi kepada
LJT
JUBL Negeri

Tandatangan laporan dan


PUPN kemukakan kepada LJT

Maklumkan keputusan yang


LJT JTB diambil kepada PUPN dan salinan
kepada Bahagian Kadester Ibu
Pejabat JUPEM

Berdasarkan keputusan LJT


PUPN arahkan samada kembalikan fail
ukur atau keluarkan syit
JTB pertanyaan kepada JTB untuk
tindakan pembetulan

Cawangan
Kembalikan fail kepada JTB atau
Kawalselia
Sediakan syit pertanyaan dan
JUBL Negeri hantar kepada JTB
Kemaskini SMJTB
Tamat
PENGESAHAN
Pengesahan bagi pelan surat hakmilik
1. Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menyeragamkan
penggunaan sijil pengesahan bagi pelan surat
hakmilik tanah yang dikeluarkan mengikut
peruntukan seksyen 86(c) dan 87( c) KTN 1965,
pelan hakmilik strata yang dikeluarkan mengikut
seksyen 16(2)(b) Akta Hakimilik Strata 1985 dan
juga Pajakan Lombong yang dikeluarkan mengikut
Seksyen 27 Enakmen Lombong (Mining
Enactment)(Cap147).
2. Latarbelakang
- Mengikut amalan sekarang, pengesahan bagi
pelan-pelan surat hakmilik tanah, hakmilik strata
dan pajakan lombong dibuat berdasarkan kepada
peruntukan seksyen 3 Akta Pelan dan Dokumen
Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950
(Semakan 1980). Pelan tersebut diambil samada
sebahagian atau keseluruhannya daripada pelan
akui asal dan pengesahan dibuat menggunakan
pernyataan sijil yang seperti dinyatakan di
perenggan 3 Pekeliling KPUP Bil. 1 / 1985.
Pengesahan ke atas salinan fotograf pelan yang
diambil sebahagian dan keseluruhannya daripada
pelan asal perlu dibuat menggunakan pernyataan
sijil yang berasingan serta mempastikan
penggunaannya adalah sah disisi undang-undang
yang digunapakai.
3. Salinan Fotograf Sebahagian Pelan

Sekiranya melibatkan lot yang kecil, salinan


fotograf sebahagian pelan akui hendaklah dibuat.

a) Satu sijil hendaklah dibuat dan mengandungi


pernyataan berikut :
Adalah diakui mengikut seksyen 3 dalam Akta Pelan
dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf)
1950 (Semakan 1980), bahawa ini ialah salinan pelan
yang betul lagi benar yang telah dibuat pada ...........
bagi lot di dalam ...............
(contoh: Mukim/Bandar/Pekan ...... dsbnya),
(contoh: Daerah/Jajahan) seperti ditunjuk di atas
pelan "

...................................
Pengarah Ukur
b) Kaedah yang sesuai bagi menyediakan sijil
hendaklah ditetapkan misalnya dengan
menyediakan bingkai-bingkai yang mengandungi
pernyataan sijil secara berasingan untuk
digunakan semasa mengambil salinan pelan. Cara
ini akan dapat mengelakkan potongan serta tanda
tangan ringkas dibuat di atas setiap salinan pelan
surat hakmilik yang disediakan.
4. Salinan Fotograf Keseluruhan Pelan

- Sekiranya melibatkan lot yang besar yang


tidak dapat dimuatkan dalam bingkai yang
disediakan, salinan fotograf keseluruhan pelan
akui dan pelan akui strata hendaklah dibuat.

a) Satu sijil hendaklah dibuat dan


mengandungi pernyataan berikut :
" Adalah diakui mengikut seksyen 3 dalam Akta Pelan
dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf)
1950 (Semakan 1980), bahawa ini ialah salinan pelan
................. yang betul lagi benar yang telah dibuat
pada ......................... "

.................................
Pengarah Ukur
b) Maklumat-maklumat seperti nombor lot,
Mukim, Bandar dan sebagainya tidak perlu
dinyatakan dalam sijil oleh kerana maklumat-
maklumat tersebut telah ditunjukkan di atas
salinan pelan apabila salinan keseluruhan
pelan diambil.

Vous aimerez peut-être aussi