Vous êtes sur la page 1sur 27

Teori Kognitif

pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkahlaku.
Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar.

Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian.
Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.

Cognitivists

Cognition refers to mental activity including thinking, remembering, learning and using language. When we apply a cognitive approach to learning and teaching, we focus on the understanding of information and concepts. If we are able to understand the connections between concepts, break down information and rebuild with logical connections, then our retention of material will increase.

Cognitivist Learning Theory


Key theorists Piaget, Gagne, Bruner, Ausubel, Learning is a change in memory, stored knowledge Focus is on internal aspects, associating previous knowledge with new information, organizing knowledge and reinforcing memories

Piaget

Gagne

Bruner

Brain as black box (organ reacting to stimuli)


input stimulus output response

Deterministic reaction (reaction can be either born or learned (conditioning)) Brain as passive container to be filled by teacher - Teacher knows what and how something can be learned

The black box of the mind should be opened and understood Advances in cognitive psychology - theories about mental activities for learning - learning as a natural process

Cognitivist Learning Theory

Learning is an internal process I-P-O


Input- [Attention ]selectively receiving information Process- [Encoding]Translating information into a meaningful form which can be remembered Output [Retrieval] identifying and recalling information for a particular purpose

PEMBELAJARAN MENGIKUT MAZHAB GESTALT


Jumlah keseluruhan sesuatu itu adalah tidak sama dengan gabungan unit-unit tersebut. Menganggapmanusia itu sebagai organisma yang mempunyai matlamat di dalam tingkah laku mereka. Mereka tidak pasif dan sentiasa memberi tafsiran terhadap alam sekeliling mereka melalui pengalaman yang ada. Mengutamakan pertalian dan corak rangsangan di dalam pembelajaran

Wolfgang Kohler (1887-1967)


Pengasas Psikologi Gestalt bersama Kurt Koff. Dikenali dengan pembelajaran celik akal Menjalankan kajian keatas lima ekor chimpanzi. Menerbitkan buku the mentality of apes tahun 1924.

Kajian Kohler(1925)

Kohler telah menggunakan cimpanzi dalam sangkar untuk mendapatkan pisang yang digantung di tempat yang tinggi. Cimpanzi dikatakan memperolehi celik akal apabila dia cuba menggunakan buluh untuk mendapatkan pisang tetapi tidak berjaya. Kemudian cimpanzi itu telah cuba menyusun peti-peti yang berlainan saiz untuk mendapatkan pisang yang digantung di tempat yang tinggi. Kohler mengatakan bahawa cimpanzi itu telah mencapai celik akal apabila dia telah melihat perkaitan antara peti dengan pisang.

Dapatan Kohler
Pembelajaran celik akal banyak bergantung kepada persepsi haiwan terhadap penyelesaian yang sesuai. Pembelajaran celik akal tidak bergantung kepada ganjaran semata-mata Setelah satu-satu masalah berjaya diselesaikan, maka lebih mudah untuk menyelesaikan masalah yang serupa.

Prinsip pembelajaran celik akal Kohler


Kita sering memperoleh penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi dengan cara yang agai mendadak, iaitu apabila kita kurang memikirkan mengenai masalah tersebut Konsep berfikir ditakrifkan sebagai mencari dan berpegang kepada perhubungan antara dua perkara.

Ciri-ciri pembelajaran celik akal

penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba.


murid-murid mesti diajar untuk melihat unsur-unsur berkaitan yang boleh digunakan dalam persekitarannya. murid-murid mesti diajar tentang alternatif-alternatif lain dalam sesuatu penyelesaian masalah.

pengalaman lalu murid-murid menolong mereka dalam proses penyelesaian masalah.

Implikasi teori Kohler

guru tidakboleh memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu memberi panduan dan bimbingan untuk mengalakkan pemikiran celik akal di kalangan muridmuridnya.

Jerome Seymour Bruner (1915 hingga kini)


Ahli psikologi yang terkenal Tokoh utama revolusi kognitif Menghasilkan the process of education dan towards a theory of instruction

Teori Pembelajaran Bruner (1960)


Pembelajaran penemuan Keadaan semulajadi seseorang belajar dengan cara menemui sendiri pertalian di antara berbagai-bagai rangsangan yang terdapat di dalam alam sekeliling. Berasaskan prinsip gestalt, mengemukakan kaedah pembelajaran dapatan

Guru mengadakan situasi yang menggalakkan pelajar mencapai celik akal melalui pemikiran mereka sendiri. Guru tidak mencuba mengolah tingkah laku pelajar

Menekankan perbezaan contoh dalam kajihayat membezakan manusia dengan binatang. Menggalakkan mengagak berdasarkan kenyataan yang ada contoh mengagak bagaimana petani menaikkan air daripada tali air. Menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pelajaran Menggalakkan kesedaran tentang keadaan di sekeliling dengan memerhati dan membuat catatan dan hipotesis

Bruner dan Pembelajaran Penemuan


Pembelajaran adalah proses sosial yang aktif di mana murid-murid akan membina idea atau konsep baru berasaskan pengetahuan sedia ada. Murid akan memilih maklumat yang diperlukan kemudian membentuk hipotesi dan seterusnya mengintegrasikan bahan yang baru dalam pengetahuan sedia ada serta konstruk mental masing-masing.

Pembelajaran Penemuan Bruner


Pembelajaran berlaku mengikut 3 langkah: Enaktif (berasaskan tindakan) - Murid mudah faham jika mereka menimba pengalaman konkrit contoh menyentuh benda hidup Ikonik (berasaskan imej) - Murid mewakilkan bahan secara grafik / mental, contoh mengira secara mental dan Simbolik (berasaskan bahasa) -murid berupaya menggunakan logik, kemahiran berfikir aras tinggi contoh menggunakan perumpamaan.

Implikasi terhadap p&p


Guru mesti merancang aktiviti-aktiviti penemuan untuk murid-murid Pendekatan pembelajaran penemuan menggunakan penaakulan induktif dimana guru akan memula dengan sesuatu yang khusus kemudian berakhir dengan yang umum. Guru boleh memupuk pemikiran induktif dengan menggalakkan murid membuat ramalan berasaskan bukti yang kurang lengkap, seterusnya mengesahkan ramalan secara sistematik.

David Ausubel (1918- hingga kini)


Mengkaji teori pembelajaran khasnya advance organizers Satu unit pengajaran yang digunakan sebelum pengajaran langsung atau sebelum mengajar satu topik baru. Sejak 1960 telah membuktikan bahawa advance organizer memudahkan pembelajaran khususnya bagi aspek pemahaman dan mengingat kembali

Kaedah maklumat awal Ausubel (1960)

Berasaskan prinsip gestalt Sebelum pelajar disampaikan terlebih dahulu guru beri garis kasar secara keseluruhan yang menunjukkan kepada pelajar itu perkaitan di antara aspek yang bersangkut paut di dalam pelajaran itu. Pelajar akan menyedari perhubungan tentang apa yang dipelajarinya dengan keseluruhan bidang yang dikaji itu Oleh itu pelajar dapat membentuk pembelajaran ke arah celik akal.

Advance organizers

Kaedah deduktif Umum kepada khusus Guru susun maklumat yang disampaikan agar murid dapat mengait konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari Bahan sokongan bagi maklumat baru yang akan diajar. Contoh: graphic organizer (peta konsep, peta cerita dll) Terbahagi kepada beberapa jenis

ekspositori memerihalkan bahan naratif persembahkan bahan baru dalam bentuk cerita comparatif membina perkaitan luaran dengan pengetahuan sedia ada yang sesuai dengan maklumat baru.

Prinsip pembelajaran bermakna Ausubel


Untuk menyampaikan bahan baru dengan berkesan, mesti tingkatkan stabiliti dan kejelasan struktur kognitif murid-murid Kurikulum biasanya disusun mengikut urutan dimana setiap unit pembelajaran yang berikutan adalah berhubung kait dengan yang sebelumnya.

Proses Pembelajaran Bermakna Ausubel


Derivative subsumption Konsep yang pernah dipelajari oleh murid membantu pemahaman mereka mengenai suatu yang baru. Contoh tahu konsep rumah , boleh faham konsep lantai pangsapuri. Tak perlu pengubahsuaian terhadap konsep sedia ada.

Correlative subsumption Untuk memahami konsep igloo, murid kena ubah suai pemahaman konsep rumah yang terdahulu.

Asas teori pembelajaran kognitif

Proses kognitif mempengaruhi pembelajaran Murid memainkan peranan yang aktif dalam proses pembelajaran, mereka yang menentukan apa yang akan dipelajari atau tidak akan dipelajari Pembelajaran melibatkan pembentukan hubungan proses mental yang mungkin tidak dapat diperhatikan Pengetahuan biasanya disusun secara sistematik Pembelajaran adalah satu proses yang mengintegrasikan maklumat baru dengan maklumat yang pernah dipelajari melalui perbandingan antara idea baru dengan yang lama.

Implikasi Teori Pembelajaran Kognitif terhadap p&p


Murid perlu diberi peluang untuk menemui perhubungan, guru bekalkan mereka dengan maklumat penting, penemuan adalah secara kendiri Guru berperanan sebagai fasilitator, menyusun maklumat yang hendak disampaikan untuk memudahkan murid mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah sedia ada. Penggunaan ABM. Guru mesti sedar murid-murid mungkin berada pada mod pembelajaran yang berbeza samada enaktif, ikonik atau simbolik. Adakan perbincangan dengan menggunakan semua pendekatan mod tersebut. Bekalkan murid dengan bahan pembelajaran yang selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka.

Vous aimerez peut-être aussi